KHAIRUL SHAH EPORTFOLIO 2 v.2

UICL 2302

PEMIKIRAN SAINS DAN TEKNOLOGI

 

Dr. Sulaiman Bin Kadikon

 

 

NAMA

NO. MATRIK

MUHAMAD KHAIRUL SHAH BIN KAMARUDIN

A18GH0042

 

DEFINISI SAINS DAN TEKNOLOGI

              Perkataan ‘sains’ berasal daripada bahasa Inggeris, iaitu science. Sains dari bahasa Latin ” scientia ” yang bermaksud pengetahuan manakala dalam bahasa Arab pula ialah Al-Ilm yang bererti tahu. Berdasarkan web new collegiate dictionary definisi dari sains adalah “pengetahuan yang diperoleh melalui pembelajaran dan pembuktian” atau “pengetahuan yang merangkumi suatu kebenaran umum dari hukum – hukum alam yang terjadi misalnya diperoleh dan dibuktikan melalui kaedah saintifik.

               Dari segi istilah, sains dalam hal ini merujuk kepada sebuah sistem untuk mendapatkan pengetahuan yang dengan menggunakan pengamatan dan eksperimen untuk menggambarkan dan menjelaskan fenomena – fenomena yang terjadi di alam. Selain itu, ilmu pengetahuan yang diperoleh melalui bukti yang merangkumi kebenaran hukum – hukum alam yang berlaku dan dapat diperoleh daripada kaedah saintifik. Secara umumnya sains ialah sebagai sebuah sistem untuk mendapatkan pengetahuan dengan menggunakan pengamatan dan eksperimen untuk menggambarkan dan menjelaskan fenomena-fenomena yang terjadi dengan sistematik tentang struktur dan perilaku dari segala fenomena yang ada di dunia ini. Sains dari aspek istilah ialah suatu ilmu yang dihasilkan secara cerapan (analisis dengan menggunakan pancaindera) dan fahaman ataupun huraian yang sistematik mengenai sesuatu kejadian tabii atau alam semula jadi yang berlaku melibatkan penggunaan intelek di samping kaedah yang dapat diukur. Sains Islam adalah berasakan wahyu dan akal penyelidikan dan penemuan yang menggunakan kaedah-kaedah tertentu yang tidak bercanggah dengan syarak. Antara contohnya ialah Sains Propaedeutik, Sains Syariah dan Sains Falsafah.

              Teknologi dari segi bahasa, perkataan technology berasal dari perkataan Greek (technología). (téchnē), yang bermaksud "seni, kemahiran, rekaan", dan (-logía), yang bermaksud "pembelajaran, kajian". Manakala dari segi istilah pula, teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan. Antaranya ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia.

              Teknologi dalam Islam ialah satu cabang ilmu praktikal untuk mencapai tujuan praktikal sebenar bertunjangkan tauhid kepada Allah SWT, seimbang antara satu sama lain yang terlaksana mengikut sistem etika islam yang mengutamakan keadilan dan dipertanggungjawabkan kepada manusia sebagai khalifah Allah SWT untuk menggunakan alam tabii dengan baik.

HUBUNGAN SAINS DAN TEKNOLOGI DENGAN MANUSIA MENGALAMI EVOLUSI

Wujud pandangan mengatakan bahawa perkembangan sains dan teknologi sejajardan serentak dengan penciptaan manusia. Perkembangan ini berlaku disebabkan penggarapan unsur intelektual dan naluri semula jadi ingin tahu manusia telahmeransangnya untuk mengenal serta mamahami sifat persekitarannya dan sebab-sebab penciptaannya. Oleh itu, evolusi setiap tamadun di muka bumi ini, bahkankemajuan kendiri manusia seluruhnya berdasarkan sains. Ianya berperanan luasdalam proses manusia mengumpulkan kekayaan, merebut lebih banyak sumberdan meluaskan wilayah.

 Fakta sejarah perkembangan sains dan teknologi telah membuktikan bahwa majoriti di kalangan ahli sejarah dan sains Barat serta sarjana Islam yangapologetik yakin dan percaya bahawa ahli sains masa kini bergantung kepadasumbangan ahli sains terdahulu. Ahli sains terdahulu terdiri daripada warga sains Greek dan Islam apabila mereka membina ilmu pengetahuan bagi kemajuanketamadunan. Pengenalan kepada sejarah sains oleh Sejarawan Barat telah cubamenyampaikan serba sedikit tentang kualiti dan kuantiti sumbangan Islam dalam bidang ilmu sains.

 Selain itu, penterjemahan buku-buku Arab ke bahasa Latin dan Roman daripada semua bentuk dan cabang pengajian sains giat dijalankan bagi pemantapan ilmusains dan teknologi Barat. Secara khususnya, Newton telah menjalankankajiannya berdasarkan hasil kerja Al-Haitham, Harvey pula menciplak ciptaan Ibn Nafis dan Kapler mengkaji penyelidikan al-Battani, Al-Biruni serta ahliAstronomi Islam yang lain. Namun, perlu difahami bahawa saintis Islam yangcemerlang tersebut telah melakukan gerak kerja dalam kerangka kefahaman danamalan yang tersendiri. Epistemologi dan pedagogi mereka adalah berbezadengan pengajian sains tajaan Barat, walau pun beberapa hasil kajian dan ciptaanmereka menjadi asas peningkatan dan pemodenan sains Barat.

                  Kajian sejarah sains dan teknologi di zaman tamadun awal sehingga zaman modenmenunjukkan bahawa setiap tamadun dunia telah memberikan sumbanganterhadap perkembangan sains. Carta sejarah perkembangan sains dan teknologiyang dikemukakan oleh Poh Swee Hiang menunjukkan dengan jelas aliran perkembangan sains dan teknologi dalam sejarah ketamadunan manusia.

 Bermula sejak tahun 3500 sebelum masihi dikenali zaman tamadun awal wujuddalam sistem kerajaan iaitu Babylon dan Mesir Purba. Pada tahun 1000 sebelummasihi wujud sains dan teknologi dalam tamadun Yunani, India dan Cina yangdiklasifikasikan sebagai tamadun klasik. Zaman tamadun moden pula terdiridaripada tiga zaman iaitu Islam, Eropah Renaisans dan Eropah Moden pada tahun500 masihi. Kronologi sejarah perkembangan sains dan teknologi dalam tamadun manusia turut direkodkan oleh George Sarton dalam karya agungnya  History Of Science  sebanyak lima jilid. Beliau telah membahagikan sejarah perkembangan ini kepada empat zaman utama secara umumnya. Peringkat-peringkat perkembangan tersebutantaranya ialah:

  1. Tahun 450SM-500M dikatakan sebagai zaman Plato (TamadunYunani)
  2. Tahun 600M-700M, disifatkan sebagai keunggulan tamadunCina
  3. Tahun750M-1100M merupakan zaman kegemilangan sains dan teknologi Muslim.
  4. Selepas tahun 1100M pula dianggap zaman kecemerlangan sains dan teknologi Barat.

 

                Selain itu, sejarah telah mencatatkan tentang zaman kegemilangan tamadun Islam,masyarakat Islam sendiri telah membina satu tradisi sains dan teknologi yangtelah mendorong kelahiran dan pertumbuhan sains dan teknologi moden diEropah. Sains dan teknologi Islam telah mencapai kejayan yang cemerlang dalamsemua bidang sains, daripada astronomi, sains dan hayat dan ilmu senibina padazaman perkembangan Islam dalam tempoh lebih kurang antara abad ke-7 Masihihingga ke-16 Masihi.

Kenyatan yang sama turut dikongsi dan diakui oleh Barat tentang peranan yangdimainkan oleh tamadun Islam dalam memperkenalkan sainsnya kepada Eropahiaitu melalui institusi- institusi pendidikan di Andalusia pada abad ke-13 Masihi.Situasi dan realiti ini diulas oleh Draper iaitu seorang sarjana Barat, ulasan beliautentang sejarah pembangunan intelektual Eropah ini telah direkodkan oleh AbdulWahab seperti berikut:

Hampir lapan ratus tahun di bawah pemerintahan umat Islam, Islam Sepanyol menjadi teladan kepada Eropah. Sebagai sebuah negara yang bertamadun tinggidan berilmu, kemajuan dalam bidang seni, sastera dan sains dan teknologi diSepanyol tidak ada tandingan di seluruh Eropah. Penuntut-penuntut datang dari Negeri Perancis, Jerman dan England untuk mendapatkan ilmu pengetahuan yangada di bandar-bandar orang Islam Sepanyol. Matematik, ilmu Falak, Sains danteknologi Hayat, Sejarah, Falsafah dan Undang-undang hanya boleh dikuasai olehSepanyol sahaja.Di sini jelas, kita lihat proses pemindahan sains dan teknologi daripadaketamadunan Islam melalui pendidikan dan pengajiannya merupakan asetterpenting dalam perkembangan sains. Bidang pengajian sains dan teknologi dapatdistrukturkan secara berkesan kerana keduanya merupakan disiplin pengajian yang sistematik serta tidak dapat dinafikan bahawa peranan sains dan teknologidalam kehidupan manusia amat besar, malah ianya juga berfungsi dalammenentukan corak kehidupan manusia sejagat.

 Selain itu, apa yang dikekalkan dan dikembangkan oleh ahli sains dan teknologiIslam dalam tempoh 500 tahun berikutnya menjadikan ianya pemangkin utamadalam kebangkitan semula dunia Barat pada abad selepasnya. Ini merupakan satu jasa besar Islam terhadap sains dan teknologi moden. Tamadun saintifik Barat moden hanya beberapa ratus usianya, tetapi banyak hasil yang telah dicapai terutamanya dalam 50 tahun kebelakangan ini benar-benar mengubah senario ini.Tamadun saintifik Barat telah mendahului hampir semua tamadun lain termasuktamadun Hindu, China dan Islam.

 Perkembangan sains dan teknologi Barat atau diistilahkan sebagai sains danteknologi moden berhubungkait dengan perkembangan tamadun Barat. Malah perkembangan tamadun Barat yang mencorakkan dunia hari ini sehinggamenjadikan keseluruhan epilognya seolah-olah sebuah dunia Barat yang besar (The Great Western World )begitu didorong oleh pembangunan sainsnya.Kejayaan tamadun Barat untuk mempersatukan sains dan teknologi seterusnyamemanfaatkannya dalam aktiviti ekonomi dan pembangunan sektor sosial, telahdilihat sebagai satu keajaiban yang diistilahkan oleh Ziauddin Sardar sebagaisentuhan Midas.

 Oleh itu kita harus sedar bahawa sains dan teknologi yang dikenali sebagai sainsdan teknologi moden bukan semata-mata hasil usaha saintis Barat atau Eropah.Hasil sains dan teknologi yang dipelajari hari ini merupakan pengumpulanmaklumat dan dapatan kajian daripada semua tamadun manusia yang telahmengambil masa lebih daripada lima ribu tahun dan sains dan teknologi Islam merupakan penyumbang terbesar dalam sejarah ketamadunannya.

 

HURAIAN VIDEO ANCIENT EGYPTIAN TECHNOLOGY AND SCIENCE HISTORY

           Berdasarkan video apa yang saya dapat simpulkan ialah terdapat banyak sumbangan kerajaan mesir purba terutama dari segi sains dan teknologi. Antaranya yang paling utama ialah sudah tentu Seni Bina-Piramid. Pembinaan piramid bermula daripada ilham Imhotep, iaitu saintis, ahli fizik, arkitek, dan penasihat penting kepada Firaun Djoser (3150 S.M.). Beliau memperkenalkan teknik pembinaan bangunan dengan menggunakan batu bata di samping merupakan pengamal ilmu perubatan dan pengarang buku sains dan sastera . Jasa Imhotep yang paling besar ialah pembinaan piramid Sakkara. Piramid Sakkara ini merupakan piramid yang tertua dan binaan batu yang pertama di dunia. Piramid ini dibina untuk Firaun Djoser, iaitu firaun kedua pada dinasti ketiga

            Selain itu, masyarakat mesir purba juga mula memainkan peranan dalam penggunaan kertas. Mereka mencipta kertas daripada pokok papyrus yang banyak hidup di Lembah Nil. Hal ini membantu memudahkan penyimpanan maklumat dan segala dokumen serta maklumat kerajaan mahupun orang awam serta mengalakkan lebih banyak pengkajian dan kemajuan dalam bidang ilmu. Mereka juga mula meninggalkan kebergantungan pada kepingan batu bata untuk menyimpan segala khazanah bangsa . Dengan ini, wujud juga tulisan Hieroglif iaitu tulisan awal Mesir dan merupakan tulisan bergambar. Tulisan ini berkembang ke tulisan hieratik, tulisan berangkai. Pada tahun 700 S.M., tulisan hieratik ini berkembang ke tulisan demotik.

        Seterusnya, dari segi sistem perubatan, tamadun mesir purba mula melahirkan pengamal perubatan (mendapat status yang tinggi, berkhidmat untuk firaun dan juga masyarakat) . Antara penemuan yang terkenal ialah cara memumiakan mayat agar dapat tahan lebih lama.Tahap keilmuan dan kemahiran terutamanya dalam bidang fizik, kimia, perubatan, dan pembedahan juga turut meningkat. Sebagi bukti, wujud buku serta catatan tentang perubatan ini telah ditemui di dalam makam Firaun Khufu dan catatan tentang perubatan yang tertua yang telah ditemui adalah pada tahun 1600 S.M. yang telah disalin beberapa kali oleh para jurutulis diraja sejak zaman berzaman.

                   Antara teknologi yang mengkagumkan juga ialah pengawalan aliran air Sungai Nil diimana mu matematik seperti algebra, geometri, dan astronomi digunakan untuk mengawal banjir. Mereka juga mencipta sistem pengairan yang telah menukarkan kawasan padang pasir menjadi kawasan tanah pertanian. Contohnya, semasa pemerintahan Firaun Senuusret III, beliau telah membina sebuah tembok pengairan sepanjang 123 kilometer bagi menebus guna kawasan padang pasir dan membina terusan untuk mengairkan tanah seluas 10 000 hektar Manakala,dari segi ilmu astronomi dan matematik, mereka memperkenalkan sistem kalendar 365 hari berdasarkan 12 bulan dalam setahun    Ini semua adalah contoh kemajuan dari segi saian dan teknolgi dalam tamadun Mesir Purba dan Sumbangan mereka kepada masyarakat dan dunia,

 

Terima kasih Dr Sulaiman.