First Year Industrial Visit

Maklumat Program

Tarikh Program : 1 Oktober 2018

Tempat : Kuala Lumpur

Anjuran : SCSP1513 - Technology and Information System dengan kerjasama UTM

Jawatan Disandang : Penyertaan

Atribut Siswazah: 

  1. Kemahiran Berfikir Secara Kritis
  2. Kemahiran Berkomunikasi

Laporan

Pada tanggal 1 Oktober 2018, subjek SCSP1513 - Technology and Information System telah mengadakan lawatan industri ke dua buah syarikat di ibu kota iaitu ADAX dan CIMB. Lawatan ini telah diadakan bagi memberikan pendedahan kepada pelajar tahun satu sekolah komputeran terhadap perkembangan dan kemajuan sistem teknologi dan informasi. Kami tiba di Kuala Lumpur pada pukul 6 pagi dan kami memulakan lawatan kami di ADAX dahulu.

 

ASEAN Data Analytics eXchange (ADAX), bertempat di Bangsar South, Kuala Lumpur telah menjadi destinasi pertama dalam lawatan ini. Kami disambut baik oleh pihak ADAX dan kami diberi beberapa taklimat berkenaan dengan latar belakang ADAX. Pelbagai ilmu baru yang kami peroleh antaranya pengurusan "Big Data", pembangunan sistem dan juga peluang pekerjaan. Sesi kuiz juga dijalankan dimana terdapat hadiah yang menanti buat para peserta. Sesi soal jawab juga diadakan bagi pelajar untuk bertanya soalan kepada pihak ADAX.

 

Selepas itu, kami menuju ke destinasi seterusnya iaitu Menara CIMB. Kami juga disambut baik oleh pihak CIMB dan diberi taklimat oleh ahli-ahli mereka. Antara taklimat yang diberikan adalah berkenaan sejarah CIMB, sistem pengurusan kini dan juga peluang melibatkan diri bersama CIMB. Sesi soal jawab juga diadakan  kepada ahli-ahli panel CIMB.

 

Sebagai seorang peserta dalam program ini, saya melibatkan diri secara aktif dalam pelbagai sesi soal jawab dan kuiz. Saya sedar bahawa ilmu dan pengalaman itu perlu dicari dan diteroka dengan usaha sendiri. Selain itu, saya juga menjaga tingkah laku sepanjang lawatan kerana secara tidak langsung telah membawa imej UTM di mata luar.

Refleksi

Lawatan/Program ini telah banyak memberikan pendedahan kepada saya dalam pelbagai sudut. Kemahiran saya dalam berfikiran secara kritis sangatlah diuji ketika mendengar dan menghadam penerangan oleh ahli-ahli panel. Hal ini secara tidak langsung menambah sifat inkuiri saya dalam sesuatu perkara. Kemahiran ini juga diasah melalui sesi kuiz yang diadakan oleh pihak ADAX dan CIMB dimana ia melatih saya untuk berfikir di luar kotak dan sentiasa melihat sesuatu perkara itu dari pelbagai sudut. 

 

Di samping itu, Kemahiran Komunikasi saya berjaya dipupuk hasil daripada interaksi antara ahli panel dan juga rakan-rakan. Interaksi semasa bertanya soalan dan menjawab kuiz mengajar saya tentang pentingnya penyampaian mesej secara berkesan dari segi penjelasan isi dan pembawaan intipati.

 

Antara cabaran yang dialami sepanjang program ini adalah perasaan gugup kerana ini adalah lawatan pertama bagi saya bersama dengan syarikat-syarikat besar. Sebagai solusi, saya sentiasa mengingatkan diri saya bahawa peluang ini tidak datang dengan kerap dan ia perlu dimanfaatkan dengan sebaik mungkin agar dapat mengambil manfaat secara penuh dari program ini.