UHIT2302 - SCIENCE AND TECHNOLOGY THINKING (PST)

ePortfolio 2

MAKSUD SAINS DAN TEKNOLOGI

      Perkataan ‘sains’ berasal daripada bahasa Inggeris, iaitu science. Sains dari bahasa Latin ” scientia ” yang bermaksud pengetahuan manakala dalam bahasa Arab pula ialah Al-Ilm yang bererti tahu. Berdasarkan web new collegiate dictionary definisi dari sains adalah “pengetahuan yang diperoleh melalui pembelajaran dan pembuktian” atau “pengetahuan yang merangkumi suatu kebenaran umum dari hukum alam yang terjadi misalnya diperoleh dan dibuktikan melalui kaedah saintifik. Manakala dari segi istilah pula, Dari segi istilah, sains  merujuk kepada sebuah sistem untuk mendapatkan pengetahuan yang dengan menggunakan pengamatan dan eksperimen untuk menggambarkan dan menjelaskan fenomena – fenomena yang terjadi di alam.

     Selain itu, teknologi dari segi bahasa, perkataan technology berasal dari perkataan Greek (technología). (téchnē), yang bermaksud "seni, kemahiran, rekaan", dan (-logía), yang bermaksud "pembelajaran, kajian". Manakala dari segi istilah pula, teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan. Antaranya ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia. 

HUBUNGAN SAINS DAN TEKNOLOGI DENGAN MANUSIA MENGALAMI EVOLUSI

     Pada umumnya, evolusi sains telah melalui beberapa tahap dari segi sejarah sains iaitu Sains Yunani, Sains Islam dan Sains Barat Moden. Sains moden yang berkembang pesat di Barat sejak abad ke-17 dikatakan berasal daripada tamadun Yunani kuno. Tamadun Yunani muncul hasil interaksi budaya Mesopotamia, Babylon dan Mesir kuno. Asas falsafah Sains Tamadun Yunani ialah kebendaan atau dikenali sebagai materialisme. Namun begitu, perkembangan sains dalam tamadun Islam yang berlaku sejak abad ke-8 Masihi sehingga abad ke-15 Masihi adalah berpaksikan agama sebagai dasar falsafah sainsnya. Kekuatan rohani dan material yang ada pada Islam telah menyebabkan sains Islam mencapai tahap kecemerlangan sains yang sangat tinggi. Sains Islam telah mencapai perkembangan yang pesat dan banyak menyumbang ke arah kemajuan tamadun manusia dalam pelbagai bidang. Malah al-Qur’an yang merupakan sumber utama tamadun Islam banyak mengandungi maklumat-maklumat tentang kajian sains yang telah membantu para cendekiawan Islam untuk mengembangkan kajian bidang sains.

 

DOKUMENTARI TEKNOLOGI MESIR PURBA

    Dokumentari ini menceritakan darimana asalnya muncul sesebuah tamadun serta manusia dan punca munculnya kepercayaan serta ada terselit unsur sains. Terdapat banyak bukti saintifik yang menerangkan tamadun kuno menggunakan teknologi purba untuk menghasilkan benda yang mengagumkan di seluruh pelusuk dunia. Misalnya, Teknologi Mesir Purba menerangkan tengtang alat peranti dan teknologi yang dicipta ketika di zaman mesir purba beribu tahun dahulu. Orang-orang mesir banyak menggunakan alatan seperti mesin untuk membantu proses pembinaan mereka antaranya ialah tanjakan serta tuas. Mereka juga menggunakan tali yang kuat untuk menegakkan rangka kapal,manakala pada zaman kini kita banyak menggunakan alatan seperti batu dan besi. Orang mesir menggunakan pokok papyrus untuk dijadikan sebagai kertas. Orang mesir memainkan peranan penting dalam membangunkan teknologi maritime di Mediterranean dalam bidang perkapalan dan pembinaan.