SUKAN SEKOLAH KOMPUTERAN 2020 (SUSKOM’20)

Maklumat Program

Tarik Program  1/3/2020 - 7/3/2020
Tempat  Tempat setiap permainan berbeza di sekitar UTM
Anjuran  Persatuan Mahasiswa Sains Komputer (PERSAKA)

Jawatan / Peranan dalam Aktiviti

Jawatan disandang : Ketua Unit Aktiviti

Atribut Siswazah

Ini adalah antara atribut yang berkaitan dengan aktiviti ini:

  • Kemahiran Berkomunikasi
  • Kemahiran Kepimpinan dan Berpasukan
  • Kebolehsesuaian

Laporan Mini

Pada 1 Mac 2020, Persatuan Mahasiswa Sains Komputer (PERSAKA) telah memulakan program tahunannya iaitu Sukan Sekolah Sains Komputer(SUSKOM) 20'. Program ini telah di jalankan selama seminggu. Program ini terbuka kepada semua pelajar sekolah komputeran UTM. Ia bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan di kalangan pelajar komputeran. Tempat anjuran berbeza bergantung pada sukan yang dipertandingkan, dan PERSAKA telah mengadakan sebuah majlis penutup di Dewan Kejoara, N24A pada malam 7 Mac 2020.

 

Terdapat 3 jenis sukan dan permainan yang di jalankan iaitu sukan luar dan dalaman, E-sukan dan sukan tambahan. Sukan luar dan dalaman merangkumi sukan bola tampar, futsal, bola jaring, badminton. Manakala E-sukan yang dipertandingkan ialah PUBG, Mobile Legends, COD mobile dan DOTA2. Akhir sekolah sukan tambahan merangkumi Fun Run 3KM, tarik tali dan explorace.

 

Di dalam program ini, saya merupakan ketua unit aktiviti. Tugas-tugas dan tanggungjawab saya ialah untuk memastikan setiap sukan yang dipertandingkan mempunyai seorang urusetia yang bertanggungjawab ke atas sukan itu, menyediakan jadual aktiviti sepanjang minggu itu, membantu ahli unti aktiviti untuk menyediakan garis panduan bagi setiap sukan yang dipertandingkan dan untuk menyediakan jadual tugas bagi krew SUSKOM20 untuk bertugas di setiap sukan.

Refleksi Kendiri

SUSKOM20 telah banyak mengajar saya dalam kemahiran kepimpinan dan berpasukan. Saya bertanggungjawab atas 12 orang anak buah di dalam unit saya dan ini secara tidak langsung banyak mengajar saya untuk cara untuk menjadi ketua di dalam sebuah pasukan. Selain itu, SUSKOM telah banyak mengasah kemahiran berkomunikasi saya. Dalam penyediaan jadual aktiviti, saya banyak berkomunikasi bukan sahaja dalam unit, tetapi dengan unit lain bagi memastikan alatan dan tempat yang akan digunakan itu boleh digunakan.

 

Kekuatan saya terhadap aktiviti ini adalah kebolehsuaian saya dalam apa situasi. Terdapat banyak situasi dimana kami terpaksa ubah tarikh dan tempat permainan kerana terdapat pertembungan wakti dengan aktiviti/peperiksaan peserta dan sebagainya. Saya dapat berbincang dengan ahli unit saya bersama dengan ahli majlis tertinggi program bagi mengatasi masalah-masalah tersebut

 

Terdapat banyak cabaran yang dihadapi sepanjang program ini. Antaranya ialah masalah menarik pelajar untuk menyertai program ini. program ini banyak di ubah jadualnya bagi kesesuaian peserta. Cara untuk saya mengatasi masalah ini adalah dengan berbincang dan memberi cadangan lain bersama dengan ketua unit lain dan ahli majli tertinggi program.