MAJLIS PENGENALAN KELAB KOLEJ TUN DR ISMAIL 2019 (MAPEK'19)

Maklumat Program

Tarikh 17 September 2019
Tempat Dewan Sri Resak, KTDI, UTM
Pengajur JKM KTDI

Jawatan / Peranan dalam Aktiviti

Jawatan Disandang: PERSAKA membuka booth pameran

Atribut Siswazah

Ini adalah antara atribut yang berkaitan dengan aktiviti ini:

  • Kemahiran berdaya usaha

Laporan Mini

Pada 17 September 2019, Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tun Dr Ismail (JKM KTDI) telah mengadakan Majlis Perkenal Kelab 19'. Program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tahun 1 yang baru masuk ke Universiti Teknologi Malaysia mengenai kelab-kela yang terdapat di sekitar kolej Tun Dr Ismal (KTDI). Oleh kerana pelajar KTDI mempunyai sebilangan yang merupakan pelajar sekolah komputeran, mereka secara langsung adalah ahli PERSAKA dan disebab itu PERSAKA di beri peluang untuk membuka booth pameran.

 

Pada malam tersebut, setiap kelab diberi masa untuk bercakap dan mempromosikan diri sendiri kepada pelajar tahun 1. Selepas itu, diberi masa untuk pelajar pergi ke booth pameran untuk bertanya soalan dan sebagainya. PERSAKA telah memperkenalkan beberapa program yang bakal dilaksana sepanjang 2 sem iaitu sem 1 dan sem 2 sesi 2019/2020. Selain itu, PERSAKA juga mengadakan jualan jaket korporat dan lanyard rasmi sekolah komputeran.

 

Di dalam program ini, saya secara tidak langsung melibatkan diri dengan menyediakan dan menghiasa booth pameran PERSAKA. Terlebih dahulu, majlis tertinggi ahli PERSAKA telah mengadakan mesyuarat untuk pengisian MAPEK dan booth. Saya selaku setiausaha juga menyediakan slaid perbentangan untuk digunakan semasa waktu perbentangan yang diberikan kepada PERSAKA.

Refleksi Kendiri

MaPeK 19' telah banyak mengajar saya kemahiran berdaya usaha atau "enterprise skills". Program ini banyak memberi pendedahan kepada saya untuk cara mempromosi dan memperkenalkan diri kita dalam sesebuah organisasi kepada orang lain. Ia telah membukakan minda saya bahawa cara kita mempamerkan diri adalah penting untuk memnarik perhatian orang lain terhadap diri kita sendiri.

 

Kekuatan saya terhadap aktiviti ini ada kreativiti. Saya banyak membantu menghias booth pameran PERSAKA bersama-sama dengan ahli lain. Cadangan yang saya berikan untuk menggunakan monitor dan sebagainya. Boleh lihat gambar booth pameran di galeri.

 

Cabarann yang dihadapi semasa program adalah untuk merancang program ini. Walaupun ia adalah program jemputan dari JKM KTDI, tetapi semasa program ini, barisan PERSAKA baru sahaja dilantik dan kami baru memilih program yang hendak dilakukan. Oleh itu, kami banyak mengadakan mesyuarat untuk memastikan apa yang kami henda pamerkan dan sebagainya.