Dinamika Malaysia

Hubungan Etnik di Zaman Kolonial

Daripada segi geografi, Malaysia (sebelum ini dikenali sebagai Tanah Melayu) memang merupakan kawasan yang paling strategik. Ia dikelilingi oleh gugusan pulau-pulau yang mempunyai budaya penduduk yang hampir sama. Migrasi antara kawasan adalah suatu yang lumrah untuk tujuan perdagangan, menuntut ilmu ataupun hubungan persaudaraan. Justeru itu, Malaysia mempunyai penduduk yang terdiri daripada pelbagai etnik dan ragam budaya yang unik. Namun begitu, kejelekitan hubungan etnik di kalangan penduduk Tanah Melayu tidak dapat dipertahankan disebabkan dasar penjajahan British yang berusaha memecahbelahkan kesatuan penduduk di negara ini.

PDF

Details

Dinamika Malaysia - Hubungan Etnik di Zaman Kolonial

  • Dapat mempelajari sejarah awal Malaysia sebelum dan selepas penjajahan Tanah Melayu.
  • Menambah pengetahuan tentang kerajaan-kerajaan Melayu sebelum dan selepas penjajahan.
  • Mengenalpasti perubahan pentadbiran semasa sebelum dan selepas penjajahan di Tanah Melayu.
Details

Nota Sejarah Awal Malaysia

 LATAR BELAKANG SEJARAH AWAL NEGARA 

 

Sejarah awal negara ini telah pun bermula sejak beribu-ribu tahun dahulu . Penemuan-penemuan arkeologi membuktikan beberapa kawasan di tanah melayu ,sabah dan sarawak telah didiami manusia  sejak zaman prasejarah lagi . Di malaysia  , kewujudan zaman  paleolitik dikenal pasti telah berlaku lebih     kurang 35 ribu tahun  dahulu . Antara petempatan awal manusia adalah di kota   Tampan ,  Perak , Gua Niah di Sarawak dan Tingkayu di Sabah . Perkembangan masyarakat dari zaman Paleolitik ke zaman Mesolitk , zaman Logam  hingga   zaman proto sejarah memperlihatkan pembangunan tamadun yang  pesat di   tanah air sejak sebelum sebelum masihi hinggalah abad  sepuluh yang pertama . Perkembangan ini terus berlaku pada abad-  abad seterusnya yang menyaksikan perkembangan kebudayaan berasaskan  kepercayaan dengan kemasukan pengaruh Buddha , Hindu dan  kemudiannya  Islam . 

    

 

bukupengajianmalaysia



1.1 KERAJAAN-KERAJAAN MELAYU 

  KERAJAAN MELAKA

 

  • Parameswara mangkat pada tahun 1414 dan diwarisi oleh anaknya,Sultan Megat Iskandar Shah 1414-1424, Baginda kemudian digantikan dengan putera baginda, Sri Maharaja, yang kemudiannya mengambil gelaran "Sultan Muhammad Shah, Melaka" (1424-1444). Pada kemangkatannya dalam tahun 1444, beliau diganti oleh putera bongsunya dari isteri kedua baginda Puteri Rokan, Raja Ibrahim. Disebabkan pemerintah sebenarnya adalah oleh sepupu Puteri Rokan, orang-orang besar Melaka tidak setuju dan telah membunuh Raja Ibrahim dan dimakamkan dengan gelaran"SultanAbuSyahid".
  • Kekanda Raja Ibrahim, Raja Kassim anak isteri pertama Tun Wati, menaiki takhta pada tahun1445 dan memakai gelaran "Sultan Muzaffar Syah" (1445-1456) menaiki takhta dan mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi negeri. Pendakwah-pendakwah Islam dihantar oleh Sultan ke seluruh Kepulauan Melayu seperti Jawa, Borneo dan Filipina. Sebahagian besar penduduk Asia Tenggara pada ketika itu beragama Hindu.
  • Semasa pemerintahannya, pihak Siam membuat dua serangan ke atas Melaka. Serangan pertama diketuai oleh Awi Chakra melalui darat pada tahun 1445, tetapi telah ditewaskan oleh Tun Perak dan Tun Hamzah (Tok Bongkok) tidak jauh dari Muar. Pada tahun 1456, Siam melancarkan serangan kedua pada 1456 yang diketuai oleh Awi Dichu melalui laut, dan sekali lagi Tun Perak telah berjaya menewaskan mereka dan kali ini, dengan mudah. Selepas dua kekalahan di darat dan laut ini, Siam tidak lagi mencuba untuk menyerang Empayar Melayu Melaka. Tun Perak telah dijadikan Bendahara dengan gelaran "Bendahara Paduka Raja". Beliau berkhidmat di bawah empat Sultan dan merupakan tulang belakang kepada perkembangan Melaka ke mercu kekuasaannya di Kepulauan Melayu 

 

 

Sultan Melaka Tempoh memerintah
Parameswara
(Raja Iskandar Shah)
1400 – 1414
Sultan Megat Iskandar Shah 1414 – 1424
Sultan Muhammad Shah 1424 – 1444
Sultan Abu Syahid 1444 – 1446
Sultan Muzaffar Shah 1446 – 1456
Sultan Mansur Shah 1456 – 1477
Sultan Alauddin Riayat Shah 1477 – 1488
Sultan Mahmud Shah 1488 – 1511  

  

.wikipedia.org/wiki/Kesultanan_Melayu_Melaka

 

 

KERAJAAN JOHOR

  • Sejarah Johor sudah pun bermula pada tahun 801 M sebagai suatu petempatan perdagangan yang penting. Semasa abad ke-14, kawasan itu menjadi wilayah tanggungan Empayar Majapahit sehingga pemerintahan Kesultanan Melaka (1400-1511) yang mana negeri Johor menjadi pula salah sebuah jajahan pemerintahannya. Pada tahun 1511, Melaka dikuasai oleh pihak Portugis dan Sultan Mahmud Shah , Sultan Melaka ketika itu, melarikan diri ke Pahang dan kemudiannya ke Bentan di Johor. 
  • Kesultanan Johor ditubuhkan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah II, anakanda Sultan Mahmud Shah pada tahun 1528 dimana wilayah jajahan yang diperintah oleh kerajaan ini ialah Johor, Riau, wilayah yang terbentang dari sungai Klang hingga ke Linggi dan Tanjung Tuan, Muar, Batu Pahat,Singapura, Pulau Tinggi dan pulau-pulau lain di pantai timur semenanjung Tanah Melayu serta Kepulauan Karimun, Bintan, Bulang, Lingga, Bungaran, Kota Baru, Kampar dan Siak di Sumatera.
  • Pada tahun 1946, negeri Johor menjadi sebahagian daripada Malayan Union. Dua tahun kemudian, Johor menyertai Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya persekutuan Malaysia pada tahun 1963.

 

PENGASASAN KESULTANAN-KESULTANAN MELAYU LAIN

   PERAK

 

  • Petempatan di perak telah terbukti dengan penemuan pelbagai artifak daripada kajian arkeologi di kawasan-kawasan seperti kota tampan dan gua badak di lenggong , gua kerbau di sungai siput dan gunung churau di ipoh .

 

  • Terdapat juga catatan dalam sulalatus salatin tentang kewujudan kerajaan tua di perak seperti beruas dan dinding . perak juga pernah disebut sebagai sebuah negeri bernama ‘gangga Negara ‘ yang dipercayai wujud pada abad ke-5 atau ke-6 di kawasan beruas atau manjung , perak .

 

  PAHANG

 

 

 

  • Pahang Darul Makmur mempunyai pelbagai nama. Penulis Cina menggelarnya sebagai Pang-Hang, Peng-Heng, Pang-Heng, Pong-Fong, Phe-Hang, Pang-Kang, dan lain-lain. Di dalam buku yang berjudul Chu-Fan-Chi yang diterbitkan pada 1225, Choa Ju-Kua mengatakan bahawa antara negeri yang diserang oleh San-Fo-Chi ialah sebuah negeri yang digelar Peng-Keng, iaitu Pahang. Rekod yang lain termasuklah buku yang ditulis oleh Fei Shin (1436), dan buku Nagarakertagama yang ditulis oleh Mpu Prapanca (1365).
  • Pada zaman itu, orang Arab dan orang Eropah menggelar Pahang sebagai Pam, Pan, Phang, Paam, Poa, Paon, Phamm, Paham, Fanhan, Phang, dan Pahagh. Ahli sejarah G.R Tibbets yang mengulas tentang sebuah cerita yang ditulis oleh Al-Masudi, ahli sejarah dan ahli geografi Arab yang juga dikenali sebagai "Herodotus Arab", mempercayai bahawa Fanjab yang disebut di dalam buku itu ialah Pahang. Bagaimanapun, dia berpendapat bahawa nama Fanhan atau Panghang/Panhang adalah lebih tepat, berbanding dengan Fanjab.

 

  • Sesetengah orang mengatakan bahawa nama 'Pahang' berasal daripada salah satu bahasa orang asli Thailand yang membawa pengertian 'bijih'. Orang asli tersebut tinggal di kawasan ini dan membuka banyak kawasan pelombongan, khususnya di SungaiLembing.Sebaliknya, menurut sebuah cerita Melayu yang lama, sebatang pokok 'mahang' raksasa yang tumbuh berhampiranSungai Pahang jatuh menyeberangi sungai itu dan justera, nama negeri itu dilahirkan.

 

  • Pada zaman itu, Pahang juga dikenali sebagai 'Inderapura' atau 'Pahang Inderapura', dengan Pekan, bandar diraja yang terkenal untuk Pahang dan pada suatu ketika, juga untuk Kesultanan Melaka, dikenali sebagai 'Pura'.
  • Ahli arkeologi telah melakukan banyak penyelidikan dan kerja ekskavasi di beberapa tempat di Pahang. Tapak arkeologi yang popular termasuklah gua, gunung, tebing sungai, dan kawasan pelombongan yang lama, serta       sebilangan ruang terbuka. Antara artifak yang ditemui ialah alat batu,             tembikar, dan alat gangsa, serta alat besi.

      
    Tapak arkeologi yang terkenal di Pahang termasuk:

 

  •         Kota Tongkat, Kota Gelanggi (berhampiran Jerantut),

 

           Tersang (Kuala Lipis), Nyong, Kampung Batu 

           Pasir Garam, dan Kampung Pagi 

          (titik pertemuanSungai Tembeling dengan Sungai Pahang);

  •     Gua Kecil (Raub);
  •     Gunung Senyum, Bukit Chintamanis (Karak),
  •     Gunung Tongkat, Gunung Kecil, Gunung Bama, 
  •     Gunung Kota Gelanggi, dan Bukit Jong;

  

  •     Banyak alat pertanian telah ditemui di bawah tanah, termasuklah kepala lembing, pisau, sabit, cangkul, dan alat besi lain yang luar biasa. Artifak itu ditemui di sebilangan tempat, termasuk tebing Sungai Lembing,     Teluk Lubuk Puai, dan Bukit Jong (di tebing Sungai Lipis). Ahli arkeologi   mempercayai bahawa alat itu dibuat oleh orang dari Zaman                     Batuterakhir, iaitu Zaman Neolitik.

 

 

   NEGERI SEMBLAN




  • Nama Negeri Sembilan mula digunakan pada abad ke-16 untuk merujuk kepada persekutuan negeri-negeri yang telah dibuka oleh orang Minangkabau di Semenanjung Tanah Melayu iaitu Segamat yang kini menjadi sebahagian daripada Johor, Naning yang kini menjadi sebahagian daripada Melaka, Rembau, Sungai Ujong, Johol dan Jelebu yang kini adalah sebahagaian daripada Negeri Sembilan, Hulu Pahang dan Jelai yang kini menjadi sebahagian daripada Pahang, dan Kelang yang kini menjadi sebahagian daripadaSelangor. Saiz Negeri Sembilan sekarang lebih kecil berbanding dahulu Negeri Sembilan yang asal.

 

SELANGOR
  

  • Selepas kemangkatan Yang Di-Pertuan Muda Johor-Riau pertama (I) iaitu Paduka Sri Sultan Alauddin Ri’ayat Shah Ibni Upu Tenderi Burong Daing Rilaga pada tahun 1728, ataupun lebih dikenali dengan gelaran Daeng Merewah. Maka Baginda Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah telah melantik Paduka Sri Raja Chelak Ibni Upu Tenderi Burong Daing Rilaga menjadi Yang Di-Pertuan Muda Johor-Riau kedua (II) bagi mengantikan kekandanya. 
  • Bagaimana lazimnya tanggungjawab dan peranan Yang Di-Pertuan Muda Johor-Riau adalah menjaga dan mengawal wilayah-wilayah dibawah naungan Empayar Kerajaan Johor-Riau. Sekitar tahun 1730-an, seorang Bugis yang bernama Daeng Mateko telah berbaik dengan Raja Kecil dari Siak telah mengacau ketenteraman di Selangor; Ini membuatkan Paduka Sri Raja Chelak datang ke Kuala Selangor dengan angkatan perang dari Riau bagi mengamankan kekacauan yang tercetus. Didalam misi ini Daeng Mateko dapat dikalahkan dan kemudiannya lari ke Siak. Semenjak dari itu, Paduka Sri Raja Chelak sentiasa berulang-alik dari Riau ke Kuala Selangor bagi memastikan keamanan di Selangor berterusan. 

 

  • Ketika Paduka Sri Raja Chelak berada di Kuala Selangor penduduk Kuala Selangor memohon kepada baginda supaya terus menetap di situ. Namun di tolak oleh baginda walau bagaimanapun, baginda telah menamakan salah seorang daripada puteranya, iaitu Raja Lumu bergelar Raja Kecil Jajahan Selangor Bergelar Yang Dipertuan (Raja Kecil), selepas itu baginda pun pulang ke riau bersama-sama dengan rombongan anak buah baginda yang telah datang dari riau. Tidak beberapa lama selepas meletakkan anakanda baginda sebagai Raja Kecil Jajahan Selangor di Kuala Selangor maka baginda pun mangkat pada tahun 1745. 

 

  • Raja Lumu telah datang ke Kuala Selangor sebagaimana yang telah diperintahkan oleh ayahandanya pada tahun 1743 sebagai Raja Kecil Jajahan Selangor Bergelar Yang Dipertuan (Raja Kecil), namun baginda tidak mendapat perkenan dari Datuk Engku Klang selaku pemimpin utama di antara empat orang datuk yang menjaga wilayah-wilayah di dalam Selangor namun akur dikala Raja Lumu mendapat pengintirafan dari Paduka Seri Sultan Perak yang mewarisi Kedaulatan Empayar Kesultanan Melaka. Datuk Engku Klang merupakan anakanda Sultan Johor bersama Puteri Mayang Selida puteri kepada Datuk Melingkar Seri Alam yang merupakan wakil yang dilantik oleh Sultan Johor untuk menjaga wilayah Klang. 

 

      Sila rujuk lampiran salasilah Datuk Engku Klang :- Empat orang datuk yang            lebih dikenali dengan nama Dato Empat Suku adalah seperti 

       yang di nyatakan : 

  • Kuala Selangor ditadbir oleh Datuk Penggawa, Langat oleh Datuk Aru, Ulu Langat dipimpin oleh Datuk Engku Klang dan Klang pula ditadbir oleh Datuk Kecil Yang Tujuh (Anak Encik Kuning) yang menggelar dirinya Orang Kaya Klang dan Datuk Engku Klang, selaku pemimpin utama ketika itu namun mereka mempunyai tanggungjawab yang sama. Setelah empat keturunan dari Datuk Engku Klang iaitu di zaman Datuk Engku Naga Menghulur, ketika inilah orang rakyat berkehendakkan seorang raja sebagai Payung. 
  • Oleh kerana ketika itu Selangor berada dalam pengaruh Bugis, maka keempat-empat Datuk pun bermuafakat dam telah memutuskan untuk menjemput seorang raja sebagai penaung dikalangan anak Raja Bugis. 
  • Datuk berempat telah sepakat untuk meletakkan anak Raja Gowa yang bernama Arung Pasarai dalam tahun 1700 dengan ditabal oleh Datuk Engku Klang dan menyerahkan mohor sebagai Yam Tuan Besar Selangor. Arung Pasai mangkat pada tahun 1723, kemudian digantikan oleh adindanya yang bernama Raja Siti, Raja Siti mangkat dalam tahun 1743 tidak meninggalkan seorang zuriat pun. 
  • Kerana inilah Yang Di-Pertuan Muda Johor-Riau kedua iaitu Paduka Sri Raja Chelak Ibni Daing Rilaga melantik anakandanya yang bernama Raja Lumu sebagai Yang Dipertuan Raja Kecil Jajahan Selangor agar dapat mengisi kekosongan Yam Tuan Besar Selangor. 
  • Mungkinkah Raja Siti adalah Upu Chendera Burung Kerana kerana dari sumber lisan menyatakan bahawa Kuala Selangor telah didiami oleh orang-orang bugis dan di ketuai oleh pemimpin perempuan yang bernama Upu Chendera Burung dan selepas kemangkatan Upu Chendera Burung Kuala Selangor barulah Daeng Mateko membuat kekacauan Kuala Selangor. Berita yang mengatakan Raja Lumu anakanda Paduka Sri Raja Chelak Ibni Upu Tenderi Burong Daing Rilaga menjadi Yang Dipertuan (Raja Kecil) telah sampai ke pengetahuan Paduka Seri Sultan Perak. 
  • Maka Paduka Seri Sultan Muhammad Shah Ibni telah menghantar utusan untuk mempersilakan Raja Lumu berangkat ke Kuala Bernam sebagai tempat pertemuan. Sejurus tiba Raja Lumu, telah di sambut dengan penuh adat istiadat kebesaran menyambut Raja-Raja Berdaulat dengan tiupan nefiri dan pukulan nobat, ianya tujuan untuk mengujian keluhuran daulat seseorang Raja sama ada ia benar-benar benih anak Raja Berdaulat ataupun sebaliknya. 
  • Setelah semua ujian tidak mendatangkan apa-apa musibah kepada Raja Lumu, maka Paduka Seri Sultan Perak pun mengiktiraf Raja Lumu sebagai Yang Di-Pertuan Besar Selangor. Faktor yang memungkinkan Paduka Seri Sultan Muhammad Shah memperkukuhkan kedudukan Raja Lumu sebagai Yang Di-Pertuan Besar Selangor adalah kerana membalas jasa Raja Lumu yang pernah membantu baginda ketika krisis perebutan takhta ketika baginda menjadi Yang Di-Pertuan Muda. 
  • Dalam tahun 1743 muncul seorang Raja Bugis bernama Daing Selili bergelar “Haji Besar” dilantik sebagai Mufti Negeri Perak, kemudian di gelar Maharaja Lela Tan Lela Putera Panchong Ta’ Bertanya oleh Paduka Seri Sultan Sultan Mudzaffar Shah III yang merupakan Orang Besar Perak, Daing Selili telah membawa Daing Hasanah yang kononnya dikatakan Lanun di Pulau Sembilan untuk menyerahkan diri dan bertuankan Paduka Seri Sultan Perak, maka Paduka Seri Sultan Mudzaffar Shah III telah melantik Daing Hasanah Sebagai Orang Besar Negeri dan bergelar Laksamana Raja Mahkota. 
  • Kisah berhubung aharaja Lela Tan Lela Putera Panchong Ta’ Bertanya dan Laksamana Raja Mahkota tidak dapat di jelaskan di ruangan ini kerna ianya melibatkan perihal negeri Perak namun mereka jua bukan nya orang lain dan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Raja Lumu. 
  • Berkemungkinan besar Raja Lumu mendapat pengiktiraf sebagai Yang Di-Pertuan Besar Selangor atas pengaruh Maharaja Lela Tan Lela Putera Panchong Ta’ Bertanya dan Laksamana Raja Mahkota yang merupakan saudara Raja Lumu jua.

 

  •  Ini kerana takkan mungkin Paduka Seri Sultan Mudzaffar Shah III dengan mudah mengiktiraf Raja Lumu sebagai Yang Di-Pertuan Besar Selangor yang melepaskan Selangor sebagai salah satu Negeri yang bebas dari takluk Johor dan mana mungkin Raja Lumu yang pernah menyerang orang-orang baginda ketika krisis perebutan takhta diantara baginda dengan adindanya yakni Yang Di-Pertuan Muda Raja hingga memungkinkan Kesultanan Perak berpecah menjadi dua ianya berlaku sekitar tahun 1742-1743. 

 

  • Dari Pachat hingga ke Ulu (Utara) di bawah perintah Paduka Seri Sultan Mudzaffar Shah III yang bersemayam di Kuala Kangsar dan dari Pachat ke hilir hingga ke Kuala Perak di bawah perintah Paduka Seri Sultan Muhamad Shah yang bersemayam di Pulau Tiga. 
  • Berhubung pengiktiraf Raja Lumu sebagai Yang Di-Pertuan Besar Selangor terlalu banyak versi namun dapatlah dinyatakan bahawa Raja Lumu di iktiraf dan di nobatkan oleh Paduka Seri Sultan Perak sekitar tahun 1743 atas jasa yang pernah diluhurkan dan pengaruh Maharaja Lela Tan Lela Putera Panchong Ta’ Bertanya dan Laksamana Raja Mahkota yang merupakan saudara Raja Lumu jua. Hakikatnya Kesultanan Selangor telah terbina pada tahun 1743 dan Nobat di terima pada tahun 1765 sebagai tanda, Selangor Bebas di bawah Empayar Kesultanan Johor – Melaka. Telah menjadi tradisi dilantik kemudian ditabal kemudian.
  • Fakta-fakta dari lain-lain sumber Menurut Pejabat Sultan Perak : Sultan Mahmud Shah memerintah Perak dari tahun 1765-1773. Waktu pemerintahan Baginda, orang-orang Belanda masih menjalankan perniagaan membeli bijih timah di gudang atau loji Belanda di Tanjung Putus. Raja Haji, panglima Bugis yang masyhur dari Riau bersama kekandanya Raja Lumu, Raja Selangor telah datang ke Negeri Perak dalam tahun 1770. Raja Lumu telah beisterikan Puteri di-Raja Perak lalu dinobatkan dan digelar oleh Sultan Mahmud Shah dengan nama Sultan Sallehuddin Shah. Apabila Sultan Sallehuddin Shah berangkat balik ke Negeri Selangor, Baginda ditabalkan pula di hadapan rakyat Selangor dengan membunyikan nobat. Waktu itu Negeri Perak dan Selangor merupakan sahabat baik. 
  • Menurut Tuffatul al Nafis karangan Almarhum Raja Ali Al Haji, Riau, disitu ketika Tengku Raja Selangor (Raja Lumu) pergi bermain ke Pulau Pangkor, Raja Lumu dijemput oleh Yang Di-Pertuan Perak untuk mengadap. Dalam perundingan di antara kedua pihak itu bersetuju melantik Tengku Raja Selangor menjadi Yang Di-Pertuan Besar Selangor digelar Sultan Salehuddin. Kemudian Sultan Salehuddin pun berangkat pulang ke Kuala Selangor diiringi sendiri oleh Yang Dipertuan Besar Perak. Setelah sampai ke Kuala Selangor Sultan Salehuddin pun ditabalkan dihadapan rakyak Selangor dengan penuh istiadat. 

 

  • Tetapi Sejarah Melayu V ditulis oleh Buyong Adil dalam The Malay School Series 1952 menyebut Sultan Selangor itu memerintah dalam tahun 1743-1770. Ketika itu baginda berangkat ke Perak dan dinobatkan oleh Sultan Perak bergelar Sultan Salehuddin 
  • Begitu juga dalam sebuah buku cenderamata Selangor 1939 yang bertulis dalam tulisan jawi, diruangan salahsila Sultan Selangor bertulis Sultan Salehuddin memerintah dalam tahun 1743. 
  • Mengikut buku Misa Melayu yang ditulis oleh Raja Chulan bin Raja Ab. Hamid, semasa Perak diperintah oleh Sultan Mahmud Syah, Raja Selangor datang mengadap ke Perak. Ketika ini Raja Selangor dinobatkan dan terus dikurniakan gelaran Sultan Salehuddin dengan mengurniakan cap mohor. 

 

TERENGGANU

   

  • Sejarah Terengganu yang awal adalah tidak jelas. Namun begitu terdapat catatan mengenai Terengganu oleh saudagar Cina, Chao Ju Kua pada tahun 1225 yang menyebut sebagai jajahan takluk Palembang.
  • "Negarakartagama", tulisan Prapanca dari Jawa pada tahun 1365, menyatakan bahawa Terengganu, Paka dan Dungun di bawah taklukan Majapahit. Berdasarkan bukti arkeologi seperti kapak batu dan tembikar yang dijumpai di Gunung Bewah, terdapat manusia tinggal di situ sejak 4000 SM. Pada Batu Bersurat Terengganu terdapat pula catatan nama Raja Mandalika. Seterusnya dalam sejarah Terengganu, terdapat pemerintahan bernama Megat Panji Alam dan juga Tun Telanai.
  • Terengganu kemudiannya disebut sebagai negeri di bawah pemerintahan kerajaan Johor. Pada ketika itu, dua orang pembesar Johor,Laksamana dan Paduka Megat Seri Rama, dihantar memerintah Terengganu. Seterusnya, Bendahara Hasan pula dihantar mentadbir Terengganu. Berikutnya, Terengganu ditadbir oleh Tun Zain Indera, kemudiannya, oleh anak Tun Zain Indera, Tun Yuan, Tun Sulaiman dan Tun Ismail; Tun Sulaiman sebagai sultan di Pantai Layang ( Balik Bukit ), Tun Yuan sebagai Bendahara dan Tun Ismail sebagai Menteri Tersat.
  • Pengasas Kesultanan Terengganu sekarang ialah Sultan Zainal Abidin I. Baginda yang juga dikenali dengan panggilan "Bendahara Padang Saujana" ialah putera Tun Habib Abdul Majid. Mengikut buku Tuhfat al-Nafis, karangan Raja Haji, Tun Zainal Abidin ditabalkan sebagai Sultan Terengganu oleh Daeng Menampuk atau Raja Tua di atas perintah Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah Johor. Sumber yang lain pula dinyatakan Tun Zainal Abidin ditabalkan di atas tahta Kerajaan Negeri Terengganu oleh Phra Chau Yang(Raja Perempuan Mas Cayam), Raja Pattani.
  • Mengikut hikayat Johor serta Pahang, Tun Zainal Abidin datang ke Pattani setelah Paduka Raja Laksamana Wan Abdul Rahman dibunuh di Terengganu disekitar 1688. Ketika berada di Pattani, Tun Zainal Abidin          dijadikan anak angkat oleh Raja Pattani, Phra Nang Chau Yang.
  • Tun Zainal Abidin menjadi Sultan Terengganu pada tahun 1708. Ini berdasarkan duit kupang emas Terengganu yang mencatatkan nama Sultan Zainal Abidin dan tahun 1120 hijrah (bersamaan tahun 1708). Sultan Zainal Abidin I tidak lama bersemanyam di Tanjung Baru, Kuala Berang, berpindah ke Kota Batang Mahang, ke Langgar dan ke Pulau Manis. Kemudian berpindah lagi ke Chabang Tiga,Kuala Terengganu dan akhirnya di kawasan berhampiran Bukit Keledang (kini dipanggil Kota Lama).
  • Sultan Zainal Abidin I digantikan oleh putera baginda, Ku Tana Mansur dengan gelaran Sultan Mansur I pada tahun 1733, ketika berusia 7 tahun. Baginda memerintah Terengganu sehingga tahun 1794. Pada tahun 1739, Sultan Mansur Shah I berkahwin dengan Raja Bulang anak Daeng Chelak, Yamtuan Muda Johor Kedua. Berikutnya, baginda berkahwin pula dengan Raja Bakul, putera Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Ketika menduduki takhta kerajaan Terengganu, Sultan Mansur I telah menghabiskan empat belas tahun (1746–1760) daripada masa pemerintahannya di Riau, terlibat dalam persaingan di antara orang Melayu dengan orang Bugis. Apabila pulang ke Terengganu pada 1760, baginda terlibat pula dalam politik Kelantan membantu Long Yunus, Putera Long Sulaiman Ibni Long Bahar, Yang DiPertuan Kelantan menduduki takhta kerajaan Kelantan pada tahun 1776.

 

  • Sultan Mansur I digantikan oleh puteranya, Sultan Zainal Abidin II (1794–1808). Pada masa pemerintahan baginda, berlaku peperangan dengan Kelantan yang dipimpin oleh Long Mahammad Ibni Long Yunus, Raja Kelantan. Terengganu dikalahkan dan seterusnya Kelantan berjaya membebaskan diri daripada naungan Terengganu. Seterusnya takhta kerajaan Terengganu diduduki oleh beberapa sultan, termasuknya Baginda Omar.

 

  • Baginda Omar pernah menduduki takhta kerajaan Terengganu pada tahun 1831 mengantikan Sultan Daud. Tetapi baginda diturunkan daripada takhta kerajaan oleh Tengku Mansur dan seterusnya sebagai Sultan Mansur II. Sultan Mansur II digantikan oleh putera baginda, Sultan Muhammad. Pada tahun 1839, Baginda Omar berjaya mengalahkan Sultan Muhammad dan seterusnya menduduki takhta kerajaan Terengganu. Ketika pemerintahan baginda, Terengganu berkembang maju.

 

  • Apabila Baginda Omar mangkat, takhta kerajaan Terengganu diduduki oleh Sultan Ahmad Shah II (1876–1881). Sultan Ahmad Shah pula digantikan oleh putera baginda, Sultan Zainal Abidin III (1881–1918). Ketika pemerintahan baginda, British beberapa kali cuba melibatkan diri dalam kerajaan Terengganu. Pada tahun 1911, Sultan Zainal Abidin III meluluskan "Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Negeri Terengganu" yang di antara lain menyatakan Sultan Yang DiPertuan Besar Terengganu memiliki kuasa kerajaan dan jajahan serta adalah ketua tertinggi kerajaan Terengganu. Seterusnya takhta kerajaan digantikan oleh Sultan Muhammad Shah II (1918–1920) dan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (1920–1942).

 

  • walau bagaimanapun perlantikan ini dinyatakan tidak menurut "Undang-Undang Diri Bagi Negeri Terengganu" 1911.Tengku Seri Paduka Raja, Tengku Ismail diisytiharkan sebagai Sultan Terengganu pada Ahad, 16 Disember 1945. Baginda seterusnya ditabalkan pada tahun 1949 dengan gelaran "Sultan Ismail Nasaruddin Shah". Sultan Ismail Nasaruddin dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong ke–6 dari 21 September 1965 hingga 20 September 1970. Dalam tempoh itu, Duli Yang Amat Mulia Tengku Mahmud dilantik sebagai Pemangku Raja Terengganu. 
  • Apabila Sultan Ismail Nasaruddin Shah mangkat pada tahun 1979, takhta kerajaan Terengganu digantikan oleh putera baginda, Duli Yang Teramat Mulia Yang Dipertuan Muda Tengku Mahmud. Baginda menduduki takhta kerajaan Terengganu dengan gelaran Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Sultan Mahmud mangkat pada 15 Mei 1998 diSingapura. Dengan itu, takhta kerajaan Terengganu digantikan oleh putera baginda, Sultan Mizan Zainal Abidin .

 

   KEDAH

 

  • Perkembangan sejarah awal Negeri Kedah dan lain-lain negeri di Semenanjung Malaysia adalah disebabkan oleh kedudukan ilmu alamnya yang begitu strategik di rantau ini. Dipandang dari sudut prasejarah, sekurang-kurangnya Semenanjung Malaysia disifatkan sebagai jambatan atau landasan yang dilalui oleh manusia di dalam proses migrasi dari utara ke selatan dan seterusnya ke kepulauanAsia Tenggara dan Pasifik.



  • Kemudian tatkala perdagangan maritim berkembang dengan pesatnya, Semenanjung ini telah memainkan peranan yang penting sekali kerana kedudukannya di pertengahan antara dua pusat perdagangan yang besar di masa itu iaitu India dan negara-negara Arab di sebelah barat dan Negeri China di sebelah timur. Di kala pelayaran laut hanya bergantung kepada tiupan angin monsun, dan sementara menunggu pertukaran haluan tiupan angin tersebut, Semenanjung Malaysia telah dijadikan bukan sahaja tempat berteduh tetapi juga sebagai tempat untuk membuat pertukaran dagangan mereka.

 

  • Dilihat dari sudut yang tersebut di atas, kita dapati Negeri Kedah mempunyai beberapa keistimewaan yang tersendiri yang secara tidak langsung telah menghasilkan keunikan perkembangan sejarah yang dilaluinya. Gua-gua batu kapur yang merupakan tempat tinggal atau tempat persinggahan masyarakat zaman prasejarah banyak terdapat di daerah-daerah Kubang Pasu, Kota Star dan Baling. 
  • Apa yang lebih menarik ialah terdapatnya sebuah gunung yang tersergam indah di persisiran pantai yang dipercayai telah menjadi landmark kepada pelayar-pelayar yang melalui Lautan Hindi di zaman yang silam. Di samping itu, Negeri Kedah juga boleh dihubungi melalui jalan darat dengan negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia tanpa menghadapi kesulitan (Wheatley 1961 : xxvi ; Braddle 1980 ).
  • Keseluruhan faktor-faktor yang tersebut di atas dengan sendirinya menunjukkan keagungan sejarah yang telah dilalui oleh Kedah khasnya dan Semenanjung Malaysia amnya.Pada masa kejayaan Srivijaya, negeri ini telah dipilih sebagai ibu negeri iaitu sejak masa Sri Sangrama Vijayatunggavarmanyang kemudian ditawan oleh Rajendra Chola I seperti yang disebut pada batu bersurat Tanjore. Mengikut Hikayat Merong MahaWangsa, negeri Kedah telah diasaskan oleh Merong Maha Wangsa dengan gelaran Sultan Muzaffar Shah.

 

   KELANTAN

 

  • Negeri Kelantan yang mempunyai seni budaya tradisional yang unik ini juga mempunyai sejarah persinggahsanaan yang menarik. Diriwayatkan dalam tahun 1411M (814H) di Kelantan, terdapat seorang Raja yang beragama Islam bernama Raja Ku Umar. Tetapi sehingga kini ahli-ahli sejarah masih belum dapat mengesani daripada manakah asalnya Raja Ku Umar ini. Walau bagaimanapun baginda Raja Ku Umar telah menjalinkan hubungan muhibbah dengan Maharaja China, dan sebaliknya dalam tahun 1412M, baginda Raja Ku Umar telah menerima persembahan balas berupa kain-kain sutera dan surat kepujian daripada Maharaja China itu.
  • Selepas pemerintahan Raja Ku Umar lahir pula pemerintahan Sultan Iskandar sehingga 1465M. Kemudian Kelantan diperintah pula oleh Putera Baginda Sultan Mansur. Dalam zaman pemerintahan Sultan Mansur, nama Kelantan telah menjadi masyhur sehingga ke negeri Melaka di bawah pemerintahan Sultan Mahmud Shah. Pada 1477M, Sultan Melaka ini telah menghantar bala tenteranya untuk menyerang Kelantan. Walau bagaimanapun ia berakhir dengan satu simpulan peristiwa yang menarik, iaitu baginda Sultan Mahmud Shah telah berkahwin dengan Puteri Sultan Mansur yang bernama Onang Kening, yang kemudian menjadi bonda kepada Raja Perak yang pertama, iaitu Sultan Muzaffar Shah (1528M).

 

  • Apabila Sultan Mansur Shah mangkat 1526M (928H), maka putera baginda, Raja Gombak ditabalkan menjadi Sultan dengan gelaran "Sultan Gombak". Setelah baginda Raja Gombak mangkat, maka cucunda baginda yang telah dijadikan putera angkat, iaitu Raja Ahmad, ditabal menjadi Sultan Kelantan pada 1584M (992H). Dengan gelaran Sultan Ahmad, Baginda telah berkahwin dengan Cik Banun Puteri Seri Nara DiRaja, iaitu sepupu kepada Raja Hussein di sebelah isteri Lela Wangsa Pahang. Baginda berdua telah dikurniakan seorang puteri dinamakan Cik Siti Wan Kembang.



  • Baginda Sultan Ahmad mangkat pada 1589M, sewaktu puteri baginda Cik Siti Wan Kembang berusia 4 tahun, dan oleh sebab itu Raja Hussein dari Johor telah dilantik menjadi Pemangku Raja Pemerintah Kelantan. Bila Raja Hussein mangkat pada 1610M (1018H), maka Cik Wan Kembang ditabalkam menjadi Permaisuri Kelantan. Baginda bersemayam di Gunung Chinta Wangsa, Ulu Kelantan, kira-kira 40 kilometer ke arah tenggara Kuala Krai.

 

  • Pemerintahan Cik Siti Wan Kembang di Gunung Chinta Wangsa menjadi terkenal menyebabkan banyak dikunjungi oleh pedagang-pedagang dari dalam dan luar negeri termasuk juga orang-orang Arab yang menggelarkan Cik Wan Kembang dengan panggilan "Paduka Cik Siti". Baginda mempunyai seekor kijang yang kemudiannya menjadi lambang kebesaran negeri Kelantan.

 

  • Semasa dalam pemerintahan Cik Siti Wan Kembang, telah timbul sebuah lagi kerajaan berpusat di Jembal, di bawah pemerintahanRaja Sakti 1638M (1046H). Setelah baginda mangkat, maka putera baginda, Raja Loyor telah ditabal menjadi Sultan pada 1649M (1059H). Baginda dianugerahkan dengan dua orang cahaya mata iaitu seorang putera, Raja Sakti yang mangkat sewaktu masih kecil dan seorang puteri bernama Puteri Saadong.
  • Hubungan baik telah terjalin di antara Kerajaan Cik Siti Wan Kembang dengan Kerajaan Loyor di Jembal. Baginda mengambil Puteri Saadong sebagai anak angkat yang akan mewarisi takhta kerajaan sepeninggalannya nanti.
  • Puteri Saadong seorang gadis ayu yang cantik dan jelita, digelar oleh penduduk Gunung Chinta Wangsa sebagai Puteri Wijaya Mala. Perihal kecantikan Puteri Saadong itu telah sampai kepada Maharaja Siam yang menghantar utusan untuk meminang Puteri Saadong, tetapi ditolak. Puteri Saadong telah dikahwinkan dengan Raja Abdullah iaitu sepupunya, dan telah dimahkotakan di Kota Tegayong (Tanah Serendah Sekebun Bunga Cherang Tegayong) dan kemudiannya dipindahkan ke Kota Jelasin di Kota Mahligai.
  • Puteri Saadong telah diculik oleh Penglima Tentera Siam bernama Phraya Decho dan dibawa kepada Narai Maharaja Siam (1656-1688), kerana kesetiaannya pada suami baginda tidak boleh disentuh oleh Maharaja Siam. Setelah Puteri Saadong kembali ke Kelantan telah berlaku pergaduhan dengan Raja Abdullah. Akibat pergaduhan itu Raja Abdullah terkorban kerana kena tikaman cucuk sanggul Puteri Saadong.
  • Selepas kemangkatan Raja Abdullah, Puteri Saadong telah melantik Raja Abdul Rahim iaitu saudara raja Abdullah menjadi Sultan di Kota Mahligai pada 1671M (1082H) dan dikahwinkan dengan janda Raja Abdullah, anak Penghulu Ngah Jembal. Selepas itu Puteri Saadong menjadi Raja di Bukit Marak dan sejak itu kisahnya tidak dapat dikesan lagi.
  • Kemudian, Raja Abdul Rahim telah mangkat ditikam oleh rakyatnya di tepi Tasek Lelayang Mandi. Dengan itu putuslah sejarah "kerajaan mahligai" dan wujud pula Kerajaan Jembal yang pada waktu itu terletak dibawah pemerintahan Raja Omar yang bergelar Sultan Omar pada 1675M (1086H).
  • Raja Omar adalah adinda kepada Raja Loyor yang sebelum itu telah bergelar Temenggong Sultan Omar mempunyai lima orang putera dan puteri, iaitu Raja Kecil Sulung, Raja Ngah yang bergelar Raja Hudang, Raja Nah, Raja Sakti dan Raja Pah. Setelah Raja Omar mangkat pada 1721M (1132H), Baginda Long Bahar telah ditabal menjadi Sultan di Jembal atas kehendak puteri sulungnya, Raja Kecil Sulung. Baginda Long Bahar adalah putera Raja Petani (Wan Daim) yang bergelar Datuk Pengkalan Tua yang berhijrah ke Kelantan bersama ayahandanya dan berkahwin dengan Raja Pah Puteri Sultan Omar dan bersemayam di Sening dekat Jembal.
  • Long Sulaiman (Wan Anom Long Nik) anak Long Bahar dengan Raja Perempuan Patani bergelar Mas Kelantan mempunyai seorang putera bernama Long Yunus dan dua orang puteri, iaitu Tuan Dewi dan Tuan Kembang yang berkahwin dengan Long Deraman putera Tuan Senik Geting yang memerintah di Legeh. Pada 1756M (1169H) telah berlaku serangan untuk merebut takhta dan akhirnya telah membawa kemangkatan Long Sulaiman. Berikutnya Long Pandak, sepupu Long Sulaiman telah dilantik menjadi Raja Kubang Labu, dan adiknya pula Long Muhammad dilantik menjadi Raja Muda.
  • Kemudiannya pada 1758M, Long Pandak telah mangkat di tangan Long Deraman kerana membalas dendam terhadap perbuatan Long Pandak membunuh isterinya Tengku Tengah iaitu adik Long Deraman. Selepas itu Long Muhamad dilantik menjadi Sultan di Kota Kubang Labu. Dalam masa pemerintahan Long Muhammad telah meletus peperangan antara pihak Long Muhammad yang dibantu oleh Long Deraman dan Penghulu Umar Kampung Laut dengan Long Yunus yang dibantu oleh Long Gafar seorang putera kepada Raja Reman di Hulu Perak, Mandor Mis dan Penghulu Adas(ipar Mandor Mis). 
  • Dalam peperangan pada 1762M, Pihak sebelah Long Muhammad dan Long Deraman telah tumpas dan Kerajaan Kubang Labu telah dapat dikuasai oleh Long Yunus. bagi mengenang jasa yang membantunya dalam peperangan itu, maka baginda Long Yunus telah melantik Long Gaffar menjadi Perdana Menteri dengan diberi gelaran Engku Sri Maharaja Perdana Menteri memerintah dari kawasan Jeram sampai ke Pasir Tumbuh.
  • Mandor Mis dilantik Penghulu Menteri@bendahari dengan diberi gelaran Dato' Maharaja Wangsa serta diberi kuasa berbuat dan memerintah Kampung yang sekarang dipangil Kampung Lundang, Penghulu Adas diberi kuasa berbuat Kampung serta dilantik menjadi Penghulu Kampung tersebut yang sekarang dipangil Kampung Kaduk. Baginda Long Yunus telah berjaya menyatukan seluruh pemerintahan negeri Kelantan yang banyak itu dengan meletakkannya dibawah satu pemerintahan pusat sahaja.

Nota Dasar Penjajahan Tanah Melayu

PENGENALAN PENJAJAHAN DI TANAH MELAYU

 
    Malaysia yang dikenali sekarang adalah sebuah Negara yang telah mencapai kemerdekaannya pada 31hb. Ogos 1957. Pada waktu iu ianya dikenali dengan nama Persekutuan Tanah Melayu atau Federation Of Malaya menurut Perjanjian 1948 di antara Raja-Raja Melayu degan kerajaan Inggeris. Sebelum perang setelah Inggeris bertapak kuat di negeri-negeri Melayu ini dipanggil dengan nama Semenanjung Tanah Melayu atau Malay Peninsular.

        Dari sudut sejarah dan geografi, Semenanjung Tanah Melayu adalah salah satu negeri-negeri Melayu yang terletak dalam lingkungan gugusan pulau-pulau Melayu. Ianya diperintah dan ditadbir oleh raja-raja serta pembesar-pembesar Melayu.

        Penjajah Barat yang pertama datang ke Semenanjung Tanah Melayu iaitu di Melaka ialah bangsa Portugis. Pada awalnya mereka datang dalam tahun 1509 dengan tujuan untuk menjalankan perniagaan di samping menjalin tali persahabatan dengan kerajaan-kerajaan Melayu. Tetapi oleh kerana sikap tamak dan haloba menjadi kemegahan orang-orang barat untuk mengaut keuntungan sebanyak-banyaknya di negeri-negeri timur maka Portugis telah memerangi Melaka.

       Disebabkan kekuatan politik orang-orang Melayu pada waktu itu mulai merosot, kelemahan pentadbirannya amat ketara pada mata peniaga-peniaga dari barat itu, Maka Portugis mngambil kesempatan dengan menggunakan krisis dalam negeri serta pengkhianatan dari anak-anak negeri dengan hasutan anasir-anasir luar bertambah pula yang tidak berpuas hati dengan pemerintahan, Portugis telah Berjaya menakluki Melayu pada tahun 1511.

       Setelah Portugis memerintah dan menjajah Melaka maka datang pula satu lagi kuasa penjajah barat iaitu Belanda yang tidak kurang rakusnya menjajah negeri-negeri timur. Dengan bantuan Kerajaan Melayu Johor penjajah Belanda dapat mengalahkan Portugis di Melaka dalam tahun 1641.

       Kemudian setelah beratus-ratus tahun Belanda menjajah bukan sahaja di negeri Semenanjung Tanah Melayu tetapi jugak di seluruh kepulauan Melayu yang lain, di mana dikenali kemudiannya sebagai Indonesia, maka penjajah Inggeris datang dan berjaya mengambil Melaka dari tangan Belanda melalui perjanjian pertukaran wilayah (seolah-olah negeri-negeri Melayu harta kepunyaan mereka pulak) pada tahun 1824.

       Sehingga Inggeris dikalahkan oleh Jepun dalam bulan Disember 1941, semakin bersilih-ganti kuasa-kuasa asing menjajah Semenanjung Tanah Melayu. Jepun mula memerintah Negara kita dari 15 Februari 1942 hingga 12 September 1945. Pentadbiran Jepun di Negara kita bercorak ketenteraan. Jepun menyerah kalah akibat pengeboman Hiroshima (6 Ogos 1945) dan Nagasaki (9 Ogos 1945) oleh Amerika Syarikat. Inggeris datang semula dalam bulan Ogos 1945 setelah tentera bersekutu berjaya mengalahkan Jepun serta menamatkan Peperangan Dunia Kedua.
 
 
Portugis,Belanda,Inggeris dan Jepun adalah antara kuasa yang menjajah negara kita selama 446 tahun iaitu bermula dari tahun 1511 hingga 1957.
  • Portugis (1511-1641)
  • Belanda (1641-1824)
  • Inggeris  (1824-1941) dan (1945-1957)
  • Jepun  (1941-1945)
 
 
Portugis menawan kota Melaka pada tahun 1511. Portugis berjaya menawan kota dan pelabuhan Melaka sahaja. Sultan Mahmud dan puteranya Raja Ahmad mengundur diri dan menyambung kesultanan Melayu ke negeri-negeri lain seperti Johor dan Perak. Secara keseluruhannya, Portugis menduduki Melaka selama 130 tahun iaitu dari tahun 1511 hingga 1641. Wiruzai bertanggungjawab menyusun sistem pentadbiran Portugis di Melaka iaitu Alfonso de Albuquerque. Bertanggungjawab membina sebuah kota iaitu A Famosa kerana melidungi melaka daripada serangan daripada Sultan Mahmud. Selain itu, Portugis mengamalkan sistem pentadbiran berbentuk militer ataau ketenteraan. Ketuanya ialah Kapten Kota Melaka (dikenali segai Gabenor Selatan)yang dilantik oleh Raja Portugal yang bertugas selama tiga hingga empat tahun. Dipilih dalam kalangan Fidalgo, iaitu golongan  bangsawan portugal. 
 
Seorang Kapten Angkatan Laut dilantik sebagai timbalan kepada Kapten Kota. Golongan tentera pula diketuai olehKapten Jeneral yang berkhidmat setiap tiga tahun. beliau dibantu oleh golongan Feitor. Selain itu, sistem keadilan diletakkan dibawah Ketua Hakim. Dalam proses pentadbiran, Kapten Kota dan Timbalannya dibantu oleh Majlis Penasihat. Terdiri daripada tiga badan utama, iaitu Hal Ehwal Militer, Majlis Pentadbiran Sivil dan Kewangan serta Pentadbiran Orang Tempatan.
 
Portugis cuba bertahan di Melaka walaupun sering mendapat ancaman daripada waris Sultan Mahmud Di Johor dan Aceh. Akhirnya Portugis tewas apabila diserang kuasa tempatan dari Johor yang mendapat bantuan dari Belanda 1641.Sepanjang pemerintahannya, Portugis melaksanakan beberapa sistem pentadbiran perdagangan. Seperti : 
 
  1. Kapal-kapal pedagang diwajibkan membayar cukai enam hingga sepuluh peratus daripada hasil dagangan mereka.
  2. Setiap pedagang perlu mendapatkan pas kebenaran unuk berdagang terlebih dahulu.
  3. Portugis memonopoli barang-barang dagangan utama, tetapi membeli barangan tersebut dengan harga yang rendah dan menjualnya pada harga yang tinggi.
  4. Diskriminasi terhadap perdagang Islam.

Semasa zaman pendudukan Portugis, rantau Melayu telah menyaksikan era Peperangan Tiga penjuru, iaitu antara Portugis di Melaka, Aceh dan Johor. Masing-masing bersaing menguasai perdagangan di kepuluan Melayu. Disebabkan dasar-dasar Portugis yang tidak disenangi oleh pedagang-pedagang, perdagangan di pelabuhan Melaka merosot sehingga pelabuhan itu jatuh ke tangan Belanda. Walaupun Portugis menetap lama di Melaka tetapi Portugis tidak dapat meluaskan pengaruhnya. Faktor utamanya ialah untuk menyebarkan agama Kristian. Tetapi usahanya gagal akibat daripada pengukuhan agama Islam.
 
Beberapa kesan Portugis ialah kelaahiran masyarakat Serani hasil perkhawinan anatara orang tempatan dengan orang Portugis. Selain itu, kesan pengenalan tulisan Rumi dan penyerapan perkataan daripada bahasa bugis.



PENJAJAHAN BELANDA

 
Pada abad ke17, Belanda tiba di Asia Tenggara. Belanda bukanlah sekutu atau kawan Portugis dan ini menyebabkan Belanda bersekutu dengan Johor untuk memerangi Portugis di Melaka. Akhirnya pada tahun 1641, Belanda dan Johor berjaya menewaskan Portugis. Melaka kemudiannya menjadi milik Belanda sehinggalah Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 ditandatangani. Pada tahun 1818, Sir Stamford Raffles dilantik sebagai Gabenor Bengkulu di Sumatera Barat. Namun, ia yakin bahawa Inggeris diperlukan untuk mendirikan pangkalan baru di Asia Tenggara untuk bersaing dengan Belanda. Meskipun banyak di British East India Company menentang idea seperti itu, Raffles berjaya meyakinkan Lord Hastings ketua Syarikat, kemudian Gabenor Jeneral India, untuk menyokongnya. Dengan persetujuan gabenor jeneral, dia dan ekspedisi berangkat untuk mencari markas baru.Ekspedisi Raffles tiba di Singapura pada 29 Januari 1819. Ia terjumpa sebuah penempatan kecil Melayu di kuala Sungai Singapura yang dipimpin oleh seorang gabenor (Temenggung) Johor. Walaupun pulau itu ukuran dasar diperintah oleh kesultanan, situasi politik di sana sangat keruh. Sultan saat ini, Sultan Abdul Rahman, berada di bawah pengaruh Belanda dan Bugis. Oleh kerana itu, dia tidak akan pernah bersetuju untuk menubuhkan pangkalan British di Singapura. Namun, Tengku Abdul Rahman adalah penguasa hanya kerana abangnya, Tengku Hussein atau Tengku Long, telah pergi di Pahang berkahwin ketika bapa mereka meninggal dunia pada tahun 1812. Dia dilantik oleh Yam Tuan Muda Riau, Raja Jaafar kerana menurut dia, dalam tradisi Melayu, pengganti sultan itu harus berada di sisi sultan ketika sultan mangkat agar boleh dianggap sebagai penguasa baru. Namun hal ini harus diputuskan oleh Bendahara sebagai penjaga "adat".Bendahara Ali (Raja Bendahara Pahang, Bendahara Empayar Johor) sedar akan masalah ini dan memutuskan untuk bertindak. Dia telah menyiapkan armada kapal ke Riau untuk "memulihkan adat". Inggeris setelah mengetahui hal ini mengutus armada dan mengepung angkatan Bendahara Ali untuk menghalangnya pergi ke Riau. Dengan bantuan Temenggung, Raffles berjaya menyeludup Tengku Hussain , yang tinggal dalam buangan di salah satu Kepulauan Riau, kembali ke Singapura. Berdasarkan surat antara Tengku Hussain yang diutuskan kepada saudaranya (Sultan Abdul Rahman), ia berangkat ke Singapura kerana bimbang tentang keselamatan anaknya. Sayangnya dia ditangkap oleh Raffles dan dipaksa untuk membuat perjanjian. Perjanjian mereka menyatakan bahawa Inggeris akan mengakui Tengku Hussein sebagai 'penguasa sah' "Johor", dan dengan demikian Tengku Hussein dan Temenggung akan menerima gaji tahunan dari Inggeris itu. Sebagai ganjaran, Tengku Hussein akan membolehkan Raffles mendirikan pos perdagangan di Singapura. perjanjian ini telah disahkan pada 6 Januari 1819. Bendahara Ali diminta oleh Inggeris untuk mengakui Tengku Hussain sebagai Sultan yang sah. Namun, Belanda sangat tidak senang dengan tindakan Raffles. Ketegangan antara Belanda dan Inggeris di Singapura berterusan sehingga tahun 1824, ketika mereka menandatangani Perjanjian Anglo-Belanda.Menurut syarat-syarat perjanjian itu, Belanda secara rasmi menarik balik penentangan mereka terhadap kehadiran British di Singapura.Banyak sejarawan berpendapat bahawa perjanjian itu membahagikan lingkaran pengaruh antara Belanda dan Inggeris-Kesultanan Johor ke Johor moden dan kelahiran negeri baru Riau-Lingga selepas pemecatan Sultan terakhir dari Johor. Namun perjanjian ini ditandatangani diam-diam tanpa sepengetahuan bangsawan tempatan termasuk Sultan dan kerananya legitimasinya dipertanyakan. Hal ini serupa dengan Perang Dunia 2 persidangan di Yalta di mana Stalin, Roosevelt dan sekutu lain bersetuju untuk berkongsi dunia yang dikenal dalam blok-blok kuasa timur dan barat sementara Jerman dan Jepun masih berdaulat.Inggeris berjaya dikesampingkan pengaruh politik Belanda dengan mewartakan Tengku Hussain sebagai Sultan Johor dan Singapura untuk mendapatkan pengakuan hukum dalam lingkup pengaruh mereka di Singapura dan Semenanjung Malaysia. Legitimasi proklamasi Sultan Hussein sebagai Sultan Johor dan Singapura, adalah tidak diakui oleh semua pemerintah Melayu dan gelaran 'sultan'nya hanya sekadar nama. kedudukan Temenggong Abdul Rahman, di sisi lain, diperkuatkan sebagai penandatanganan perjanjian yang mengasingkannya dari pengaruh Raja Ja'afar (Yam Tuan Muda Riau).Sementara itu, Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah dilantik sebagai Sultan Johor dan bersemayam di Pulau Lingga pada bulan November 1822, lengkap dengan alat-alat kebesaran diraja Empayar Johor. Sultan Abdul Rahman, seorang yang warak, menjadi puas hati dengan lingkup politik pengaruhnya di Lingga, di mana keluarganya terus mempertahankan rumah tangganya pentadbiran di bawah arahan Raja Ja'afar yang memerintah di bawah naungan dari Belanda.
 
 
PENGENALAN

         British mula campurtangan di Tanah Melayu bermula 11 Ogos 1786 apabila Francis Light menduduki Pulau Pinang. Pada 16 Februari 1819, Stamford Raffles berjaya menduduki Singapura melalui perjanjian antara Tengku Long dan Temenggung Abd Rahman. Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 membuka jalan British menguasai Tanah Melayu.

          Inggeris berjaya menguasai Pulau Pinang, Melaka dan Singapura dan dikenali Negeri-negeri Selat pada tahun 1826. Selepas perjanjian Pangkor 1874, Inggeris mula campurtangan di NNMelayu secara langsung dengan memperkenalkan sistem Residen. Wujud 3 unit pentadbiran British di Tanah Melayu iaitu NNS, NNMB dan NNMTB.




FAKTOR-FAKTOR CAMPURTANGAN INGGERIS

  1. FAKTOR EKONOMI
  • Berlaku Revolusi Perindustrian pada pertengahan abad ke-19 di Eropah (industri mengetin makanan)
  • Tanah Melayu sebagai tempat pengeluar yang utama bijih timah. Selangor dan Perak negeri pengeluar utama.
     2. FAKTOR KEADAAN ANARKI
  • Masalah perang saudara antara pembesar. Perang Saudara (1867-1873) antara Tengku Kudin vs Raja Mahadi di Selangor.
  • Di Perak berlaku pergaduhan antara kongsi gelap Hai San dan Ghee Hin 
  • Kegiatan pelanunan
      3. FAKTOR KEBIMBANGAN CAMPUR TANGAN KUASA-KUASA ASING
  • Kebimbangan British terhadap kuasa Barat seperti Russia, Perancis, Itali dan Jerman.Mereka bersaing untuk meluaskan jajahan takluk masing-masing.
  • Kuasa-kuasa tersebut boleh menjalinkan hubungan ekonomi dengan Negeri-Negeri Melayu.
 
 
 
PERJANJIAN INGGERIS - BELANDA
 
          Perjanjian Inggeris-Belanda termeterai pada 17 Mac 1824 di London. Antara faktor yang mendorong kepada perjanjian ini ialah persaingan perdagangan di Timur dan dasar persahabatan Inggeris-Belanda di Eropah. Inggeris berjaya meluaskan pengaruh di Tanah Melayu dan Belanda di Indonesia.
 
          Kesan penting kepada Perjanjian Inggeris-Belanda ialah :
  1. Kepulauan Melayu terbahagi kepada dua pengaruh Inggeris dan Belanda.
  2. Perpecahan empayar Johor-Riau
  3. Persaingan perdagangan antara British dan Belanda bertambah sengit
 
 
 
CAMPUR TANGAN DI PERAK
 
Perak negeri Melayu terawal menerima kemasukan pengaruh politik British. British mengambil kesempatan daripada : 
  1. Perebutan takhta kerajaan Perak - pertingkahan antara Raja Yusof, Raja Ismail dan Raja Abdullah
  2. Pergaduhan kongsi gelap Cina - kongsi gelap Ghee hin dan Hai San ( Perang Larut)
Penyelesaian - Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874 antara Kerajaan British dengan kerajaan Perak. Sistem residen pertama wujud di Perak 1875. J.W.W Birch dilantik menjadi Residen pertama di Perak.




CAMPUR TANGAN DI SELANGOR

         Masalah kutipan cukai di muara sungai dan masalah lanun di perairan Selangor. Pada Jun 1871, kapal saudagar Cina di rompak oleh pengikut Raja Mahadi. British hantar dua kapal Pluto dan Rinaldo serang kubu Raja Mahadi.British mengambil alih Selangor dan melantik J.G. Davidson sebagai residen pertama.




CAMPUR TANGAN DI SUNGAI UJONG DAN NEGERI SEMBILAN

        Perbalahan antara Datuk Kelana dengan Datuk Bandar berkaitan kuasa kutipan cukai bijih timah di sungai ujong. Semua daerah di negeri sembilan jatuh ke tangan British dan akhirnya menerima Residen pada tahun 1889 iaitu Martin Lister.




CAMPUR TANGAN DI PAHANG

        Pertikaian saudara antara Bendahara Wan Ahmad dengan Wan Mansur (1884). Frank Swettenham di hantar ke Pahang untuk selesaikan masalah dan Sultan Ahmad menerima residen pertama Pahang J.P. Rodger pada 8 Oktober 1887.


22 Pegawai Inggeris Di Tanah Melayu J.W.W Birch Frank Swettenham Stamford Raffles (Perak) (Residen-Jeneral Pertama) (Singa...




SISTEM RESIDEN

      Bermula di Perak kemudian di Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. British berkuasa di NNMB dalam aspek politik dan pentadbiran, ekonomi serta sosial. Maklamat Sistem Residen :

  1. Keamanan melalui undang-undang
  2. Sistem pentadbiran awam dan pungutan cukai teratur
  3. Ekonomi - eksploitasi sumber semulajadi - bijih timah


 
 
KESAN-KESAN SISTEM RESIDEN
  1. PEMBANGUNAN EKONOMI NEGERI
  • perusahaan bijih timah, getah, kopi
  • kemasukan buruh Cina dan India
  • sumber ekonomi dimonopoli oleh British
     2.  PERUBAHAN POLITIK
  • Sultan berkuasa pada Agama Islam dan adat-istiadat
  • Perubahan sistem pentadbiran - Residen berkuasa
     3.  PERKEMBANGAN SOSIAL
  • Infrastruktur jalan keretapi, jalan raya, pusat kesihatan, pos dan sebagainya



 
NEGERI-NEGERI SELAT (NNS)
 
       Ditubuhkan pada 1826. Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Diketuai oleh Gabenor - Robert Fullerton (pertama). Pada 1 April 1867 - Unit NNS di bawah pejabat tanah jajahan di London.


 
NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU (NNMB)
 
       Pada 1895,melalui Perjanjian Persekutuan - British tubuhkan NNMB iaitu empat negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Pada 1 Julai 1896, penubuhan NNMB telah berkuatkuasa secara rasmi. Diketuai oleh Residen Jeneral. Residen Jeneral pertama Frank Swettenham.
 
 
 
NEGERI-NEGERI MELAYU TIDAK BERSEKUTU (NNMTB)
 
       Ditubuhkan pada 1909 melalui Perjanjian Bangkok. Negeri terbabit ialah Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Johor juga termasuk dalam NNMTB. Pada tahun 1914, Johor menerima seorang Penasihat British.




28 NNS NNMB NNMTB PERAK PAHANG SELANGOR NEGERI SEMBILAN


31 Sistem Pentadbiran di Zaman Penjajahan Inggeris Sistem Tahun Negeri-negeri Terbabit Sistem Residen 1874-1889 Perak, Sel...



REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PENJAJAHAN BRITISH
 
  1. PENENTANGAN DI NANING (1831-1832)
          Naning merupakan sebahagian daripada Melaka. Gabenor Fullerton menyatakan Naning perlu bayar 1/10 daripada hasil ekonomi kepada British. Cadangan british ditentang oleh Dol Said (penghulu Naning). Perang Naning tercetus pada bulan Julai 1831. Naning diisytiharkan sebagai sebahagian wilayah Melakaa. Pada Februari 1834, Dol Said menyerah diri.


    2.  PENENTANGAN DI SELANGOR
 
         Perang Kelang tercetus disebabkan pertentangan antara Raja Mahadi dengan Raja Abdullah. Pada 1868, Sultan Selangor lantik Tengku Kudin dan bantu Raja Ismail merampas Klang. British campurtangan dan beri sokongan menetang Raja Mahadi. Walaupun hanya Perang saudara tetapi campurtangan British telah mendapat tentangan penduduk tempatan.


    3. PENENTANGAN DI PERAK
        
      A)  Sebab penentangan British di Perak :
  • British dan Birch menyekat hak mengutip cukai oleh Sultan dan pembesar Melayu.
  • Paksa sultan tandatangani surat penyerahan kuasa kepada kerajaan British 1875
  • Pembaharuan oleh J.W.W Birch :
           i) hapus sistem perhambaan
          ii) beri perlindungan kepada hamba 
         iii) campurtangan dalam adat resam orang Melayu
  • Sikap peribadi Birch
           i) buat pembaharuan secara tergesa-gesa
          ii) tidak boleh berbahasa Melayu
 
      B) Dato Maharaja Lela, Dato Sagor dan Pak Endut dan Seputum menentang British dan membunuh            Brich pada November 1875 di Pasir Salak. Mereka dihukum di Matang 1879. Sultan Abdullah              dan Ngah Ibrahim dibuang negeri ke Pulau Seychelles.


   4. PENENTANGAN DI PAHANG

       Penentangan bermula apabila British lantik J.P. Rodger sebagai Residen Pahang 1888. Beliau telah memperkenalkan jawatan pemungut cukai dan majistret serta memperkenalkan sistem lesen dan permit (pungut hasil hutan), cukai tanah dan sistem kerah.Pembesar Melayu Tok Gajah, Dato Bahaman dan Mat Kilau melancarkan pemberontakan pada Disember 1891 dan serang balai Polis Lubuk Trua dan Kuala Tembeling.Pemberontakan berakhir pada Mat Kilau melarikan diri ke Terengganu, Kelantan dan akhirnya ke Siam.


   5. PENENTANGAN DI KELANTAN 

      Melalui perjanjian Bangkok 1909, Kelantan diserahkan kepada British dan James Scott Mason - penasihat British Julai 1909. Penentangan Inggeris dipimpin oleh Haji Mat Hassan bin Munas (Tok Janggut). 
     
      Punca penentangan :
  1. Ketidakpuasan hati Engku Besar Jeram
  2. Sistem Tanah Baru 1915
  3. Pengenalan cukai hasil pertanian 
  4. Sikap pegawai British
      Sikap Pegawai Daerah iaitu Che Abdul Latif menimbulkan kemarahan orang ramai. Tercetus pemberontakan diketuai oleh Tok Janggut di Pasir Puteh 29 April 1915. Pemberontakan tamat pada 24 Mei 1915.


   6. PENENTANGAN DI TERENGGANU
 
       Pemberontakan di Terengganu yang diketuai oleh Haji Abd Rahman Haji Abdul Hamid (Hj. Abdul Rahman Limbong) dikenali sebagai Pemberontakan Tani pada 1928. Pemberontakan berlaku pada 21 Mei 1928 serang balai Polis dan pejabat Daerah di Kuala Berang. Pemberontakan dapat ditumpaskan. Abd Rahman Limbong di buang ke Makkah.
 
       Faktor pemberontakan Tani : 
  1. Pungutan cukai tanah, hasil tanah dan cukai kepala
  2. Perkenalkan sistem pendidikan Barat 
  3. Perkenalkan pas kebenaran untuk membuka tanah, bercucuk tanam dan memungut hasil hutan.

   7. PENENTANGAN DI SARAWAK
 
       Sebelum Perang Dunia Kedua, Sarawak ditadbir oleh Dinansti Brooke. Terdapat beberapa pemberontakan : 
       a) Rentap
         Pada 1853, Brooke hapuskan amalan memburu kepala manusia yang menjadi amalan tradisi orang peribumi Sarawak. Melalui Rentap mereka menyerang kubu Brooke di Sungai Skrang dan bunuh pegawai Brooke iaitu Alan Lee. Pada 1861, Brooke lancar serangan besar-besaran kubu rentap di Bukit Sadok.
       b) Banting
         Ketua kaum Iban di Hulu Batang Lupar. Punca tentangan akibat tindakan Brooke kuasai kawasan Banting dan Hapus adat dan amalan tradisi tempatan. Pada 1908, Brooke berjaya tewaskan Banting.
       c) Sharif Masahor
         Penentangan berpunca daripada tindakan James Brooke memperkenalkan sistem pemerintahan baru dan kuasai kawasan Sungai Rejang. Sharif Masahor merupakan gabenor Sarikei di Sungai Rejang dilantik oleh Sultan Brunei. Beliau berpakat dengan Datuk Patinggi Abdul Gapur serang kubu Brooke di Kanowit Jun 1859. Serangan dapat dipatahkan oleh pihak Brooke. Sharif Masahor dibuang negeri ke Singapura dan Patinggi Abdul Gapur ke Betawi.
         d) Asun
           Semasa pemerintahan Vyner Brooke 1920, orang Dayak menetang pembayaran cukai dan memberontakan di Sungai Kanowit diketuai oleh Penghulu Asun. Pada 1932, Asun menyerah diri dan dibuang negeri ke Lundu.


      8. PENENTANGAN DI SABAH 
 
         Sabah terletak di bawah Syarikat Borneo Utara British. Dua pemberontakan tercetus iaitu :
 
        a)Pemberontakan Mat Saleh
           Mat Saleh berketurunan Bajau dan Suluk. Berpunca akibat pengenaan cukai, pembangunan secara besar-besaran dan sekatan terhadap pembesar tempatan. Siri penentangan tercetus di Sungai Sugut (1894), serang pelabuhan Syarikat di pulau Gaya (1897). Akhirnya, Mat Saleh terbunuh pada tahun 1900.
 
        b) Kebangkitan Rundum
          Diketuai oleh Antanum pada 1915. Faktor pemberontakan - cukai ke atas beras dan ubi kayu, ordinan hutan dan kerah rakyat membina jalan-jalan kecil di hutan. Pada Februari 1915, serang pejabat kerajaan di Pensiangan. Gagal dan Antanum ditawan dan dihukum bunuh.


43 Gambar Tokoh Pejuang Mat Kilau Mat Saleh Tok Gajah Dato Bahaman



44 Dato Maharajalela dan Dato Sagor Rentap


45 Tokoh Pejuang Kemerdekaan Peringkat Awal Daerah/ Negeri Tokoh Pejuang Naning Dol Said Perak Dato Maharaja Lela, Dato Sa...


 
 
 
 
Image result for penjajahan jepun
 
 
Penjajahan Jepun merupakan salah satu peristiwa penting dalam sejarah negara kita. Walaupun Jepun menduduki negara kita selama 3 ½ tahun (15 Feb 1942-15 Ogos 1945), namun kesannya amat mendalam ke atas penduduk Tanah Melayu.
 
Seluruh Tanah Melayu dan Singapura ditawan dengan mengambil masa 70 hari sahaja. Serangan dimulakan melalui dua arah iaitu melalui pantai timur dan pantai barat. Rancangan utama Jepun adalah untuk menubuhkan Pemerintahan Baru Asia Timur Raya di mana pihak Jepun telah berjanji akan memberikan kemerdekaan kepada sesetengah negara di Asia Tenggara.




SEBAB KEMENANGAN TENTERA JEPUN

Ketidaksediaan Tentera British menghadapi peperangan

  • Pihak British tidak bersedia untuk meghadapi peperangan. Mereka menyangka Jepun akan memulakan serangan dari arah selatan (dari Singapura) kerana pusat pentadbiran British di situ, tetapi Jepun sebenarnya memulakan serangan dari arah utara (di Kelantan) dan menakluk negeri-negeri Melayu satu persatu.
 
Kelemahan Pertahanan Laut British

  • Jepun telah menyerang Tanah Melayu melalui jalan laut dan tidak melalui udara seperti yang dijangkakan oleh kerajaan British. Pertahanan laut British sebenarnya terlalu lemah terutamanya apabila dua kapal perang mereka iaitu Prince of Wales dan Repulse telah ditenggelamkan oleh Jepun pada 10 Dis 1941 di perairan sebelah timur Semenanjung (Pahang).
 
Persediaan Peperangan Oleh Jepun

  • Tentera Jepun telah membuat persediaan peperangan yang rapi di mana mereka mempunyai rangkaian pengintipan yang baik di Tanah Melayu. Mereka begitu bersedia untuk melancarkan serangan dengan membuat pengintipan sebelum memulakan serangan seperti menunggang basikal meskipun di kampung-kampung dan hutan, maklumat-maklumat tentang kubu British, landasan kapal terbang dan lokasi kem tentera.
 
Kelebihan Tentera Jepun

  • Kelebihan tentera Jepun yang cukup terlatih, berpengalaman serta bersemangat tinggi dan mempunyai taktik peperangan yang cukup baik. Ini juga disebabkan oleh pegawai-pegawai yang berkebolehan dan berpengalaman seperti Yamashita dan Tsuji. Ini bertentangan dengan sikap tentera British kerana sebahagian besar mereka terdiri daripada orang India yang masih muda dan tidak mempunyai pengalaman dalam peperangan.
 
Kelewatan Tentera Bantuan dari London dan India.

  • Fenomena ini adalah berpunca akibat daripada masalah kewangan yang dihadapi oleh Kerajaan British.




PENTADBIRAN JEPUN DI TANAH MELAYU
 
Pada 8 Disember 1941, Jepun telah menyerang Tanah Melayu dan pada 15 Feb 1942 seluruh Tanah Melayu dan Singapura telah jatuh ke tangan Jepun. Tanah Melayu dan Pulau Sumatera digabungkan di bawah 1 unit pentadbiran serta Tanah Melayu dikenali sebagai Malai Baru dan Singapura sebagai Syonan.
 
Jepun telah memerintah Tanah Melayu bercirikan sistem ketenteraan dengan matlamat utama iaitu untuk memulihkan keadaan awam kerana mereka ingin memulihkan masyarakat tempatan yang sebelum ini huru-hara atau tidak aman ekoran daripada penentangan tentang pemerintah barat. Mereka ingin mewujudkan pemerintahan “Asia Untuk Orang Asia” dan memonopoli sumber ekonomi di Tanah Melayu yang akan digunakan untuk membantu masalah ekonomi yang sedang melanda negara Jepun pada waktu itu.
 
Secara tidak langsung ia bertujuan untuk menanggung perbelanjaan untuk membiayai tenteranya di Tanah Melayu dalam bentuk senjata, makanan dan kemudahan-kemudahan tentera. Mereka meletakkan seorang Gabenor Jepun dan membentuk sebuah Majlis Penasihat yang dianggotai oleh orang Jepun dan Majlis ini bertujuan untuk menggantikan Majlis Negeri yang ada sebelum ini. Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis diserahkan semula kepada Siam pada bulan Ogos 1943.




KESAN PENDUDUKAN JEPUN
 

  1. Kesan Ekonomi
  • Penduduk menderita kerana kekurangan makanan dan menggunakan pelbagai cara untuk hidup. Para petani dan nelayan telah dipaksa menjual hasil mereka kepada pihak Jepun. Perdagangan menjadi lumpuh dan nilai mata wang negara turut terjejas kerana pengedaran mata wang yang tidak terkawal.

     2. Faktor Politik

  • Wujud kesedaran politik dalam kalangan penduduk Tanah Melayu dan keyakinan untuk memerintah sendiri di kalangan Orang Melayu. Orang Cina dan India dengan ciri bangsa masing dan cenderung mengenai negara asal. Orang Cina juga kian aktif berpolitik dengan menyertai Parti Komunis Malaya (PKM) dan parti ini menjasi yang terkuat pada tahun 1945-1948.
 
    3. Kesan Sosial

  • Orang Cina telah ditindas, orang Melayu dan India menjadi buruh paksa. Orang Cina terpaksa lari ke pinggir hutan dan membuka petempatan baru. Berlaku permusuhan di antara orang Melayu dengan orang Cina dan sistem pendidikan Jepun diperkenalkan yang menekankan latihan akhlak daripada akademik.
 
Pendudukan Jepun di Tanah Melayu berlangsung  3 ½  tahun apabila mereka berundur pada 15 Ogos 1945. Apabila Jepun menyerah kalah, British mengambil masa 14 hari sebelum kembali semula ke Tanah Melayu.Dalam tempoh ini, PKM (Bintang Tiga) cuba menguasai Tanah Melayu dan mencetuskan huru hara.
 
Pada Sept 1945, British telah kembali semula ke Tanah Melayu dan berusaha untuk mengawal keadaan dan memerangi kumpulan Bintang Tiga. Beberapa rancangan telah diperkenalkan untuk memulihkan keadaan huru hara ini seperti pengisytiharan Darurat, Rancangan Briggs dan Rancangan Templer.




PENGISYTIHARAN DARURAT
 
Pada 16 Jun 1948, Sir Edward Gent Pesuruhjaya Tinggi British telah mengisytiharkan darurat bagi kawasan di Perak dan pada 17 Jun 1948, darurat diisytiharkan di seluruh Tanah Melayu. Pengisytiharan Darurat dibuat kerana Parti Komunis Malaya (PKM) telah membunuh 3 orang pengurus ladang berbangsa Eropah di Perak.
 
Undang-undang Darurat 1948 telah memberi kuasa kepada polis dan tentera untuk menahan atau menangkap orang yang disyaki terlibat dengan kegiatan komunis tanpa perbicaraan. Pihak tentera juga mengadakan sekatan jalan raya dan perintah berkurung di kawasan dimana terdapatnya kegiatan komunis.
 
Sistem pendaftaran juga telah diperkenalkan dan melalui sistem ini, penduduk yang berumur 12 tahun ke atas mesti mendaftar dan mempunyai kad pengenalan diri. Dokumen ini penting sebagai identiti warganegara yang membezakan mereka dengan pengganas.




RANCANGAN BRIGGS
 
Rancangan Briggs diperkenalkan oleh Sir Harold Briggs, bertujuan membanteras kegiatan komunis melalui strategi menempatkan kampung-kampung di pinggir hutan ke kampung baru dan melancarkan gerakan kelaparan.
 
Rancangan ini bertujuan menhalang penduduk Cina daripada membekalkan makanan dan perubatan dan memberikan maklumat kepada gerila komunis yang bersembunyi dalam hutan. Rancangan ini didapati berkesan dalam menggagalkan pemberontakan komunis kerana ia dapat melemahkan kegiatan Min Yuen dan seterusnya memaksa komunis keluar daripada hutan.




PERANG SARAF
 
Sir Gerald Templer telah dilantik menjadi Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu pada tahun 1952 menggantikan Sir Henry Gurney. Templer telah melancarkan perang saraf ke atas pengganas komunis dengan mengambil beberapa tindakan di antaranya;

  • Melonggarkan syarat kewarganegaraan bagi orang bukan Melayu.
  • Memberikan pengampunan secara beramai-ramai kepada anggota PKM yang menyerah diri.
  • Memberi hadiah kepada mereka yang memberi maklumat mengenai pengganas komunis.
  • Menyebarkan risalah yang meminta agar anggota PKM meninggalkan perjuangan mereka.
  • Di samping itu juga, beliau telah memperkenalkan sistem ‘kawasan putih’ dan ‘kawasan hitam’. 
  • Templer  juga memperkenalkan konsep perintah berkurung di kawasan-kawasan tertentu ketika tentera memburu anggota komunis.
  


RUNDINGAN BALING
 
Setelah mengalami kemerosotan pengaruh akibat tindakan kerajaan membanterasnya, PKM terdorong untuk mengadakan perundingan dengan kerajaan. Rundingan ini telah diadakan di Baling, Kedah pada 28 dan 29 Dis 1955 dan pihak kerajaan diwakili oleh Tunku Abdul Rahman, David Marshall dan Tan Cheng Lock sementara PKM diwakili oleh Chin Peng, Chen Tien dan Rashid Maidin.
 
PKM menuntut kerajaan supaya mengiktirafnya sebagai parti yang sah di sisi undang-undang tetapi tuntutan ini telah ditolak. Rundingan ini gagal apabila pada waktu yang sama PKM juga menolak tawaran yang diberikan oleh kerajaan supaya PKM meletakkan senjata. Langkah-langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan British telah berjaya melemahkan pengaruh PKM. Akhirnya, darurat diisytiharkan tamat pada 31 Julai 1960.
 
 

 
 
 
       Secara keseimpulan, perluasan dasar imperialisme dan kolonialisme Barat telah dimulakan oleh Portugis, kemudian diikuti Belanda, Inggeris dan Jepun. Banyak perubahan telah berlaku di Tanah Melayu termasuk Sabah dan Sarawak dari segi politik, ekonomi dan sosial. Kemasukan penjajah juga telah menimbulkan reaksi di kalangan rakyat tempatan untuk menentang penjajah.



 56 Negeri2 di Tanah Melayu Penggunaan basikal oleh semasa pentadbiran Jepun tentera Jepun



57 Keadaan semasa Jepun menawan Tanah Melayu




58 Wang Pokok Pisang Landasan Jalan Keretapi Maut (Jambatan di Sg Mae Klong, Thailand)