Webinar Kepenggunaan: "Tribunal Pengguna, Anda Dilindungi"

Maklumat Aktiviti

Tempat: FB Live Pengguna Siswa UTM

Anjuran: Kelab Gerakan Pengguna Siswa (GPS) UTM Johor Bahru

Jawatan Disandang: Setiausaha Program & Pembaca Doa

Tarikh Aktiviti
02/04/2021 - 09/04/2021 Hebahan Program Berlangsung
09/04/2021 Webinar Kepenggunaan oleh En. Jashua

Atribut Siswazah

Atribut Siswazah yang terlibat dalam aktiviti ini adalah:

  • Kemahiran Berfikir
  • Global Citizen
  • Kemahiran Berkomunikasi

Laporan Mini Aktiviti

Webinar Kepenggunaan: Tribunal Pengguna, Anda Dilindungi merupakan satu program perbincangan yang dianjurkan oleh Kelab Gerakan Pengguna Siswa (GPS) UTM Johor Bahru dengan menjemput seorang pakar dalam biadng tribunal pengguna iaitu Encik Jashua Mokhtar. Gerak kerja bagi program ini telah dimulakan pada 2 April 2021 sehingga hari kejadian program iaitu pada 9 April 2021. Tujuan utama program in dijalankan adalah untuk memberi kesedaran kepada pelajar Universiti Teknologi Malaysia khususnya ahli kelab GPS tentang cara untuk menjadi pengguna yang bijak setersunya menyokong kempen Beli Barangan Buatan Malaysia yang dianjurkan oleh Kementerian Perdangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia. Program ini telah berjalan selama satu jam bermula pada 10 pagi sehingga 11 pagi di FB Live Pengguna Siswa UTM JB. Saya telah menyertai pertandingan ini kerana saya juga ingin memperlajari tentang cara yang betul untuk saya tuntut hak saya sebagai pengguna sekiranya perlu. Selain itu, saya juga menyertai program ini sebagai setiausaha kerana saya ingin meluaskan lagi kemahiran saya dalam menghasilkan laporan aktiviti untuk dihantar ke UTM ACAD.

Intisari bagi program ini mementingkan kepada tentang kesedaran yang sepatutnya ada pada setiap pengguna dalam membeli barang dan mendapatkan hak mereka sebagai pengguna. Salah satu isi yang telah disampakan oleh Encik Jashua ialah tentang bagaimana para pelajar yang juga merupakan golongan pengguna boleh melakukan aduan dan menuntut hak mereka sebagai pengguna sekiranya ia didapati dicabuli. Atribut siswazah yang saya dapati daripada menyertai program ini adalah kemahiran berfikir, global citizen dan juga kemahiran berkomunikasi.

Saya merupakan setiausaha bagi program perbincangan ini. Selaku setiausaha, saya bertnaggungjawab dalam menghubungi pihak Tribunal KPDNHEP untuk sentiasa memberi maklum balas dan informasi yang baru sekiranya ada. Selain itu, saya juga bertanggungjawab untuk sentiasa memantau kerja-kerja pensuratan yang perlu dilakukan sebelum dan selepas program dilaksanakan. Saya juga merupakan ahli yang bertanggungjawab dalam memastikan perjalanan program adalah lancar kerana saya bertanggungjawab dalam memaparkan slaid pembentangan sewaktu penceramah sedang memberikan maklumat kepada pendengar.

Refleksi Individu

Pada pandangan saya, program perbincangan Webinar Kepenggunaan ini banyak mengajar dalam tentang kemahiran berfikir yang betul. Secara tidak sedar, sebenarnya ada sahaja platform atau medium yang disediakan oleh kerajaan untuk para pengguna sekirannya hak mereka dicabuli. Kita hanya perlu sentiasa untuk berfikir dalam mencari solusi yang terbaik terhadap masalah yang kita hadapi. Tambahan lagi, dalam situasi sekarang di mana lebih ramai orang yang gemar mencari kesempatan atas kesempitan orang lain. Para pengguna tidak perlulah panik dan sentiasa berfikir untuk membanteras perkara tersebut dengan bantuan yang disediakan. Selain itu, global citizen yang boleh diulaskan daripada program yang dianjurkan ini apabila ianya mengajar para pendengar untuk menjadi pengguna yang bijak dan sentiasa menyokong barangna buatan Malaysia yang tidaklah kurang kualitinya berbanding barangan dari negara lain. 

Kekuatan diri yang dapat saya ulaskan daripada program ini ialah kemahiran berkomunikasi yang kami ada. Saya merupakan seorang pelajar yang acapkali tidak tahu bagaimana untuk emnyuarakan pendapat saya. Melalui program ini, para ahli jawatankuasa yang lain sangat membantu dalam mengeluarkan pandangan saya sehingga saya telah dipuji kerana mampu untuk mengutarakan pendapat saya dengan baik. Bagi saya, menyertai program ini telah mengajar saya untuk lebih berani dalam berkomunikasi khususnya dalam memberikan pendapat.

Cabaran yang saya hadapi daripada program ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu sebelum dan sewaktu program dijalankan. Sebelum program, akibat daripada kekangan yang ada dalam jadual kelab, kami terpaksa untuk menunda aktiviti ini. Penyelesaian yang telah dijalankan oleh saya dan majlis tertinggi program ialah kami telah melakukan perbincangan bersama semua ahli jawatankuasa untuk mencari tarikh yang sesuai bagi melaksanakan program ini. Sewaktu program, terdapat seorang ahli jawatankuasa yang tidak dapat hadirkan diri kerana kecemasan yang dilalui. Kerja yang perlu dilakukan amatlah penting kerana ia boleh menyebabkan program tergendala. Saya telah menawarkan diri untuk melakukan kerja tersebut. Program telah berjalan dengan selamat dan lancar.