Monsoon SIM Workshop 2020

Monsoon SIM Workshop 2020 RSS

Maklumat Ringkas Program: Monsoon SIM Workshop 2020

Tarikh: 24 November 2020

Masa: 2.00 – 4.00 petang

Tempat: Online Platform-Webex

Penganjur: Accounting Club 2020/2021(UTMAC) Azman Hashim International Business School

Jawatan disandang: Peserta Program

Communication Skills

poster.png

  1. Laporan mini
  2. Pada 24 November 2020, UTMAC telah menganjurkan Monsoon SIM Workshop yang melibatkan seramai 25 orang peserta.  Peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan yang mana setiap kumpulan mempunyai 5 orang ahli.  Peserta bengkel ini merupakan pelajar jurusan perakaunan tahun 2,3 dan 4.  Bengkel ini diadakan secara atas talian melalui platform online iaitu Webex.  Tujuan bengkel ini diadakan adalah supaya para peserta dapat lebih memahami apa itu sistem Monsoon SIM dan memberi peluang para peserta untuk menggunakan sistem itu sendiri.  Dr Mohammad Shah Kassim merupakan fasilitator untuk Monsoon Sim Workshop ini. 

    Monsoon SIM merupakan permainan simulasi perniagaan dimana setiap kumpulan akan bersaing dalam mengelolakan perniagaan virtual masing-masing.  Pada peringkat awal, Dr Mohammad Shah menerangkan kepada semua peserta bagaimana untuk bermain Monsoon SIM dan menerangkan fungsi -fungsi setiap jabatan dalam permainan tersebut.  Kemudian peserta akan mula bermain dan dipantau oleh Dr Mohammad Shah. 

    Kerjasama dan komunikasi merupakan elemen yang paling penting dalam permainan ini. Semua ahli kumpulan memainkan peranan bagi meningkatkan prestasi perniagaan dan bertanggungjawab terhadap kerugian yang dihadapi.  Kami perlu sentiasa berkomunikasi supaya setiap ahli tahu apa peranan mereka.  Pada mulanya, agak sukar untuk kami memahami permainan ini, namun setelah bermain dan memahami peranan masing-masing, kami dapat melonjakkan perniagaan kami. 

    1. Refleksi Diri

    Saya menyertai bengkel ini kerana saya ingin mengetahui lebih lanjut apa itu permainan simulasi Monsoon SIM.  Bengkel ini mendedahkan kami bagaimana untuk mengelola perniagaan.  Pada peringkat awal, agak sukar untuk saya menyesuaikan diri dan memahami aliran permainan ini.  Namun, selepas bermain Monsoon SIM ini, saya sangat gembira kerana dapat mencuba sesuatu yang baru.  Permainan ini memerlukan kami sebagai ahli kumpulan untuk sentiasa berkomunikasi dan membantu satu sama lain.  Kami juga perlu sentiasa peka terhadap perubahan yang berlaku dalam permainan seperti perubahan harga stok, permintaan pelanggan dan musim percutian.  Bengkel ini juga meningkatkan kemahiran berfikir saya kerana saya perlu bijak dalam menguruskan pembelian barang dan memilih tawaran atau bidaan yang perniagaan mampu untuk penuhi.

    Cabaran saya sepanjang bengkel ini adalah kesukaran untuk memahami penerangan yang diberikan oleh fasilitator.  Hal ini kerana bengkel ini diadakan secara atas talian oleh sebab pandemik COVID 19.  Jaringan internet yang kadang kala tidak stabil menjadikan saya tertinggal beberapa informasi. Tetapi, saya dapat menyelesaikan bengkel ini dengan sempurna diatas bantuan ahli kumpulan dan fasilitator sendiri. Kita perlu mencari jalan penyelesaian bukan memberi alasan kepada sesuatu masalah. 

Details