UHIT2302-38 (PST) E-PORTFOLIO 1

Laman web ini berkaitan dengan tugasan yang diberi oleh pensyarah saya bagi kursus Pemikiran Sains Teknologi.

Soalan :

Apakah tanggapan anda terhadap kursus Pemikiran Sains Teknologi dari sudut :

1. Kandungan utama

2.Relevans dengan bidang pengajian

3. Jangkaan manfaat

4. Komitmen dan sumbangan

KANDUNGAN UTAMA

  Tangkapan saya terhadap kursus Pemikiran Sains Teknologi dari segi kandungan utama adalah mengenai sejarah yang telah berlaku di dunia ini sejak zaman dulu. Sejarah ini bukan mengenai peperangan dan penjajahan yang berlaku di bumi ini tetapi sejarah mengenai perubahan pemikiran manusia yang berasal dari tempat lain iaitu barat dan timur, perkembangan pemikiran dan juga perkembangan sains dan teknologi. Saya mempunyai tangkapan dapat mengetahui sejarah perkembangan zaman klasik sehingga kini iaitu selepas zaman revolusi perindustrian selepas mempelajari kursus Pemikiran Sains Teknologi. 

Details

RELEVANSI DENGAN BIDANG PENGAJIAN

Bidang pengajian saya ialah bidang sains komputer. Saya tentu dapat menambahkan ilmu pengetahuan saya tentang sejarah perkembangan pemikiran teknologi selepas menghadiri kursus ini. Hal ini kerana kursus ini mengandungi ilmu yang sangat penting dan merupakan asas dalam bidang komputeran terutamanya revolusi perindustrian mengikut fasa. Dengan ilmu yang disampaikan oleh pensyarah sudah tentu saya akan lebih memahami dan melahirkan rasa ingin tahu dalam bidang pengajian saya.

Details

JANGKAAN MANFAAT

 Jangkaan manfaat yang akan saya peroleh adalah meningkatkan ilmu pengetahuan saya. Selain itu, saya juga akan memahami dunia ini dan mempunyai pemahaman yang lebih dalam mengenai manusia dan agama. Di samping itu, saya juga dapat menerapkan etika dan nilai yang baik dan sesuai dalam diri saya selepas saya mengambil kursus ini.

Details

KOMITMEN DAN SUMBANGAN

Komitmen dan sumbangan saya ialah saya akan belajar bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan bukan sahaja di university tetapi juga berkhidmat bagi negara yang tercinta. Saya akan mengaplikasikan ilmu yang pelajari untuk membantu memajukan negara kita dalam bidang sains dan teknologi.