TANGGAPAN TERHADAP KURSUS PEMIKIRAN SAINS TEKNOLOGI
1. Pada pandangan saya, kursus ini membincangkan tentang bagaimana sesebuah ilmu dan pemikiran berkenaan teknologi dalam sesebuah masyarakat berkembang dari satu tamadun ke satu tamadun. Kursus ini memberi peluang kepada pelajar atau individu untuk mempelajari perkembangan satu ilmu melalui aspek agama dan juga kajian sains. Menggalakkan pelajar untuk berfikir dengan lebih luas lagi berkenaan bagaimana sains dan teknologi saling berkait sejak dari awal tamadun lagi.
2. Relevansi dengan bidang pengajian yang diambil dapat dikaitkan dengan terperinci tentang bagaiman teknologi dan sains dikawal sejak dari zaman dahulu. Pengurusan teknologi melibatkan penggunaan penuh teknologi dan kajian terhadap bagaimana sesuatu teknologi atau sains dapat berkembang serta dipakai oleh semua orang dengan baik. Kursus ini memberi sumbangan idea untuk berfikir luar kotak bagaimana keadaan perkembangan teknologi waktu dahulu dan juga teknologi moden seperti sekarang.
3. Kursus ini dapat memberi manfaat kepada individu yang mempunyai bidang yang berkaitan dengan teknologi kerana dapat memberi pemahaman yang lebih berkaitan dengan sains dan teknologi. Dapat memberikan pengetahuan yang luas dan pemikiran yang inovatif untuk menguruskan teknologi yang ada pada waktu sekarang.
4. Kursus ini dapat menyumbang kepada pengetahuan yang luas terhadap seseorang individu atau organisasi berkenaan teknologi dan juga peredaran zaman berserta dengan kajian sains dan revolusi teknologi yang telah berlaku. Melalui pemahaman ini, pengurusan teknologi masa kini menjadi lebih mudah dan membantu untuk perkembangan kajians sains dan penciptaan teknologi baru melalui kaedah inovasi dan kajian terdahulu.