Poster Pemikiran Saintifik Saintis Muslim
Image
Final Project
Perbezaan Kerajaan Rom dan Malaysia Slide
A thought about subject Sciene and Technology Thinking
Apakah tanggapan ada terhadap kursus pemikiran sains teknologi dari sudut:
1) Kandungan Utama
Ia dapat membina jati diri dari sudut yang berbeza. Mengajar kita untuk sentiasa berfikir untuk mencipta sesuatu berdasarkan ilmu yang sedia ada.
2) Relevansi dengan bidang pengajian
Setuju kerana tanpa permikiran yang berinovasi kita tidak mampu mempergunakan kemahiran yang sedia di tahap yang maksimum.
3) Jangkaan manfaat
Kita akan sentiasa berdaya saing antara satu sama lain dalam memplejari ilmu.
4)Komitmen dan sumbangan
Dapat menyumbang kepada masyarakat dalam apa2 jua cara.
UHIT 2302
RSS
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah saya iaitu Dr Wan Hassan kerana bukan sahaja telah memberi ilmu kepada saya tetapi beliau juga telah mendidik beberapa nilai murni yang boleh dijadikan pengajaran ataupun panduan di masa hadapan. Permikiran sains dan teknologi merupakan subjek umum yang perlu diambil oleh oleh semua pelajar UTM dan sepanjang saya mengambil subjek ini, saya telah belajar beberapa perkara yang bernilai. Antaranya ialah, semasa di awal semester, saya telah belajar hubungan di antara fikiran dan manusia. Disini, saya telah diterangkan apakah menyebabkan manusia itu makhluk yang istimewa berbanding makhluk lain. Hal ini dapat dijelaskan dengan menyatakan manusia itu dapat berfikir dan menentukan baik ataupun buruk dengan sendirinya tanpa memerlukan bantuan dari mana2 pihak. Saya juga telah belajar sistem permikiran pada zaman awal di mana ianya terbahagi kepada 4 iaitu 'Analasis' , 'Penilaian', 'Hujan' dan Kritikan. saya juga telah belajar perbezaan berfikir antara orang barat dan orang islam. Orang islam menekankan terhapad Al-quran dan kaji selidik, manakala orang barat pula menekankan falsafah dan fikiran bebas.
Selepas itu, saya telah belajar Perkembangan pemikiran saintifik pada zaman awal. Disini saya telah mengenali beberapa zaman termasuk sistem yang digunakan dan juga sumbangan yang diberikan. Zaman klasik merupakan zaman yang menekankan unsur kosmos dalam ilmu mereka. Disini tokoh2 seperti Galileo Galileo dan Ptolemy telah mencipta beberapa formula yang boleh digunakan dalam pengiraan astronomi. Zaman ini juga melahirkan kalander 12 bulan dan juga berapa2 kod undang2. Selepas jatuh nya zaman ini, Zaman Helenestik mengambil alih, di mana ilmu berdasarkan ketuhanan. Akan tertapi sesetengah ilmuan tidak dapat menerima tanggapan ini, lalu berlaku la peperangan di antara golongan falsafah dan gereja. Hal ini berterusankan sehingga ke zaman gelap disebabkan perbezaan permikiran pada ketika itu golongan secular/falsafah lebih menekan konsep berfikiran bebas dan tidak terhad kepada mana sumber. Akal merupakan penentu dan ujikaji sebagai cara membuktikan sains manakala golongan agamawan lebih kepada mitos dan perkara tahyul seperti naga.
Semasa di pertengahan semester pula, saya telah belajar mengenai pemikiran sains dan teknologi merentasi sempadan. Di sini saya telah mengetahui bagaimana ilmu itu berpindah dari sesebuah negara ke sesebuah negara. Bandar baghad dijadikan pusat keilmuaan ketika pemerintahan kerajaan abbasiyah. Ilmuan dari seluruh dunia datang ke sini untuk mempelajari ilmu yang sudah diterjemah dari tamadun sebelumnya.Seterusnya, saya telah mempelajari Ekosistem Keilmuan Islam. Perkara yang saya telah pelajari di tajuk ini ialah bagaimana beberapa entiti keilmuan dikaitkan di antara satu sama lain untuk membentuk sebuah sistem ataupun aturan khusus. Antaranya ialah kestabilan politik. Hal ini kerana kerajaan yang befikiran kehadapan akan menekan pembelajaran ilmu terhadap rakyatnya kerana ilmu itu penting dalam perkembangan sains dan teknologi.
Semasa di hujung semester pula, saya telah belajar pengisanan sains dan teknologi. Disini pensyarah telah menerangkan walaubagaimana hebat pun teknologi itu, jika manusia menyalah gunakannya. ianya akan membawa kepada kebinasaan dan kemusnahan. Hal ini bertentangan dengan tujuan sains dilahirkan. Sains dipelari dan dikaji untuk membantu manusia dalam membuat perkara harian ataupun perkara yang mustahil. Sebagai contoh, dulu kita membasuh baju menggunakan tangan akan tetapi teknologi sekarang membantu kita membasuh baju menggunakan mesin basuh. Dulu, ianya hamper mustahil untuk melihat tulang mana yang patah, akan tetapi sekarang dengan bantuan teknologi X-ray, doctor dapat melihat tulang mana yang perlu dirawat. Perkara ini akan menjadi bertentangan apabila manusia menggunakan teknologi untuk kepentingan diri sendiri. Saya amik contoh jatuhnya bom atom di Hiroshima dan Nagasaki. Kita dapat lihat bagaimana sains itu disalah guna untuk membunuh manusia yang tidak bersalah. Oleh itu, ianya penting untuk mengisankan sesorang itu agar teknologi tidak di salah guna di masa hadapan.