Tugasan 2
Perkataan ‘sains’ berasal daripada bahasa Inggeris, iaitu science. Sains dari bahasa Latin” scientia” yang bermaksud pengetahuan manakala dalam bahasa Arab pula ialah Al-Ilm yang bererti tahu. Berdasarkan web new collegiate dictionary definisi dari sains adalah “pengetahuan yang diperoleh melalui pembelajaran dan pembuktian” atau “pengetahuan yang merangkumi suatu kebenaran umum dari hukum – hukum alam yang terjadi misalnya diperoleh dan dibuktikan melalui kaedah saintifik. Teknologi dari segi bahasa, perkataan technology berasal dari perkataan Greek (technología). (téchnē), yang bermaksud "seni, kemahiran, rekaan", dan (-logía), yang bermaksud "pembelajaran, kajian". Manakala dari segi istilah pula, teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan. Antaranya ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia.
Hubungan sains dan teknologi mengalami evolusi dengan mempunyai pemikiran kritikan dengan mempersoalkan fenomena – fenomena yang berlaku sekitar kita. Maka dalam proses mencari jawapan maka mengalami revolusi sains dan teknologi.
Berdasarkan dokumenter yang saya tonton, teknologi yang wujud pada zaman dahulu merupakan teknologi canggih tidak dapat bayangkan macam mana mereka boleh membina pembinaan yang terlalu canggih itu tanpa mesin yang canggih untuk membina. Sebagai contoh binaan piramid yang sangat besar dan berada di satu garisan. Jika kita mengatakan teknologi pada zaman kini lebih canggih , tapi pada masa ini masih belum wujud teknologi yang mampu membantu kita untuk membina piramid seperti itu. Akhir sekali, kita hendaklah mencipta penciptaan yang memanfaatkan manusia tanpa membahayakan alam sekitar. Maka ianya wujud dari pemikiran sains ada teknologi yang kritik dan inovasi.
