Refleksi Seminar
SEKOLAH PENDIDIKAN,
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
SPPE 2622 - 03
REKA BENTUK INDUSTRI
|
TAJUK LAPORAN |
REFLEKSI SEMINAR |
|
NAMA PELAJAR |
MUHAMAD HAFIZUDDIN BIN MISDI
|
|
NO. MATRIK |
A17PP0039 |
|
NAMA PENSYARAH |
PROF MADYA DR. AMIRMUDIN BIN UDIN |
REFLEKSI SEMINAR
BAHAN DAN REKA BENTUK INDUSTRI
A) Apa Yang Telah Saya Pelajari Dari Video Klip Ini?
Saya telah memilih video Material Selection bagi topik bahan dan reka bentuk industri. Apa yang telah saya pelajari daripada video ini mengenai pemilihan bahan sebelum kerja penghasilan produk Pelbagai faktor perlu dititikberatkan dan diambil kira semasa pemilihan bahan produk contohnya seperti ketahanan, kewangan, jangka hayat, keselamatan dan keselesaan pengguna. Satu produk bukan sahaja menggunakan satu bahan sahaja tetapi pelbagai jenis bahan digunakan mengikut keperluan produk tersebut seperti kereta. Seperti didalam video klip tersebut telah menunjukkan penggunaan dua jenis kaca digunakan pada cermin hadapan di mana cermin itu mampu melindungi dan memberi penglihatan yang jelas kepada pemandu kereta tersebut. Gabungan kedua jenis kaca tersebut mampu menaikkan lagi nilai inovasi dalam penggunaan produk masa kini. Video tersebut juga mengatakan bahawa setiap produk akan berubah dari semasa ke semasa mengikut arus permodenan disamping mementingkan keperluan masa kini. Bahan yang ada pada masa kini, kebanyakannya terdiri dari pelbagai bahan campuran yang mampu menambahkan fungsi bagi sesuatu bahan seperti ketahanan, keselamatan dan jangka hayat bahan tersebut.
B) Mengapa Pembelajaran Tentang Topik Ini Penting?
Pembelajaran mengenai pemilihan bahan ini sangat penting bagi pengeluar mahupun pengguna. Untuk pengeluar, kebiasaannya faktor utama bagi pemilihan bahan adalah dari segi kewangan selain daripada ketahanan,jangka hayat dan keselamatan produk. Akan tetapi faktor yang lain juga perlu diambil beratkan supaya pengguna dapat menggunakan produk tersebut dengan jangka masa yang lama dan selamat. Contoh seperti didalam video, penggunaan dua kaca bagi cermin hadapan berfungsi sebagai pelindung kepada pemandu. Jika pengeluar hanya menggunakan satu jenis bahan sahaja, cermin tersebut akan mudah pecah walaupun terlanggar batu yang kecil secara tidak langsung membahayakan nyawa pengguna. Kesimpulannya, kepentingan dalam pemilihan bahan bukan sahaja mementingkan keselesaan dan keperluan kepada pengguna, tetapi apa yang penting ialah keselamatan pengguna.
C) Bagaimana Saya Akan Menggunakan Topik Ini Dalam Projek Saya?
Topik ini membuka mata saya dalam memilih bahan yang sesuai dalam menjayakan projek saya ini, bahan yang saya terfikir untuk gunakan sebelum ini adalah soft case untuk produk powercase yang saya usulkan dalam projek brief. Setelah melihat video klip ini, saya mengubah pemilihan bahan dari soft case ke hard case yang diperbuat hasil campuran aluminium dan plastik dan ditambah dengan bahan yang lain untuk menyokong ketahanan powercase tersebut seperti getah kerana bahan hard case sangat mudah pecah jika terjatuh dari tempat yang tinggi namun dapat memberikan perlindungan kepada telefon pintar pengguna.
- FAKTOR MANUSIA DAN ERGONOMIK
A) Apa Yang Telah Saya Pelajari Dari Video Klip Ini?
Perkara yang telah saya pelajari dalam video ini adalah definisi bagi ergonomik iaitu faktor keselesaan dan keselatan yang terdapat dalam satu produk.Contohnya seperti yang ditunjukkan dalam video klip tersebut, ketika melakukan kerja menukul dalam jangka masa yang panjang memberi kesan lenguh dan sakit pada pergelangan tangan akibat daripada daya hentakan yang kerap daripada kerja menukul. Pelbagai produk baru diperkenalkan untuk kerja menukul contoh pemegang tukul yang lembut dan mempunyai alur bagi tujuan keselesaan pada jari ketika hendak melakukan kerja menukul. Selain itu, produk moden untuk kerja menukul juga telah wujud dimana ia amat menekankan ciri ergonomik iaitu ‘nail gun’ . ‘Nail Gun’ merupakan alatan moden yang memberikan keselasaan kepada pengguna dimana tidak memerlukan tenaga dalam kerja mencantum bahan dan terdapat juga nail gun yang telah berfungsi sebagai wireless tool dimana ia hanya perlu dicas apabila bateri habis.
B) Mengapa Pembelajaran Tentang Topik Ini Penting?
Pembelajaran bagi topik ini penting kerana ciri-ciri ergonomik bukan sahaja menekankan aspek keselesaan sahaja malahan aspek keselematan. Produk yang tidak mementingkan aspek ergonomik mampu memberikan kesan yang buruk dalam jangka masa yang panjang. Setiap manusia mempunyai tenaga bagi mengangkat sesuatu barang yang berat tetapi bukan untuk jangka masa yang panjang. Ia boleh menyebabkan sakit pinggang yang teruk jika diamalkan selalu. Produk ergonomik yang telah dicipta bagi menyelesaikan masalah sakit belakang ini, adalah troli pengangkut barang dimana ia meringankan beban bagi seseorang pekerja untuk mengalihkan barang ke tempat yang lain. Contoh yang lain seperti tukul yang mana pemegang tukul diperbuat daripada kayu sahaja. Seperti yang telah saya perkatakan diatas, kerja menukul dalam jangka masa lama boleh mengakibatkan lenguh dan kecederaan sendi jika alatan menukul tidak mempunyai sifat ergonomik. Kesimpulannya, produk yang menekankan aspek ergonomik mampu mengelakkan pelbagai jenis kecederaan yang tidak sepatutnya berlaku kepada pengguna ketika menjalankan kerja seharian.
C) Bagaimana Saya Akan Menggunakan Topik Ini Dalam Projek Saya?
Topik ini telah membantu saya mengubah reka bentuk produk saya iaitu daripada casing telefon kepada powerbank yang boleh dilipatkan menjadikan ia lebih mudah untuk dibawa kemana-mana kerana rekabentuknya yang kecil. Selain itu, ia juga bukan hanya untuk sestengah telefon pintar sahaja kerana kumpulan kami mengubah rekabentuknya untuk lebih mesra pengguna dimana ia boleh dipakai oleh setiap telefon pintar selagi saiz telefon diantara lima hingga lapan inci dan menggunakan tiga slot pengecasan yang biasa.
- PERLINDUNGAN HARTA INTELEK
A) Apa Yang Telah Saya Pelajari Dari Video Klip Ini?
Perkara yang telah saya pelajari daripada video klip ini ialah harta intelek terdapat dalam pelbagai perkara dalam kehidupan seharian kita bukan sahaja dalam industri seni. Reka cipta, logo, hasil seni, novel dan reka bentuk adalah harta intelek. Harta intelek terbahagi kepada enam komponen utama iaitu yang pertama ialah cap dagangan. Cap dagangan ialah tanda, logo atau nama bagi pengenalan barangan atau perkhidmatan, contohnya logo celcom, petronas dan adidas. Kedua ialah petunjuk geografi yang merupakan produk yang menggunakan nama tempat untuk merujuk kepada tempat asal barangan seperti lada hitam Sarawak, Sabah Tea dan keropok lekor Terengganu. Ketiga ialah paten dimana ia merupakan hak eksklusif bagi suatu rekacipta baharu untuk produk atau proses. Keempat ialah reka bentuk perindustrian dimana rekaan rupa bentuk luaran secara keseluruhan suatu barang atau produk. Kelima ialah hak cipta yang merupakan hak eksklusif yang diberikan bagi karya sastera, music, seni, filem, rakaman bunyi, penyiaran dan karya terbitan. Akhir sekali, Reka bentuk susun atur litar bersepadu yang merupakan susunan litar tiga dimensi litar bersepadu yang dicipta sendiri.
B) Mengapa Pembelajaran Tentang Topik Ini Penting?
Pembelajaran tentang topik ini sangat penting bagi pereka cipta yang penat lelah bertungkus lumus dalam mencipta satu produk atau hasil yang baru bagi melindungi hak karya mereka. Setiap produk berbentuk karya atau rekabentuk yang baru perlu didaftarkan harta intelek tersebut bagi mengelakkan peniruan yang menguntungkan orang lain. Penciplak atau peniru harta intelek orang lain boleh dikenakan tindakan undang-undang jika disabit kesalahan.
C) Bagaimana Saya Akan Menggunakan Topik Ini Dalam Projek Saya?
Dalam projek yang saya lakukan ini, lebih menekankan komponen utama harta intelek reka bentuk perindustrian atau paten. Produk yang saya modelkan ini, sewajarnya didaftarkan dalam harta intelek jika tidak mahu diciplak atau ditiru supaya jika peniruan berlaku, peniru boleh dikenakan tindakan yang sewajarnya mengikut undang-undang.