Keselamatan Mekanikal

السلام عليكم

 

hai..Kali ni kita masuk pulak topik keselamatan mekanikal..

apa yang aku paham pasal mekanikal nih tak ada kena mgena dengan subjek elektrik yang aku belajaq.. hehehehe.. habis mukhadimah..

so mekanikal ialah sesuatu yang berhubung dgn jentera (mesin dan lain) atau secara atau seperti gerakan mesin atau jentera (tidak menggunakan fikiran) di petik dari Kamus Dewan Edisi 4.

jadi apa kena mekanikal dalam aspek keselamatan ni.. so that it's main topic for discusion.. 

 

Tangan atau lengan hancur, jari terputus, buta dan sebagai adalah merupakan sebahagian kemungkinan kecederaan yang mengerikan di sebabkan oleh bahagian-bahagian mesin yang bergerak (moving parts). jadi Pelindung mesin (machine guarding) adalah merupakan perlindungan untuk mengelakkan kecederaan kepada pekerja

PELINDUNG MESIN (Machine Guarding)

HAZAD MESIN (MEKANIKAL)

Pergerakan Terus (Motions)
  • Berputar (Rotating)
  • Berbalas-balasan (Reciprocating)
  • Pergerakkan Melintang berterusan   (Transversing)
·Tindakan (Actions)
  • Memotong (Cutting)
  • Menekan/hentakkan (Punching)
  • Mengunting (Shearing)
  • Membengkok/membelok (Bending)

 

JENIS-JENIS PELINDUNG MESIN

  • Pelindung Tetap/kekal (Fixed Guard)
  • Pelindung Berkekunci (Interlocked Guard)
  • Pelindung Boleh Laras/Ubah (Adjustable Guard)
  • Pelindung Boleh Laras/Ubah Sendiri (Self-adjusting Guard)

PUNCA KEMALANGAN DALAM KENDALIAN HAZAD MEKANIKAL
Kecuaian Pekerja
a. Tidak gunakan peralatan perlindungan dgn cara yg betul
b. Tidak mematuhi arahan yg ditetapkan
c. Menggunakan peralatan dgn cara yg salah atau menyalahgunakannya utk tujuan lain spt bergurau senda.
d. Tergesa-gesa melakukan kerja tanpa membaca aarahan kerja atau notis amaran.
e. Keadaan rupa diri yg tidak kemas spt berambut panjang, pakaian yg longgar, memakai barang perhiasan dsb.
Keadaan peralatan / perkakasan
a. Tidak membuat pemeriksaan terhadap peralatan yg hendak digunakan
b. Tidak melaporkan sebarang kerosakan kepada penyelia jika ada.
c. Sebelum menggunakan mesin, pengendali mestilah seorang yang tahu dan faham cara mengguna dan memberhentikan mesin dgn cara yg betul.
 
Keadaan benda kerja dan kawasan kerja.

a. Tidak memastikan kemudahan keselamatan yg terdapat di sekeliling.
b. Tidak mematuhi tanda-tanda amaran seperti tanda larangan merokok di tempat yang mudah terbakar.
c. Tidak menghindarkan diri daripada menggunakan perkakasan elektrik di tempat yang terdapat bahan-bahan mudah terbakar

Penggunaan mesin dan jentera
a. menyelenggara mesin dlm keadaan bergerak atau tiada penghadang keselamatan. Pengendali tidak mempunyai pengetahuan yg sempurna bagaimana cara mengendali bahaya yg berkaitan  dgn mesin tersebut.
b. Pengendali tidak memberhentikan operasi mesin sehingga ia dibaiki oleh orang yg berkelayakan.
 
Langkah Keselamatan yang Boleh Diambil bagi Mencegah Kemalangan dalam Kerja-kerja Mekanikal
 
a.Elakkkan daripada memegang atau menyentuh bahagian mesin/benda tajam semasa ia sedang beroperasi.
b.Pastikan mesin mempunyai suis keselamatan saling mengunci.
c.Pastikan mesin mempunyai sistem pembumian yang sempurna.
d.Matikan suis kuasa sepenuhnya apabila mesin tidak digunakan atau dibersihkan.




External Video

External Video

Embedded Media

Keselamatan Mekanikal

Keselamatan Mekanikal

mekanikal2.JPG
Details

Comments

Aku
01 December 2012, 10:37 AM

jazakallah

1 comment