Rover Beach Clean Up
Tarikh: 21-22 Februari 2020
Tempat: Sekolah Kebangsaan Tanjung Langsat, Pasir Gudang, Johor.
Anjuran: KLKM UTM JB
Jawatan dalam aktiviti
Peserta
Atribut Siswazah
- Mengukuhkan jaringan sosial
- Kemahiran kerja berpasukan dan kepimpinan
- Kebolehsesuaian
- Kemahiran berdaya usaha
- kemahiran berkomunikasi
Laporan mini
saya merupakan ahli kelab kelanasiswa utm jb. pada awal tahun 2020 iaitu 21-22 februari, kelab kelanasiwa utm jb telah menganjurkan program sukarelawan membersihkan pantai di sekolah kebangsaan Tanjung Langsat, Pasir Gudang, johor bersempena Scouts Founders Day. Program ini juga bekerjasama dengan Arcana Rovers dan PPMPG serta murid murid sekolah tanjung langsat. Setiap orang perlu membayar rm30 jika mahu menyertai program ini. Bagi saya, dengan membayar rm30 adalah amat berbaloi dengan aktiviti yang dijalankan dibawah program ini sepanjang 2 hari 1 malam tersebut. Pada hari kejadian iaitu 21 februari pagi, kami berkumpul di stesen bas berhadapan dengan fakulti alam bina. kami mendengar sedikit taklimat sebelum meneruskan perjalanan dengan menaiki bas menuju ke destinasi iaitu Sekolah tanjung Langsat di Pasir Gudang. Sesampainya kami di sekolah tersebut, kami diberikan sehelai baju khas untuk program tersebut. Aktiviti pertama yang dilakukan adalah memasang khemah di padang sekolah tersebut. setiap khemah hanya dibenarkan masuk 3 hingga 4 orang sahaja. Selepas siap memasang khemah, kami diminta untuk berkumpul didewan sekolah tanjung langsat untuk sesi kenal mengenal antara satu sama lain. Kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan secara rawak. Didalam kumpulan saya terdiri daripada 3 fakulti berbeza iaitu fakulti sains, fakulti pendidikan dan fakulti alam bina. Saya amat gembira bertemu dan berkenalan dengan kenalan baru yang sangat peramah. Selepas aktiviti suai kenal kami meneruskan aktiviti ketiga iaitu aktiviti pemanasan. Kami bermain permainan yang mana, setiap fasilitator memperkenalkan diri dihadapan, dan kami perlu mengingati "keyword" tentang setiap ahli fasi tersebut. Setiap kumpulan yang dapat mengingati keyword yang banyak mempunyai peluang yang cerah untuk memenangi aktiviti ini. Aktiviti seterusnya ialah aktivti kepantasan tangan. aktiviti ini amat menyeronokkan kerana ia menguji kecekapan dan kefokusan setiap orang. Selepas selesai aktiviti tersbut, kami berehat menunaikan solat dan makan tengahari sebelum memulakan aktivti petang. Aktiviti petang lebih kearah taklimat untuk aktivti utama kami pada esok hari iaitu membersihkan pantai. pada waktu malam pula, mengikut tentatif program, kami akan melakukan aktiviti "night walk" tetapi tidak dapat diteruskan kerana ada beberapa halangan yang tidak dapat dielakkan, jadi pihak penganjur program menukar rancangan dengan menggantikan aktiviti nyanyian lagu lagu scouts di tengah tengah padang sekolah yang telah dikelilingi khemah khemah peserta. Ada beberapa ahli ditugaskan untuk menghidupkan api untuk menyemarakkan lagi suasana dimalam tersebut. keesokkan harinya, kami bersarapan dahulu sebelum memulakan aktiviti utama kami bersama murid murid sekolah rendah dari sekolah kebangsaan tanjung langsat. Kami bergerak bersama dari padang sekolah menuju ke pantai mengikut kumpulan bersama murid-murid yang mana telah dibahagikan kumpulan juga. didalam perjalanan menuju ke pantai, sesuatu yang tidak dijangka berlaku iaitu cuaca mendung dan hujan lebat setibanya di pantai. Jadi, kami berteduh sebentar sementara menunggu hujan reda. setelah beberapa minit, cuaca kembali cerah dan hanya hujan gerimis. Kami memulakan pembersihan pantai bersama sama. Setiap kumpulan memainkan peranan masing masing dengan baik. Setiap kumpulan akan ada lebih kurang 10 orang murid sekolah, dan kami sebagai sukarelawan perlu menjadi pemimpin didalm kumpulan tersebut. selepas satu jam membersihkan pantai. maka tamatlah aktiviti tersebut. sebelum bergerak kembali ke padang sekolah, kami mengambil gambar bersama sebagai kenang kenangan. kami kembali bergerak ke padang selepas bergambar dan mula mengemas barang serta membuka khemah masing masing untuk pulang ke UTM.
Refleksi Kendiri
Saya tidak dapat menjelaskan betapa saya menghargai detik-detik yang dikongsi bersama rakan-rakan dari pelbagai fakulti dan juga pelajar daripada sekolah kebangsaan tanjung langsat yang sentiasa ceria dan cukup baik. Pencapaian khidmat masyarakat yang paling saya banggakan ialah kerja yang saya lakukan untuk membantu membersihkan pantai bersama sama dengan rakan dan ahli kumpulan. Dari sini saya dapat belajar kemahiran bersosial dan kemahiran bekerjasama dengan ahli yang lain. Hasil daripada khidmat masyarakat saya, saya juga mendapat pengalaman secara langsung dalam kemahiran kepimpinan. Saya belajar cara mengawal dan memimpin pelajar sekolah dan beramah mesra dengan mereka. bekerjasama dengan pelajar sekolah rendah kadang-kadang agak mencabar, tetapi ia mengajar saya untuk erti sabar. Kesimpulannya, saya belajar banyak daripada khidmat masyarakat saya dan saya berharap untuk terus menjadi sukarelawan serta terus mencari lebih banyak pengalaman baru dimasa akan datang.