AIESEC VIRTUAL YOUTH SPEAK FORUM 2.0
RSS
Maklumat Ringkas Program: AIESEC VIRTUAL YOUTH SPEAK FORUM 2.0
Tarikh: 21 dan 23 Jun 2020
Tempat: Online Platform-Facebook
Penganjur: AIESEC in Johor Bahru
Kerjasama: UTM Center for Student Innovation and Technology Entrepreneurship (UTM XCITE)
Jawatan disandang: Peserta Program
- Laporan mini
Pada 21 dan 23 Jun 2020, AIESEC Johor Bahru dengan kerjasama UTM Center for Student Innovation and Technology Entrepreneurship (UTM XCITE), telah mengadakan Virtual Youth Speak Forum 2.0. Program ini diadakan selama 3 minggu bermula pada 6 Jun sehingga 23 Jun 2020 dan disiarkan di Facebook UTMXCITE. Bertemakan “Connecting YOUth to COVID-19”, program ini bertujuan untuk mengurangkan beban orang muda apabila berhadapan dengan pandemik ini. Topik yang diketengahkan termasuklah berkaitan kesihatan mental hingga kualiti Pendidikan.
Terdapat tiga tema kecil mengikut minggu. Pada minggu pertama, tema program ini adalah “Mental Health of the Millennials”. Tema pada minggu kedua pula adalah “Challenges Faced by the Education Sector in Providing Quality Education”, manakala minggu ketiga “Future Booming Industries”. Saya telah menjadi peserta program pada minggu ketiga. Bersesuaian dengan tema yang diberikan, peserta dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang cabaran yang dihadapi oleh sektor ekonomi dan usahawan di negara kita. Peserta juga didedahkan dengan peluang pekerjaan pada masa hadapan untuk bakal graduan. Program kali ini dibahagikan kepada dua bahagian, yang pertama “Mindset and Actions of Youth Need to Have to Work in a Fast-Paced Environment” dan yang kedua “What is the Future Career Trend so that Youth Nowadays can Focus on the Right Thing before Stepping into Their Career Path?”.
Program ini membantu memberi keyakinan kepada saya untuk memulakan langkah awal berjinak-jinak dalam industri perniagaan. Melalui program ini, kami didedahkan dengan fakta betapa sukarnya untuk mendapatkan pekerjaan pada masa hadapan. Oleh hal yang demikian, salah satu cara yang boleh memberi pendapatan kepada kami adalah melalui perniagaan. Program ini juga tidak hanya memfokuskan kepada kerjaya tetapi juga kepada kesihatan mental golongan muda dan bagaimana untuk menjadikan Pendidikan kita berkualiti.
- Refleksi Diri
Sepanjang mengikuti program ini, saya menyedari bahawa untuk mendapatkan pekerjaan bukanlah sesuatu yang mudah jika tanpa usaha. Kita sendiri yang perlu mencari jalan keluar kepada permasalahan itu. Program ini memberi dampak yang besar kepada diri saya. Melalui program ini, saya dapat meningkatkan kemahiran berfikir dan kemahiran keusahawanan saya. Saya mencuba mengikuti lebih banyak program – program yang berkaitan dengan bagaimana untuk memulakan langkah awal dalam mendapatkan kerjaya yang saya inginkan.
Selain itu, pengalaman yang dikongsikan oleh para penceramah juga sangat memotivasikan diri saya. Mereka berjaya menempatkan diri mereka di posisi yang tinggi pada usia yang masih muda. Mereka juga turut tersenarai di dalam Forbes under 30. Kejayaan- kejayaan mereka perlu diambil pengajaran untuk menjadi titik corak kepada pembangunan diri saya. Melalui program ini dapat saya simpulkan bahawa untuk mendapatkan kerjaya yang diinginkan, kita perlu bermula dengan langkah dan jalan yang betul serta tepat. Kita perlu bergantung kepada diri kita dan usaha sendiri bagi mendapatkan kejayaan ingin diperolehi.