Hubungan Antara Sains, Teknologi dan Kemanusian (Tugasan 2)

Berikut menunjukkan hubungan antara sains, teknologi dan juga kemanusian.  Ini juga adalah tugasan kedua untuk kursus Pemikiran Sains dan Teknologi.

Maksud Sains dan Teknologi

      Perkataan ‘sains’ berasal daripada bahasa Inggeris, iaitu science. Sains dari bahasa Latin ” scientia ” yang bermaksud pengetahuan manakala dalam bahasa Arab pula ialah Al-Ilm yang bererti tahu. Dari segi istilah, sains dalam hal ini merujuk kepada sebuah sistem untuk mendapatkan pengetahuan yang dengan menggunakan pengamatan dan eksperimen untuk menggambarkan dan menjelaskan fenomena – fenomena yang terjadi di alam. Selain itu, ilmu pengetahuan yang diperoleh melalui bukti yang merangkumi kebenaran hukum – hukum alam yang berlaku dan dapat diperoleh daripada kaedah saintifik. Secara umumnya sains ialah sebagai sebuah sistem untuk mendapatkan pengetahuan dengan menggunakan pengamatan dan eksperimen untuk menggambarkan dan menjelaskan fenomena-fenomena yang terjadi dengan sistematik tentang struktur dan perilaku dari segala fenomena yang ada di dunia ini. Sains dari aspek istilah ialah suatu ilmu yang dihasilkan secara cerapan (analisis dengan menggunakan pancaindera) dan fahaman ataupun huraian yang sistematik mengenai sesuatu kejadian tabii atau alam semula jadi yang berlaku melibatkan penggunaan intelek di samping kaedah yang dapat diukur. Sains Islam adalah berasakan wahyu dan akal penyelidikan dan penemuan yang menggunakan kaedah-kaedah tertentu yang tidak bercanggah dengan syarak. Antara contohnya ialah Sains Propaedeutik, Sains Syariah dan Sains Falsafah. 

Teknologi dari segi bahasa, perkataan technology berasal dari perkataan Greek (technología). (téchnē), yang bermaksud "seni, kemahiran, rekaan", dan (-logía), yang bermaksud "pembelajaran, kajian". Manakala dari segi istilah pula, teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan. Antaranya ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia. 
 
          Teknologi dalam Islam ialah satu cabang ilmu praktikal untuk mencapai tujuan praktikal sebenar bertunjangkan tauhid kepada Allah SWT, seimbang antara satu sama lain yang terlaksana mengikut sistem etika islam yang mengutamakan keadilan dan dipertanggungjawabkan kepada manusia sebagai khalifah Allah SWT untuk menggunakan alam tabii dengan baik.

Hubungan Sains dan Teknologi Dengan Manusia mengalami Evolusi

      Hubungan sains dan teknologi dengan manusia seiras dari segi evolusi. Manusia belajar tentang sains dan teknologi bermula dari awal lagi, Sains dan teknologi telah maju dengan kadar yang drastik dan ia menukar cara hidup kita semua.  Kita boleh melihat perbezaan kehidupan kita sekarang dengan pada tahun 19-an. Kerana manusia memang akan mengalami evolusi, sains dan teknologi juga akan mengalami evolusi berdasarkan manusia. Charles Darwin mencadang bahawa evolusi akan berlaku sama ada kita suka atau tidak. tetapi proses ini mengambil masa beberapa abad. Proses ini bergantung kepada proses yang dikenali sebagai 'Natural Selection'. Proses ini bermaksud sesuatu spesies akan mengalami evolusi bergantung kepada alam dan tempat tersebut dan individu yang ada ciri-ciri yang boleh hidup di tempat tersebut mempunyai peluang untuk menurukan gen mereka. seiring masa berlalu, kita akan menukar cara pemikiran kita dan memlalukan demikian dapat mengevolisikan sains dan teknologi. Contohnya, pada abad dulu komputer baru sahaja dicipta dan hanya digunakan untuk kerja saintifik atau kajian. kini, kita mempunyai komputer di mana-mana sahaja dan jenis yang kita ada lebih canggih seperti komputer yang terbaru yang dikenali sebagai 'quantum computer'.