UICL 2302 - Pemikiran Sains dan Teknologi

Tanggapan Awal Kursus

Tanggapan awal saya pada kursus ini ialah kursus ini akan mengajar saya dari segi bagaimana kita ingin berfikir kearah sains dan teknologi yang giat berkembang saban hari dan ia juga mengajar saya bagaimana ingin menghadapi cabaran dalam era sains dan teknologi ini supaya kita bergerak seiring dengan kemajuan sains dan teknologi.

             Sebagai pelajar sekolah komputeran, kursus ini amat berkait rapat dengan program pengajian saya kerana kami merupakan mereka yang bekerja dibelakang tabir dalam memajukan lagi bidang sains dan teknologi ini. Oleh itu, saya merasakan amat penting bagi saya untuk mempelajari kursus ini.

             Pada pandangan saya, saya berasa kursus ini amat menarik minat saya kerana saya ingin tahu apa yang akan diajarkan kepada saya dan adakah kursus ini sama seperti apa saya gambarkan.

              Saya berharap kursus ini dapat melahirkan individu yang bijak menggunakan teknologi untuk berbakti kepada masyarakat, bangsa, agama dan negara. Saya juga berharap agar kita tidak menggunakan teknologi ini kearah yang buruk dan memanfaatkan anugerah sains dan teknologi ini dalam kehidupan seharian kita.