Tugasan E-Portfolio 2

Nama: Nur Ain Fathihah Binti Mohd Rosli
Nombor matrik: A18GH0069
Nama Pensyarah: Sulaiman Bin Kadikon

1) Berikan analisis secara terperinci hubungan antara sains, teknologi dan kemanusiaan

 

     Pada dasarnya pendekatan sains teknologi dan manusia dalam pandangan ilmu-ilmu sosial memberikan pemahaman mengenai kepekaan penilaian seseorang terhadap dampak lingkungan. Keputusan yang dibuat oleh manusia biasanya memerlukan penggunaan teknologi untuk melaksanakannya. Bahkan, masyarakat dan ilmu pengetahuan (sains) membutuhkan teknologi sebagai sarana untuk menyimpan dan mencari maklumat.

     Berdasarkan hal tersebut kita dapat menarik suatu kesimpulan bahawa sains, teknologi dan nilai sosial manusia saling terkait satu sama lain. Contohnya, seorang anak sebagai anggota masyarakat yang perlu belajar. Dalam pengalaman belajar yang ditempuhnya, anak tersebut dapat mengenalpasti potensi masalah, mengumpulkan data yang berkaitan dengan suatu masalah, dan mempertimbangkan langkah alternative dengan adanya teknologi untuk membantu mereka yang dimana hal itu dapat memberi manfaat kepada masyarakat.Apabila kebudayaan adalah hasil karya manusia, maka ilmu sebagai hasil akal fikiran manusia

      Ketika manusia memanfaatkan ilmu pengetahuan untuk tujuan baik, mereka dapat memanfaatkan ilmu pengetahuan ke arah yang lebih baik. Di sinilah etika menjadi ketentuan mutlak, yang sangat berperanan penting bagi memanfaatkan ilmu pengetahuan dan teknologi untuk meningkatkan darjat hidup setiap manusia. Contohnya, dalam memanfaatkan ilmu pengetahuan, moral seseorang sangat di perlukan, dimana apakah orang tersebut akan menghasilkan idea buruk atau baik dalam memanfaatkan ilmu pengetahuannya dengan wujudnya teknologi yang semakin canggih.

 

2) Jelaskan maksud sains dan teknologi

 

Sains berasal daripada perkataan latin ‘scientia’, ‘tahu’ atau’ilmu pengetahuan’.

Menurut kamus DBP: sains ialah cabang ilmu pengetahuan yang berdasarkan kepada kebendaan atau kenyataan semata-mata(fizik,kimia,kajihayat dan lain-lain).

Menurut Sulaiman Nordi(1993): sains ialah satu kumpulan ilmu yang teratur berkaitan dengan kajian-kajian fenomena-fenomena di dalam alam tabii. Melalui kaedah yang berobjetif melalui kajian bereksperimen dan cerapan bagi menghasilkan prinsip-prinsip yang boleh diuji kebenarannya.

English Oxford Dictionary: suatu cabang ilmu yang mengkaji sekumpulan pernyataan yang terbukti atau dengan fakta-fakta yang ditinjau, dan disusun secara bersistem dan dihimpun dalam bentuk hukum-hukum umum,dan ia termasuklah kaedah-kaedah yang boleh dipercayai untuk menghasilkan kebenaran baru di dalam lapangan sendiri.

Konsep sains dalam islam : sains merupakan suatu proses untuk sampai suatu kebenaran disebabkan pertanyaan manusia terhadap asal usul dan tujuan kewujudan sesuatu di alam semesta. Kaedah yang digunakan untuk sampai kepada kebenaran mutlak ialah melalui kajian emperikal,dan pengumpulan data-datanya pula adalah melalui pancaindera serata pemikiran manusia berpandukan kepada wahyu.

 

Screenshot (191).png.1                        Screenshot (192).png

Definisi teknologi

Dari segi bahasa dirujuk kepada bahasa yunani: Techne(seni atau kerja tangan) and Logos(wacana atau kata-kata sistematik atau teori.

Dari segi istilah: ilmu pengetahuan dan tindakan yang bersistem. Biasanya dikaitkan dengan proses dalam industri. Kegiatan yang berkaitan dengan sains kejuruteraan.

Teknologi dalam islam

Penggunaan pengetahuan sains untuk membangunkan dan menghasilkan barangan dan perkhidmatan untuk kegunaan manusia. Istilah sina’ah dipakai dengan maksud ilmu gunaan. Pengetahuan yang berhubung dengan teknik menggunakan pengetahuan sains. Tujuan utamanya ialah memberikan kemudahan dan kemakmuran kepada manusia. Islam hanya menerima teknologi yang memberi manfaat tanpa unsur kerosakan serta tidak keluar dari etika serta prinsip asas islam.

 

3) Jelaskan bagaimana hubungan sains dan teknologi dengan manusia mengalami evolusi

       Kita ketahui bahawa sebenarnya sejak dulu teknologi sudah ada atau manusia sudah menggunakan teknologi. Seseorang menggunakan teknologi kerana manusia berakal. Dengan akalnya manusia ingin keluar dari masalah, ingin hidup lebih baik, lebih aman dan sebagainya. Perkembangan teknologi terjadi kerana seseorang menggunakan akalnya untuk menyelesaikan setiap masalah yang dihadapinya.

        Salah satu fungsi ilmu pengetahuan (sains) dan teknologi adalah untuk peubahan bagi kehidupan manusia, dalam membantu manusia agar aktiviti yang dilakukan dalam kehidupannya menjadi lebih mudah, lancar, teratur, cepat sehingga kehidupannya menjadi lebih bermakna dan produktif.

        Sains dan teknologi banyak memberi sumbangan, andai kata teknologi dan sains tidak memberi sumbangan, maka kita mungkin masih hidup pada zaman purba dimana manusia masih menggunakan kulit kayu atau daun-daun sebagai penutup tubuh kita. Pada zaman sekarang, dengan adanya teknologi seperti mesin tekstil, kita dapat menggunakan kain untuk menutup badan kita.

        Di bidang industri dalam pengolahan minyak kelapa sawit. Penggunaan teknologi yang maju untuk pengolahan minyak kelapa sawit dengan suhu dan tekanan yang telah diatur sesuai dengan alat yang digunakan akan dapat memperoleh hasil yang lebih banyak dibandingkan dengan cara yang tradisional. Hal ini memudahkan masyarakat untuk mempercepatkan proses kerja mereka apabila ada teknologi yang membantu mereka.

 

4) Pilih satu dokumentari berkenaan dengan STS dan huraikan dalam portfolio

 

https://youtu.be/4TzLejrJ6I8

Ancient Machines ( Machines of Ancient China)

 

Seribu tahun yang lalu, ketika Eropah merana di zaman kegelapan, China menduduki kedudukan di barisan hadapan teknologi dan inovasi. Walaupun Renaissance Eropah menduduki tempat yang kukuh, pemahaman sejarah kebanyakan orang, rakan sejawatannya dari China telah mendapat sedikit perhatian.

Didapati bahawa China kuno adalah kuasa besar perindustrian, bersenjata dengan peranti seperti 'gerobak surga' yang mampu mengebom mesin bawah tanah, mesin penggilingan yang berorientasikan dan pengeluaran besar-besaran yang dikuasai oleh air. Hebatnya, tidak seperti orang Mesir purba, orang Cina mengembangkan ciptaan mereka dengan mata untuk keselamatan. Perlengkapan perlombongan canggih direka untuk mengelakkan gua-gua, sementara karburetor purba digunakan untuk mengawal gas asli yang tidak menentu. Malah, pencipta Cina dikreditkan dengan reka bentuk pengesan gempa bumi pertama di dunia.

 

                                                                               Screenshot (195).png