UHIT2302-38 (PST) E-PORTFOLIO 2

Berikan analisis secara terperinci hubungan antara sains, teknologi dan kemanusiaan.

- Jelaskan maksud sains dan teknologi.

- Jelaskan bagaimana hubungan S&T dengan manusia mengalami evolusi.

- Pilih satu dokumentari berkenaan dengan STS dan huraikan dalam portfolio.

https://www.youtube.com/watch?v=tuEZ3NMr3jk

https://www.youtube.com/watch?v=Qo5gqkkyVAE

MAKSUD SAINS DAN TEKNOLOGI

  Sains membawa maksud ilmu pengetahuan yang teratur dan fakta yang dapat diuji dan mendapat kebenaran. Sains berasal dari bahasa Latin iaitu ‘Scientia’ yang bermaksud ‘pengetahuan’. Menurut Oxford English Dictionary, perkataan ‘science’ membawa maksud suatu cabang ilmu yang mengkaji sekumpulan pernyataan yang terbukti atau dengan fakta-fakta yang ditinjau.

  Teknologi membawa maksud satu kaedah atau kajian yang mengaplikasikan pengetahuan sains dalam pelbagai bidang seperti bidang pertanian, perdagangan, perindustrian dan juga aktiviti harian. Selain itu, teknologi juga merupakan penggunaan bersistem pengetahuan sains untuk tujuan amali. Dengan menggunakan teknologi proses kerja dapat dimudahkan, meningkatkan produktiviti dalam jangka masa yang pendek dan juga memaksimakan penggunaan peralatan.

HUBUNGAN S&T DENGAN MANUSIA MENGALAMI EVOLUSI

Sejak abad 17, terdapat sains moden yang berkembang pesat di Barat yang berasal dari Tamadun Yunani Kuno. Tamadun Yunani adalah hasil interaksi budaya Mesopotamia, Babylon dan Mesir Kuno. Asas Sains Tamadun Yunani ialah kebenaran atau juga dikenali sebagai ‘materialisme’.

 Perkembangan sains Islam pada abad ke-8 Masihi sehingga abad ke-15 Masihi berpaksi kepada agama sebagai dasar falsafah sainsnya. Kekuatan rohani dan material yang ada pada sains Islam menyebabkan ia mencapai tahap kecemerlangan sains yang sangat tinggi.

dwarka-586.jpeg

HIDDEN ANCIENT TECHNOLOGY

    Dokumentari yang saya telah menonton adalah mengenai sejarah agama dan manusia. Amish Shah yang mempunyai perasaan ingin tahu bagaimana manusia wujud dalam dunia ini dan bagaimana hal ini berkaitan dengan cerita mitos. Amish Shah telah berfokus dalam cerita mitos (Mahabharata), dengan ini dia telah menulis email kepada penduduk dan pengkaji yang berasal dan berada di Dwarka untuk mendapat pendapat yang lebih dalam mengenai sejarah ini. Semua response yang diberi bukan keinginannya kerana mereka telah menyimpan rahsia serta tidak memberitahu kebenaran kepada orang lain. Hal ini menyebabkan dia sendiri bertolak ke Dwarka untuk mencari kebenaran mengenai sejarah itu.

ancient dwarka.jpg

Dalam perjalanan mencari kebenaran, dia mendapati ‘Lord Krishna’ adalah seorang maharaja yang wujud pada zaman dulu. Terbuktilah kisah atau apa-apa yang dicatat mengenai ‘Lord Krishna’ adalah benar, tetapi pengajian sejarah ini telah berhenti dijalankan. Lepas perjumpaan dengan Dr.Nouriel (Archaeological Study of India) dan Dr.Krishnan (MS University of BARODA) dia mendapati pengajian ini dihentikan oleh kerajaan Indian atas alasan isu politik. Menurut Dr Krishnan, sejarah mengenai ‘Lord Krishna’ dan ‘The Lost Kingdom Dwarka’ dan teknologi purba yang canggih adalah wujud sejak zaman 3000BC. Hakikatnya, kebenaran mengenai sejarah bukan sahaja di negara India tetapi juga sejarah dunia terbenam dan pihak kerajaan tidak ingin kebenaran serta sejarah yang benar ditahu oleh masyarakat dunia.