1/SECP (Semester 1)

Science and Technology Thinking

  • Lecturer's name : Aminudin Bin Hehsan
  • Course code        : UHIT2302-34

Video about Science and Technology (Assignment)

Reflection on STT subject

Reflection

Tanggapan terhadap kursus Pemikiran Sains Teknologi

Pemikiran Sains dan Teknologi ini mengaitkan hubungan antara sains dan agama dan kesannya terhadap masyarakat dunia. Cendikiawan pada zaman dahulu amat mengambil berat tentang ilmu kerana mereka mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. Ilmu dalam kajian mereka termasuklah dalam bidang fizik, kimia, perubatan, politik, ekonomi dan sosial. Kajian, teori, hukum dan peraturan yang dibuat oleh mereka ini kini menjadi rujukan manusia alaf moden. Perjuangan mereka diteruskan dengan genius masa kini yang sentiasa menginovasi ciptaan supaya menjadi lebih baik dan relevan dengan zaman.

Sebagai seorang pelajar dalam bidang Kejuruteraan Data, sifat inovasi dan ingin tahu itu amat berguna kepada saya untuk melakukan kajian dalam bidang saya kerana bidang komputeran di negara kita sedang membangun ditambah pula dengan Revolusi 4.0. Ini merupakan tanggungjawab untuk saya dan rakan laksanakan agar negara kita tidak ketinggalan. Jika para bijaksana zaman dahulu boleh menemukan formula baharu dengan teknologi yang tidak seberapa, maka kami juga berupaya mencipta sistem atau produk baharu demi tamadun manusia akan datang.

Terdapat banyak manfaat yang saya bakal peroleh dari subjek ini antaranya saya boleh belajar dari kesilapan orang zaman dahulu. Peristiwa buruk tidak akan berulang apabila kita mendalami masalah dan kecuaian yang pernah dilakukan. Berdasarkan tajuk yang tedapat dalam subjek ini, saya yakin saya akan mendapat banyak pengetahuan am tentang sistem kerajaan islam, sejarah dan cara orang zaman dahulu berfikir. Oleh itu, saya akan belajar bersungguh-sungguh dalam subjek Pemikiran Sains dan Teknologi agar menjadi manusia yang mampu memberi sumbangan kepada masyarakat.