DIGITAL TECH VIRTUAL-PHYSICAL CAREER FAIR

Maklumat Program

Tarikh 27 November 2019
Tempat Dewan Kejora, N28A & MP1, N28A
Penganjur MDEC & SEEDS JOB FAIR

Jawatan / Peranan dalam Aktiviti

Jawatan Disandang: Krew / Helper

Atribut Siswazah

Ini adalah antara atribut yang berkaitan dengan aktiviti ini:

  • Kemahiran Berkomunikasi
  • Kebolehsesuaian

Laporan Mini

Pada 27 November 2019, Malaysian Digital Economy Coorperation dengan kerjasama Seeds Job Fair telah mengadakan program Premier Digital Tech Fair 2019. Program ini dilakukan di 3 univerisiti berbeza secara serentak iaitu Untiversiti Teknologi Mara (Uitm) di mana program ini sdilakukan secara fizikal, Universiti Tunku Abdul Rahman dan Universiti Teknologi Malaysia yang di lakukan secara atas talian. Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan pada para pelajar di setiap universiti tersebut tentang cara dan apa yang diperlukan untuk graduan mendapatkan kerja.

 

Terdapat dua aktiviti yang dilakukan serentak iaitu siaran langsung aktiviti yang dilakukan di UITM dan juga penemu bual untuk mendapatkan kerja secara atas talian untuk pelajar-pelajar yang akan melaksanakan latihan industri mereka. Terdapat banyak forum dan perbincangan yang di lakukan oleh kompani yang ternama seperti CIMB, AirAsia dan sebagainya.

 

Di dalam program ini, PERSAKA di minta untuk mengendalikan program ini di UTM. Saya telah menjadi pengiring untuk membantu pergerakkan para pelajar yang akan ditemu bual secara atas talian. Saya akan membantu dengan pergerakkan mereka sejak daftar di kaunter pendaftaran sehingga selesai setiap sesi temu bual tersebut.

Refleksi Kendiri

Premier Digital Tech Fair 2019 ini banyak mengajar saya kemahiran berkomunikasi. Oleh kerana program ini melibatkan 3 buah universiti serentak, saya telah mengadakan sesi menguji capaian dan sebagainya bersama-sama 2 lagi buah universiti. Selain itu, ia mengasahkan kebolehsesuaian dalam apa jua situasi. Disebabkan program ini dilakukan di atas talian secara keseluruhan, terdapat masa di mana capaian sambungan yang tidak beberapa elok. oleh itu saya terpaksa berfikiran secara pantas untuk menyeselesaikan masalah tersebut.

 

Kekuatan saya terhadap program ini adalah kebolehsuaian saya dalam apa situasi. Program ini merupakan program yang diberi pada PERSAKA pada saat akhir. Oleh itum segala persiapan dilakukan dalam sehari sebelum program dilaksanakan