PEMIKIRAN SAINS DAN TEKNOLOGI REFLEKSI DAN PEMAHAMAN SHAH
PORTFOLIO 1
Bismillahirrahmanirrahim, pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr. Sulaiman yang sudi mengajar kami subjek pemikiran sains dan teknologi ini dan telah berkongsi pelbagai ilmu baharu yang bermanfaat ynag boleh kami ambil iktibar dan manfaatkan. Seterusnya, berdasarkan daripada kuliah yang dberikan oleh Dr.Sulaiman, apa yang saya dapat simpulkan adalah subjek ini berkaitan bagaimana manusia beradaptasi dan menjadi semakin inovatif terutama dari segi permikiran dan juga tingkah laku yang seterusnya menghasilkan pelbagai idea dan teknologi baharu. Dr. Sulaiman juga sering menerangkan bagaimana perkembangan dan kemajuan dari zaman dahulu atau klasik hinggalah masi kini. Di samping itu, fokus utama juga adalah berkaitan dengan ekosistem pemikiran saintifik yang merangkumi aspek perhubungan antara manusia dan agama, kepentingan sistem nilai dan etika serta peranan sains dalam kehidupan. Selain itu, kursus ini juga menerangkan anjakan paradigma, penyelesaian holistik terhadap isu-isu semasa, transformasi dan inovasi, falsafah sains dan teknologi . Jika dilihat lebih terperinci mengikut bab dan pecahan, bab 1 menerangkan bagaimana manusia itu beradaptasi dan bagaimama perkembangan dan cara pemikiran manusia itu sendiri, bab 2 pula berkaitan cara perkembangan ilmu terutama pada zaman pertengahan dan bab3 menerangkan ekosistem keilmuan islam. Pada bab 4 pula, kami mempelajari lebih terperinci berkaitan agama, pemikiran sains dan teknologi dan bab 5 berkaitan pemikran sains dan teknologi merentas sempadan.Kemudian, pada bab 6 kami diterangkan mengenai pemikiran saintifik saintis muslim, bab 7 mengenai perubahan paradigma pemikiran saintis barat dan bab 8 lebih khusus kepada pemodenanan sains dan teknologi. Bab 9 pula, isu beraitan revolusi industri dan kesannya terhadap kemanusian menjadi topik utama manakala pada bab 110 kami diterangka mengenai etiak dan nikai dalam pemikiran sains dan teknologi. Akhir sekali bab 11 membincangkan mengenai menginsankan sains dan teknologi.
Seterusnya, daripada kuliah dan pembelajaran yang di kongsi oleh Dr Sulaiman, pada pandangan saya ia amat relevan dengan industri saya di mana semakin berkembangnya teknologi, maka semakin mudah dan cepat urusan kehidupan manusia. Pada masa kini, perningkatan ilmu dan idea menyebabkan manusia menjadi semakin inovatif ditambah dengan era Revolusi 4.0 menyebabkan lebih banyak penemuan, idea baharu dan pelbagai teknologi dihasilkan. Teknologi ini juga turut memberi kesan dengan memudahkan urusan berkaitan harta tanah dan membantu kami menggunakan teknologi untuk kami memkasimakan keupayaan dan sasaran kami. Benar, jelas sekali perkembangan teknologi memberikan impak kepada pengurusan harta tanah itu sendiri apabila kita dapat memanfaatkan dengan sebainya.
Kemudian , merujuk kepada jangkaan manfaat, sudah tentu sekali banyak manfaat dan ilmu baharu yang kami perolehi. Kami sedar bahawa cara pemikiran itu amat penting untuk memenentukan tingkah laku manusia di samping pentingnya etika dan peribadi yang mulia dala diri seseorang individu terumata apabila melakukan sesuatu perbuatan mahupunn pkerjaan .Kami juga sedar bahawa ilmu itu sangat penting dan dengan ilmu sahajalah dapat mengubah nasib seseorang individu. Di samping itu, kami juga sedar bahawa usaha yang tidak mengenal erti putus asa dan kecintaan kepada ilmu perlualah dimiliki oleh setiap individu bagi membentuk masyarakat yang berpendidikan dan berkemampuan berkir dengan pantas dan cermat dalam menyelasaikan sesuatu permasalahan. Tidak lupa juga , bahawa dengan teknologi, urusan kehidupan manusia semakin mudah namun kita perlu memanfaatkan sebaiknya teknologi tersebut. Saintis Islam juga menjadi idola kami dan kami akan menjadikan mereka contoh untuk kami lebih berjaya.
Akhir sekali berkaitan komitmen dan sumbangan, tentu sekali Dr. Sulaiman amat cemerlang dan berjaya kerana telah berkongsi dengan kami pelbagai ilmu baharu dan kami mengucapkan ribuan terima kasih. Tidak lupa bahawa manusia zaman dahulu memberikan pelbagai sumbangan yang bermanfaat untuk kita dan menjadi contoh terhapap pelbagai lagi inovasi dan teknologi baharu. Akhir kata semoga teknologi ini terus dapat dikembangkan dan dimanfaatkan untuk kegunaan kita bersama.