BP Award Scout Scheme Extreme Paintball

Maklumat Program

Tarikh Program : 11 Oktober 2019

Tempat : Johor Outdoor Urban Paintball Arena

Anjuran : Kelanasiswa

Jawatan Disandang : Penyertaan

Atribut Siswazah: 

  1. Kemahiran Kepimpinan dan Berpasukan
  2. Kemahiran Berkomunikasi

Laporan

Pada tarikh 11 Oktober 2019, Persatuan Kelanasiswa telah mengadakan pertandingan paintball terbuka yang bertempat di Johor's Outdoor Urban Paintball Arena, UTM. Program ini bertujuan untuk memupuk minat pelajar terhadap sukan ekstrem sepeti paintball. Program ini bermula dari 11 pagi sehingga 5 petang. 

 

Sebelum aktiviti bermula, kami diberi taklimat oleh urusetia berkenaan aspek keselamatan dan cara permainan berlangsung. Selepas itu, kami dimaklumkan berkenaan alatan permainan, "safety helmet" dan vest. Perlawanan berlangsung bermula dari peringkat kumpulan kemudian ke peringkat separuh akhir dan seterusnya peringkat akhir. Walaupun kumpulan kami hanya beroleh saguhati, tetapi pengalaman yang dirasai amatlah berharga dan berjaya menanam minat kami dalam sukan paintball.

 

Di dalam program ini, saya secara langsung terlibat sebagai seorang peserta. Sebagai seorang peserta, saya mematuhi etika pemakaian bersukan yang diarahkan oleh pihak penganjur seperti berkasut sukan, berseluar trek dan berbaju sukan. Selain itu, mengikuti segala peraturan permainan dengan baik telah melancarkan pergerakan sepanjang program ini dilangsungkan.

Refleksi

Program paintball ini telah banyak mengasah kemahiran saya secara total.  Kemahiran saya dalam kepimpinan dan berpasukan diuji kerana aktiviti ini perlu bergantung kepada kerjasama antara ahli kumpulan yang lain. Sebagai ahli kumpulan, saya menyedari bahawa kerjasama adalah penting bagi membuahkan hasil yang baik. Biarpun hanya mendapat saguhati, kami berjaya menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dalam pertandingan ini.

 

Tambahan lagi, Kemahiran berkomunikasi saya diuji dalam berinteraksi bersama ahli pasukan. Mewujudkan kesefahaman yang jitu amat penting dalam kerja berkumpulan. Pendekatan yang terbaik adalah menghormati pandangan ahli kumpulan dan sentiasa memberi sokongan yang padu terhadap ahli kumpulan yang lain.

 

Antara cabaran yang saya hadapi adalah membentuk kesefahaman antara ahli pasukan. Hal ini kerana sukan ini adalah pertama kali dimainkan oleh kami semua. Oleh itu, kami menghadam peraturan permainan dengan baik dan berbincang secara rasional antara ahli pasukan agar permainan nanti dapat dimainkan dengan baik.