Excel Activities

Activity 1 - Pertandingan Pidato Kepenggunaan

Maklumat Program

Aktiviti : Pertandingan Pidato Kepenggunaan Universiti-Universiti Awam Malaysia 2021

Tarikh : 1 April 2021

Tempat : FB Live

 

 

 

Atribut Siswazah

1. Kemahiran Kepimpinan dan Berpasukan

2. Kemahiran Berkomunikasi

3. Kesarjanaan

4. Berdaya Usaha

Refleksi

Daripada program ini, saya dapat mempelajari bagaimana cara untuk menganjurkan sesuatu program. Sebagai ahli jawatankuasa protokol, saya ditugaskan untuk mencari seorang pengacara majlis dan juga seorang pembaca doa. Saya telah membuat satu google form yang mana boleh diisi oleh sesiapa yang ingin menjadi pengcara majlis atau pembaca doa secara sukarela. Program ini telah membolehkan para pelajar untuk menunjukkan bakat mereka untuk mengendalikan sesuatu program.. Bukan itu sahaja, program ini juga dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi bagi peserta kerana mereka perlu bercakap di hadapan khalayak ramai untuk mempersembahkan pidato mereka. Ahli jawatankuasa juga perlu bekerjasama antara satu sama lain untuk menjayakan program ini. Oleh itu, saya berasakan bahawa program ini baik untuk para pelajar yang ingin mengasah bakat mereka dalam mengendalikan program. Sebagai salah seorang ahli jawatankuasa program ini, saya dapat merasakan pengalaman bertungkus lumus untuk menjayakan program, mengadakan perjumpaan hampir setiap minggu dan menyiapkan tugasan diberikan dengan cepat. Walaupun saya belum pernah mengendalikan mana-mana program seperti ini, saya rasa gembira kerana saya mengambil keputusan dan memberanikan diri untuk menyertai program ini kerana ia memberi saya pengalaman baru.

Image