1.0 Laporan (Reporting)
Pada 21/02/2020 sehingga 22/02/2020 saya telah menjalankan program pengakapan yang diberi nama Program Rovers Beach Clean Up. Jawatan saya didalam program ini adalah sebagai ketua unit multimedia dan protokol. Sebelum itu apa itu Program Rovers Beach Clean Up ini? Secara amnya, Program Rovers Beach Clean Up ini diadakan sempena Sambutan Hari Pengasas Pengakap Sedunia iaitu Robert Stephenson Smyth Baden-Powell, Ketua Pengakap pertama dunia yang sering disambut oleh seluruh ahli pengakap didunia pada 22 Februari. Program ini telah menjadi platform untuk para pelajar menyahut seruan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Sedunia untuk mendukung dan mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals). Tiga daripada tujuh belas matlamat yang diberi fokus dalam program ini ialah matlamat ke 13, 14 dan 15, iaitu masing – masing Climate Action, Life Below Water dan Life on Land. Peserta yang terlibat didalam program ini adalah daripada pelajar Universiti Teknologi Malaysia seramai 50 orang, dan sekolah-sekolah menengah dan rendah sekitar daerah Pasir Gudang dimana setiap sekolah mempunyai 10 orang wakil.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program ini seperti perkongsian tentang alam semula jadi yang memberikan kesedaran kepada peserta tentang bertapa pentingnya alam semula jadi terhadap kehidupan kita. Malah, peserta juga telah memupuk artibut siswazah iaitu kemahiran kepimpinan dan berpasukan dengan bekerjasama melakukan aktiviti pembersihan di sekitar kampung dan pantai.
2.0 Bertindak Balas (Responding)
Pada program terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh kami dalam menjalankan program ini. Kami tiba di Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang pada jam 4 petang dan sepatutnya sejerus sampai peserta-peserta perlu mendirikan khemah dipadang sekolah tersebut. Namun, nasib tak menyebelahi kami apabila pada petang itu, hujan turut selebat-lebatnya sehingga aktiviti untuk pemasangan khemah terpaksa ditangguhkan. Malah, lebih memburukkan lagi apabila kami tiada perancangan untuk aktiviti yang perlu dilakukan sementera menunggu hujan berhenti. Saya sebagai ahli jawatankuasa protokol yang bertanggungjawab untuk menjaga kelancaran aktiviti pada ketika berasa sangat runsing dan tidak mampu duduk diam. Lebih-lebih lagi apabila peserta menunjukkan rasa bosan dan penat untuk menunggu lama terutamanya apabila mereka telah seharian terlibat dengan kelas yang sememangnya memenatkan. Selain itu, mereka juga menunjukkan rasa tidak selesa dan tidak senang. Hal ini berkemungkinan disebabkan oleh mereka tidak biasa dengan orang sekeliling mereka terutamanya bagi pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah perlu bergaul dengan pelajar universiti. Kemungkinan untuk mereka rasa diri mereka kecil dan penghargaan kendiri mereka pada tahap yang rendah sangat-sangatlah tinggi pada ketika itu. Selain itu, ketidakselesaan mereka mungkin disebabkan oleh mereka perlu membiasakan diri mereka selama 3 hari untuk tinggal seperti didalam hutan dimana mereka perlu tinggal didalam khemah, masak makanan menggunakan peralatan perkhemahan dan sebagainya. Bagi mengatasi masalah ini, kami telah berbincang antara 10-20 minit untuk mengeluarkan beberapa cadangan terhadap perkara yang patut kami lakukan untuk mengisi masa sementera menunggu hujan berhenti dan memberi keselesaan kepada peserta. Hasilnya, kami sebulat suara bersetuju untuk membuat ice breaking. Ice breaking tersebut dijalankan berlainan sedikit dengan memasukkan elemen kepengakapan. Peserta awalnya dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai pelajar universiti, pelajar sekolah menengah dan juga pelajar sekolah rendah. Setiap aktiviti akan diselangkan atau diselitkan dengan lagu-lagu kepengakapan. Lagu-lagu tersebut bertujuaan adalah untuk menaikkan semangat mereka dan supaya mereka mendapat momentum dan tenaga yang sama dengan ahli kumpulan. Hasilnya, percubaan kami berjaya apabila peserta bersemangat walaupun penat dan majoriti kumpulan telah mendapat keserasian bersama.
3.0 Perkaitan (Relating)
Dalam melihat isu yang terjadi semasa awal program, hal ini mengembalikan ingatan saya pada hari pertama saya menyertai kelab kelanasiswa UTM. Sama seperti kelab lain, kelab kelanasiswa UTM tidak ketinggalan untuk menjalankan mesyurat Annual Grand pada awal tahun. Saya dan rakan-rakan saya hadir dalam mesyurarat tersebut dengan penuh rasa takut kerana kami semua baru pertama kali menyertai kelana sepanjang kehidupan kami. Semasa awal mesyuarat tersebut kelihatan semua ahli lain borak antara satu sama lain seperti mereka telah lama berkenalan. Berbeza dengan kami masih tidak biasa dengan sekeliling dan berasa janggal apabila ada yang bertanya telah berapa lama kami “berkelana” atau “berpengakap”. Namun, masalah kami dapat diselesaikan apabila ahli jawatankuasa sedar kejanggalan kami didalam majlis tersebut apabila mereka mula mesyurat dengan aktiviti santai iaitu “yell” dan tepuk semangat untuk kami membiasakan dengan suasana baharu. Hasilnya daripada situ kami pula dengan satu kenangan manis dan kami tetap berkelana sehingga hari ini.
Oleh itu, didalam program Program Clean Rovers Beach Up kami menggunakan teknik yang sama dengan ahli jawatankuasa mesyuarat Annual Grand tersebut. Malah, dalam sedar tidak sedar kami sebenarnya telah menggunakan teknik 5 step of design thinking entrepreneur didalam program ini seperti apa yang telah saya pelajari didalam kelas Entrepreneurship. Walaupun teknik tersebut sebenarnya difokus kepada usahawan namun sebenarnya ia juga boleh digunakan dalam seharian. Hal ini kerana, kami telah mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh peserta iaitu sukar untuk membiasakan diri mereka orang lain. Hal ini selari dengan langkah pertama didalam 5 step of design thinking iaitu berempati yang merujuk kepada didalam melakukan sesuatu, individu perlu menilai terlebih dahulu terhadap masalah, keperluaan dan keinginan pengguna. Penilaian boleh dilakukan dengan membuat pemerhatian atau membuat soal selidik. Langkah seterusnya diikuti dengan menilai masalah pengguna dengan matlamat perniagaan; menyatakan masalah. Didalam program ini, masalah peserta adalah untuk membiasakan diri mereka dengan sekeliling, manakala antara objektif program yang ingin ditekankan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara pelajar sekolah, dengan pelajar universiti. Hal ini sudah jelas masalah peserta adalah bertentangan dengan objektif program. Oleh itu, kami perlu menyelesaikan masalah ini dengan menjana segala idea yang mungkin dan perkara ini terdapat didalam langkah ketiga iaitu berideologi. Hasil perbincang kami telah bersetuju untuk menjalan ice breaking dengan menggunakan cara pengakap. Hasil perbincangan merupakan prototaip iaitu langkah 4 dan perlu diuji sebagai langkah kelima. Hal ini menjelaskan walaupun kelas Entrepreneurship merupakan subjek umum tetapi input yang diperoleh daripada subjek tersebut boleh digunakan diluar kelas dimana subjek ini mengajar cara berfikir untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
4.0 Penyebab (reasoning)
Walaupun masalah yang timbul dapat diselesaikan, namun saya rasa masalah ini timbul disebabkan oleh kurangnya perancangan awal. Kami sedar kami terlampau yakin dengan apa yang dirancang akan berjalan dengan sempurna, sedangkan sebaik-baik perancang adalah Allah swt. Malah, setibanya disekolah tersebut, keadaan menjadi kelam kabut apa bila kami terpaksa berjalan akibat daripada jalan yang sempit untuk bas masuk ke jalan ke sekolah tersebut. Ahli jawatan kuasa yang sedikit menyebabkan peserta tidak mampu dikawal sepenuhnya. Selain itu, jurang umur yang wujud antara pelajar sekolah dan pelajar universiti menimbulkan masalah bagi peserta untuk menyesuaikan diri masing-masing.
5.0 Penyusunan semula (Reconstructing)
Oleh itu, sepanjang program ini saya akui bahawa banyak lagi perkara yang perlu dipelajari terutamanya dari segi perancangan program dan cara berfikir untuk mengatasi masalah. Hal ini kerana perancangan program bukan sahaja mampu menjadikan program tersebut berjalan dengan lancar dan sempurna, tetapi ia juga mampu untuk memberi kemudahan kepada peserta dan ahli jawatankuasa. Daripada program ini juga saya sedar betapa pentingnya untuk membuat pelbagai perancangan seperti perancangan A, B atau C. Semua ahli jawatan kuasa juga perlu dilibatkan sepenuhnya dalam mengeluarkan idea-idea yang bernas dalam menyelesaikan segala isu yang timbul. Istilah kerjasama amatlah penting dalam menjaya program-program yang dijalankan. Namun, dalam segala isu yang timbul saya amat berterima kasih kepada semua ahli jawatankuasa dalam menjaya program ini. Tanpa mereka program ini tidak berjaya untuk memenangi GEMA 2020. Terima kasih juga kepada pengarah kerana memberi kepercayaan sepenuhnya kepada saya untuk menjadi ahli jawatankuasa protokol bagi program Rovers Beach Clean Up ini.