Projek TITAS Kajian Lapangan : Zoo Johor

Report : Zoo Johor

­

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA  (SECTION 55)

UICI1012 – 55

 

LAPORAN : ZOO JOHOR (TITAS)

 

 

 

 

 

Nama Ahli Kumpulan

 

        i.            Izzah Nurhana Bt Haslan Kamal

      ii.            Nur Adila Farahiyah Binti Azman

    iii.            Ain Afiqah Bt Hj. Agus Salim

    iv.            Nurul Huda bt Shaiji

      v.            Aris Alang Iskandar bt Aris Fazil

    vi.            Ahmad Syakir Bin Zaidi

  vii.            Badrul Fitri bin Shaifull Naim

viii.            Fitri Zulkarnain Bin Zaharen

    ix.            Aniq Zumarziyad Bin Mohamad Hairudin

      x.            Amirul Mukhlis bin Mohd Azli

    xi.            Muhammad Aiman Hakim Bin Muhammad Ridzo

 

Nama Pensyarah

 

 

Dr. Aminuddin

 

Tarikh Acara

 

 

25 Oktober 2018

 

Tarikh hantar

 

 

13 Disember 2018

 

OBJEKTIF  

  1. Menjaga alam sekitar dengan menjaga kebersihan persekitaran.
  2. Memelihara fauna untuk hidup dalam kehidupan yang bersih.
  3. Memberi kesedaran kepada masyarakat untuk lebih prihatin kepada haiwan.
  4. Memupuk semangat kerja berkumpulan.

 

 

PERSEDIAAN SEBELUM KE LOKASI

Setelah menerima tugasan kajian lapangan, kami berbincang dan menetapkan jawatan dan tugasan-tugasan untuk setiap ahli kumpulan. Ini bertujuan untuk membahagikan tugasan kepada setiap ahli kumpulan dengan sama rata.

 

JAWATAN

AHLI KUMPULAN

KETUA KUMPULAN

AHMAD SYAKIR BIN ZAIDI

NAIB KETUA KUMPULAN

IZZAH NURHANA BINTI HASLAN KAMAL

SETIAUSAHA

NUR ADILA FARAHIYAH BINTI AZMAN

BENDAHARI

MUHAMMAD AIMAN HAKIM BIN AHMAD RIDZO

AHLI JAWATANKUASA:

1. EDITOR

PHOTOGRAPHER:

ARIS ALANG ISKANDAR BIN ARIS FAZIL

VIDEOGRAPHER:

ANIQ ZUMARZIYAD BIN MOHAMAD HAIRUDIN

2. MAKANAN

AMIRUL MUKHLIS BIN MOHD AZLI

AIN AFIQAH BINTI HAJI AGUS SALIM

3. KENDERAAN

BADRUL FITRI BIN SHAIFULL NAIM

FITRI ZULKARNAIN BIN ZAHAREN

 

 

  1. Memohon kebenaran pihak Zoo Johor untuk membuat tugas menjalankan kajian lapangan.

                        Seminggu sebelum ke lokasi, kami telah menghubungi pihak pengurusan Zoo Johor. Panggilan dibuat untuk menentukan tarikh yang bersesuaian untuk melakukan tugasan ini. Tarikh yang dipilih berdasarkan kelapangan masa pihak Zoo Johor untuk menerima sekumpulan pelajar untuk melakukan sesebuah tugasan. Kebiasaannya, pihak zoo menerima banyak kunjungan para pelajar untuk melakukan tugasan di sana.

Pihak pengurusan Zoo Johor telah menyerahkan tugas kepada Encik Roslan, pengurus Zoo Johor untuk kami diberi tugas semasa di sana. Bersama-sama Encik Roslan, kami telah membincangkan tarikh yang sesuai untuk kami melakukan projek lapangan di Zoo Johor. Tarikh yang telah dipersetujui ialah 25 Oktober 2018. Masa yang telah mereka tetapkan ada 7:30 pagi hingga 1:00 petang. Pihak Zoo Johor juga meminta untuk setiausaha kumpulan kami menyediakan surat rasmi dan emelkan kepada pihak Zoo Johor bertujuan merekodkan pelajar yang pernah ke sana.

 

  1. Mencari kenderaan untuk ke Zoo Johor.

                        Ketika mencari kenderaan, kami mempunyai sedikit kesulitan dalam mencari kenderaan. Kami ke Fakulti Tamadun Islam untuk bertanya jika kami boleh meminta tajaan kenderaan untuk melakukan tugas lapangan kami. Akan tetapi, pihak pengurusan Fakulti Tamadun Islam memaklumkan kepada kami bahawa tiada kenderaan yang disediakan. Namun, kami dicadangkan beberapa fakulti lain yang menyediakan kenderaan untuk melakukan kajian lapangan di luar kawasan UTM. Antara fakulti yang dicadangkan ialah Fakulti Hartanah dan Fakulti Komputeran.

                        Setelah dicadangkan untuk ke Fakulti Komputeran, kami berjumpa dengan Encik Abdullah, pengurus Fakulti Komputeran untuk berunding tentang kenderaan kami ke Zoo Johor. Encik Abdullah tidak berjanji tapi cuba untuk menguruskan kenderaan untuk kami. Keesokkannya, Encik Abdullah menghubungi kami bahawa kenderaan (van untuk 10 orang) telah berjaya disediakan untuk kami.  Kami hanya perlu berkumpul pada pukul 7:15 di Fakulti Komputeran blok N28a.

  

 

 

Continue...

SEMASA DI LOKASI

 

25 Oktober 2018

Waktu

Perkara

7:15 – 7:45 pagi

 

- Menunggu ketibaan Van Sekolah Komputeran.

- Sarapan pagi diagihkan kepada ahli kumpulan

7:45 – 8:30 pagi

- Ketibaan ahli kumpulan di Zoo Johor.

- Pembelian tiket yang berharga RM 2.

8:30 – 8:45 pagi

- Taklimat ringkas oleh Encik Roslan

- Ahli kumpulan diagihkan tugas mengikut kawasan haiwan (monyet, burung, badak, buaya, harimau)

8:45 – 11:30 pagi

- Tugasan pembersihan zoo dilakukan oleh setiap ahli kumpulan

11:30 – 1:00 tengah hari

- Aktiviti bebas di Zoo Johor

- Melawat semua haiwan di Zoo

- Memberi haiwan makan

1:00 – 1:45 petang

- Makan tengah hari

1:45 – 2:00 petang

- Menunggu ketibaan van Fakulti Komputeran untuk pulang ke Fakulti.

 

Menunggu ketibaan Van Sekolah Komputeran

Dalam perjalanan ke Zoo Johor yang mengambil masa 45 minit dari UTM

 

Ketibaan ahli kumpulan di Zoo Johor

 

Penerangan ringkas oleh Encik Roslan (berbaju merah)

 

Pembersihan di kurungan burung

 

Pembersihan di kandang gajah

 

Pembersihan di kandang monyet

 

Pembersihan di kandang badak

 

SELESAI TUGAS LAPANGAN DI LOKASI

            Setelah selesai tugas lapangan, kami diberi sedikit taklimat ringkas oleh Encik Roslan. Kami diberi sedikit kata-kata penghargaan oleh pihak Zoo Johor atas kebaikan kami sudi menjalankan tugasan kami di sana. Kumpulan kami menerima sijil penghargaan dari pihak Zoo Johor atas usaha kami membantu memelihara keadaan kandang-kandang haiwan di Zoo Johor.

            Kami diberi peluang untuk melawat kawasan-kawasan kandang haiwan yang lain dan juga memberi makanan kepada haiwan secara percuma.

 

Melawat dan mengambil gambar kenang-kenangan

 

KEPENTINGAN KAJIAN

Berdasarkan penyelidikan yang telah kami jalankan, ia dapat memberikan kesedaran dan pengetahuan yang mendalam tentang penjagaan haiwan kepada kami. Kami dapat mengetahui cara penjagaan haiwan yang betul kerana haiwan-haiwan tersebut tidak lagi tinggal di habitat semula jadinya. Setiap haiwan memerlukan tempat perlindungan yang sesuai dengan habitat asalnya. Mereka juga memerlukan makanan yang mencukupi supaya tidak mudah jatuh sakit kerana mereka tidak boleh mencari makanan mereka sendiri dan hanya bergantung kepada makanan yang di beri. Pihak kerajaan perlu memastikan pihak pengurusan setiap zoo yang ada di Malaysia sentiasa menjaga haiwan yang terdapat di zoo mereka kerana baru-baru ini terdapat berita yang tersebar di media sosial yang menunjukkan gajah didalam zoo tersebut didera dan tidak diberi makanan yang cukup.

 

KESIMPULAN

Kami menggunakan konsep yang berlandaskan flora dan fauna. Masyarakat kini kurang memberi perhatian terhadap folra dan fauna kerana lebih mementingkan pembangunan. Kehidupan flora dan fauna amat terjejas apabila habitat semulajadi mereka musnah. Banyak spesis-spesis terancam yang sudah pun pupus. Jadi kita mestilah berusaha untuk melindungi spesis flora dan fauna yang kian pupus ini untuk tatapan anak cucu kita pada masa akan datang. Faktor yang mendorong kami menjalankan kajian ini adalah untuk mendekatkan lagi diri kami kepada spesis haiwan yang sudah sukar untuk dijumpai contohnya tapir dan harimau belang yang populasinya di Malaysia semakin menurun dari tahun ke tahun.