Portfolio UHIT 1
1.Kandungan Utama
Tanggapan saya terhadap kursus pemikiran sains dan teknologi ialah saya akan mempelajari asal-usul perkembangan mengenai sains dan teknologi. Selain itu, saya akan mempelajari tentang tokoh-tokoh sains dan cara-cara mereka berjaya menemukan sains dan teknologi. Saya juga akan mempelajari hubungkait sains dan teknologi dengan kehidupan seharian dan kebaikkannya. Seterusnya, saya juga akan mempelajari bagaimana wujudnya sains dan teknologi daripada agama
2.Relevansi dengan bidang pengajian
Relevasi dengan bidang pengajian ini ialah perkembangan pesat dalam bidang sains dan teknologi pada masa kini. Perkembangan tersebut dapat menguasai tumpuan dunia bagi menemukan teknologi-teknologi baharu. Bidang pengajian ini akan menunjukkan betapa pentingnya teknologi dan sains pada masa kini. Bidang pengajian ini juga dapat memupuk semangat dalam bidang sains dan teknologi bagi memajukan negara.
3.Jangkaan manfaat
Jangkaan manfaat dalam bidang ini ialah pengajian ini dapat memberikan kesan kepada masyarakat dalam jangka masa lama kerana perkembangan ilmu mengenai bidang sains dan teknologi sentiasa berkembang dari semasa ke semasa. Bidang pengajian ini juga bermanfaat pada masa akan datang bagi memupuk kalangan muda untuk berusaha membantu dalam pembangunan bidang teknologi dan sains.
4. Komitmen
Komitmen saya dapat berikan ialah saya akan mencontohi cara-cara pempelajaran tokoh-tokoh ilmuan. Saya juga akan lebih berusaha dalam mendapatkan maklumat-maklumat isu semasa mengenai sains dan teknologi bagi membantu meningkatkan pengetahuan mengenai ilmu-ilmu baru. Saya juga akan menyertai aktiviti-aktiviti mengenai bidang sains dan teknologi bagi mendapatkan cara-cara penggunan bidang sains dan teknologi dalam kehidupan seharian
5. Sumbangan
Sumbangan saya terhadap pengajian ini ialah saya berharap dapat membantu dalam pembangunan bidang sains dan tkenologi dalam pelbagai sektor. Selain itu, saya berharap dapat menemukan ilmu sains dan teknologi bagi membantu dan menyumbang kepada masyarakat mahupun dunia. Saya juga berharap dapat mengimarakan semangat masyarakat muda untuk lebih bersemangat bagi membantu dalam pembangunan sains dan teknologi