The Survival Outdoor Camping
Tarikh: 28 - 29 Februari 2020
Tempat: Kem Dayang, Pekan Nenas,Pontian
Anjuran: Fakulti Sains (Jabatan Sains Matematik)
Jawatan dalam aktiviti
Peserta
Atribut Siswazah
- kemahiran menyelesaikan masalah
- kemahiran berkomunikasi
- kemahiran kepimpinan
- kemahiran berdaya saing
- kebolehsesuaian
Laporan mini
Program ini dijalankan selama 2 hari 1 malam yang telah disertai oleh tahun 1 SSCE & SSCM 2019/2020 seramai 130 orang. Program ini dijalankan di kem Dayang dan program ini dipimpin oleh pelajar tahun 4 Equine Management students. Program ini juga adalah untuk membentuk dan mengasah kemahiran insaniah yang terpendam seperti kemahiran kepimpinan dan kemahiran kerja sepasuka. Setibanya di kem tersebut, pihak fasi memberikan sedikit taklimat mengenai program dan peraturan yang perlu diikuti sepanjang berada di kem Dayang. Setelah selesai mendengar taklimat, kami semua dipecahkan kepada 10 kumpulan. setiap kumpulan terdiri daripada ssce dan sscm yang telah dibahagikan secara rawak. Selepas kumpulan dibahagikan, aktivit pertama adalah sesi perkenalan antara ahli. Daripada aktiviti pertama ini juga kami diminta untuk mencipta logo mewakili kumpulan. Setelah selesai mencipta logo, kami juga diminta untuk mencipta lagu sorakan dan slogan untuk dipersembahkan kepada semua. Setiap kumpulan perlu menerangkan slogan serta logo telah dicipta bersama ahli kumpulan. seterusnya, kami diberi masa berehat seketika sebelum meneruskan aktiviti kedua. Aktivit kedua merupakan aktivit yang paling menarik bagi saya iaitu aktiviti yang dipanggil " war game". Aktiviti ini memupuk semangat sepasukan yang tinggi dan mengajar erti tidak mudah mengalah. war game ini merupakan permainan perang antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain. Aktiviti seterusnya iaitu exploraces. Kami perlu melengkapkan lima pusat pemeriksaan (checkpoint), setiap checkpoint mempunyai halangan tersendiri yang mesti kami atasi sebagai satu kumpulan. kelima lima aktiviti ini sangat menarik bagi saya dan aktiviti yang paling saya minat adalah aktivti melintasi sungai yang mana kita perlu menggunakan kreativiti kita untuk menyeberangi sungai dengan menggunakan tali.Selesai semua tugasan, kami berkumpul dan kembali ke bilik masing-masing untuk menyiapkan diri untuk sesi malam. Semasa sesi malam iaitu "night walk", pelajar lelaki dikehendaki berjalan sendirian manakala pelajar perempuan dibenarkan berpasangan dengan rakan masing masing di sepanjang checkpoint. Aktiviti ini juga merupakan aktiviti kesukaan saya dan agak mencabar dalam masa yang sama. Aktiviti ini merupakan aktiviti sihat yang mencabar keberanian dan kekentalan jiwa saya dan juga peserta yang lain. Ini kerana ia melibatkan pergerakan dalam suasana malam gelap yang memerlukan kemahiran kawalan diri yang tinggi, setiakawan dan tidak penting diri di samping kemahiran mendengar arahan dan cepat bertindak. Pada keesokan harinya, aktiviti terakhir kami ialah meredah hutan dan mendaki gunung. Para pelajar dibimbing oleh fasilitator yang berani mengharungi pelbagai rintangan. Kami juga diminta untuk memikirkan cara memasak kentang di atas api unggun tanpa menggunakan kuali. Program diakhiri dengan penyampaian anugerah kepada setiap kumpulan dan sesi bergambar berkumpulan.
Refleksi Kendiri
Ia adalah perjalanan perkhemahan yang paling menyeronokkan dan tidak dapat dilupakan yang pernah saya alami. Kami belajar dan mempraktikkan pelbagai kemahiran di kem, yang paling penting ialah kemahiran menyelesaikan masalah dan kerja berpasukan yang padu. Tambahan pula, para fasilitator sangat menyenangkan dan peramah, serta menambahkan lagi keceriaan program. Mereka akan memastikan bahawa setiap checkpoint yang kami lalui berjalan dengan lancar dan secara tidak langsung kami dapat belajarbanyak perkara seperti kesabaran dan keberanian. Kemahiran pengurusan masa juga dapat saya tingkatkan kerana jadual yang agak padat dan kami hanya mempunyai masa yang terhad. Secara keseluruhannya, semua peserta yang menyertai program ini terlihat amat gembira dan saya dapat melihat hubungan antara pelajar ssce dan sscm bertambah erat dan kami saling mengenali antara satu sama lain. Saya juga berpeluang untuk mencuba banyak aktitviti baharu yang lasak dan mencabar. Saya merupakan seorang yang suka aktiviti yang mencabar dan ia menambahkan lagi minat saya untuk menyertai aktiviti seperti ini dimasa akan datang. Saya akan sematkan kenangan yang diperolehi dan menerapkan ilmu yang dipelajari dalam program ini didalam kehidupan saya.