Catering Services

Projek Pembelajaran Servis

Perbincangan

Laporan Projek

Refleksi

Sepanjang pembelajaran dalam subjek kursus khidmat katering, saya telah mengenali pelbagai perkara berkenaan etika dan layanan. Projek yang dijalankan dalam kursus katering juga telah memberikan pelbagai manfaat seperti menambahkan pengalaman dan ilmu pengetahuan, mengeratkan hubungan silaturrahim dengan masyarakat setempat, memupuk kemahiran memimpin dan kerjasama dengan ahli kumpulan.

 

Antara kesemua bahagian aktiviti yang dijalankan, saya lebih menyukai bahagian pengedaran dan pengumpulan hasil projek kami. Hal ini demikian, kerana aktiviti tersebut dimanfaatkan dengan berkenalan lebih ramai orang dan meningkatkan kemahiran berkomunikasi. Selain itu, saya juga mendapati bilangan orang yang menonton hasil kerja kian bertambah mengikut masa. Aktiviti sedemikian telah membakar semangat kami untuk menghasilkan lebih banyak kerja yang berkualiti untuk dikongsikan kepada komuniti. Walau bagaimanapun, terdapat juga maklum balas yang negatif yang boleh diambil sebagai nasihat supaya dapat meningkatkan taraf produktiviti.

 

Antara penambahbaikan yang boleh saya lakukan untuk meningkatkan taraf kualiti kerja saya adalah dengan menetapkan matlamat sebagai panduan supaya kerja yang dilakukan boleh difokuskan kepada matlamat tersebut. Selain itu, saya boleh mendapatkan pendapat dari orang yang berpengalaman dan berjawatan tinggi untuk menambahkan lagi idea dalam kerja kami.

Video: Vanila Span Kek

Poster: Vanila Span Kek