Report Activity 1

Into The Woods 2.0

Into The Woods 2.0

Tarikh: 7 december 2019

Tempat: UTM to JPO

Anjuran:  Student Recreation Club UTM (SRC UTM)

Jawatan dalam aktiviti

Peserta

Atribut Siswazah

  • Kemahiran kerja sepasukan
  • Kebolehsuaian
  • Kemahiran berkomunikasi

Laporan mini

photo_2022-01-09_02-19-56.jpg

Pada 7 december 2019, saya telah menyertai aktiviti berbasikal dibawah anjuran kelab SRC, UTM. Aktiviti berbasikal ini disertai oleh lebih kurang 20 orang daripada pelbagai course. saya menyertai aktiviti ini secara suka rela dan hanya sekadar untuk menambah kenalan, mengisi masa lapang dan mencuba sesuatu yang baharu. 

Tidak semua yang menyertai aktiviti lasak ini mempunyai pengalaman. Jadi, sehari sebelum hari kejadian, kami melakukan aktiviti pemanasan dan latihan.

photo_2022-01-09_02-20-03.jpgphoto_2022-01-09_02-33-20.jpgphoto_2022-01-09_02-20-08.jpg

Kami menunggang basikal beramai ramai memasuki hutan rekreasi UTM.  aktiviti pemanasan ini sangat bagus bagi saya kerana sebagai orang yang tiada pengalaman, ia amat penting untuk saya tahu bagaimana untuk mengawal basikal apabila di kawasan curam serta tanah yang tidak sekata dan cara menukar gear mengikut keadaan.

Sebelum tamat aktiviti pemanasan ini, kami berkumpul kembali di arked cengal dan mendengar taklimat daripada pengerusi untuk aktiviti ini.Destinasi kami adalah untuk ke Johor Premium Outlet melalui jalan kebun dan kami bermula dari arked cengal, UTM. pada hari kejadian, tepat jam 8 pagi, semua yang menyertai aktiviti ini diminta hadir dan berkumpul di arked cengal. Masing masing membawa basikal jika ada, dan jika tiada, perlu mengambil dan meminjam basikal yang disediakan oleh UTM. setelah selesai berkumpul, kami diberikan bekalan makanan untuk sarapan seperti air dan roti dan mendengar sedikit taklimat sebelum memulakan perjalanan.

photo_2022-01-09_02-26-19.jpg

photo_2022-01-09_02-26-15.jpg

Kami memulakan perjalanan menuju ke johor premium outlet dan jangkaan sampai di destinasi pada pukul 12 tengahari. semasa dalam pejalanan, terlalu banyak liku liku yang perlu ditempuhi seperti tanah yang lecak dan tanah curam. Setiap orang perlu mengutamakan keselamatan masing masing dan perlu lebih berhati hati kerana risiko untuk cedera amat tinggi.tetapi malang tidak berbau, walaupun telah berhati hati, salah seorang daripada kami cedera kerana terjatuh semasa menunggang basikal dan meninggalkan luka yang agak parah. beliau telah dirawat oleh ahli yang ditugaskan bawah bahagian keselamatan dan kecemasan. Selain daripada risiko cedera, cabaran berat yang lain adalah kepenatan yang melampau. Saya tiada pengalaman dalam aktiviti berbasikal lasak sebelum dan ini merupakan kali pertama. jadi, berkemungkinan stamina saya belum kukuh untuk menyertai aktiviti selasak ini. didalam perjalanan, saya mudah berputus asa sehingga sampai kesatu tahap, saya mahu berhenti dan tidak mahu meneruskan. tetapi alhamdulillah, ahli yang lain sentiasa memberi sokongan yang positif dan kata kata semanagat kepada saya untuk meneruskan perjalanan menuju kedestinasi. selepas hampir 2 jam perjalanan, akhirnya sampai juga destinasi yg dituju.

    photo_2022-01-09_02-33-15.jpgphoto_2022-01-09_02-26-53.jpg

kami tiba di Johor premium outlet (JPO) dan berehat seketika makan bersama sebelum memulakan perjalanan balik.setelah selesai makan, kami mengambil gambar sebagai kenangan. tepat jam 11 pagi, kami bergerak pulang ke UTM melalui jalan yang sama. Dan kami tiba di UTM selepas 1 jam 30 min perjalanan. alhamdulillah perjalanan balik amat lancar.

          photo_2022-01-09_02-25-58.jpg

 

 

Refleksi Kendiri

apa yang saya dapat daripada aktiviti ini adalah pengalaman yang amat bernilai kerana aktiviti ini amat menarik dan menguji kesabaran, semangat dan kesepakatan rakan sepasukan. saya amat bangga dengan diri saya kerana saya tidak menyangka saya akan sampai juga didestinasi setelah hampir berputus asa berulang kali. terima kasih kepada ahli yang lain yang tidak pernah jemu memberi saya sokongan padu serta bersatu dan bertungkus lumus menjayakan aktivti ini.