Speed Typing Competition

Maklumat Aktiviti

Tempat: Telegram & Laman Sesawang 10FastFingers.com

Anjuran: Persatuan Sains Komputer (PERSAKA) UTM Johor Bahru

Jawatan Disandang: Penolong Pengarah Program

Tarikh Aktiviti
05/03/2021 - 01/06/2021 Hebahan Pertandingan Bermula
01/06/2021 (2:00 p.m - 5:00 p.m) Pertandingan Speed Typing Competition

Atribut Siswazah

Atribut Siswazah yang terlibat dalam aktiviti ini adalah:

  • Kemahiran Berfikir
  • Kebolehsesuaian

Laporan Mini Aktiviti

PERSAKA Speed Typing Competition merupakan satu pertandingan yang dianjurkan oleh Kelab Persatuan Sains Komputer (PERSAKA) UTM Johor Bahru buat pertama kalinya sejak penubuhan kelab tersebut. Tujuan utama program ini dijalankan adalah bagi memperkasakan kemahiran para pelajar khususnya para pelajar sains komputer dalam menaip menggunakan papan kekunci mereka. Selain itu, program ini juga dijalankan sebagai salah satu inisiatif hiburan memandangkan keadaan online learning yang sedang dihadapi oleh pelajar semakin sukar dihadapi. Ianya telah mula dihebahkan kepada para pelajar  bermula 30 Mei 2021 dan pertandingan bermula pada 1 Jun 2021 sekitar jam 2.00 petang sehingga 5.00 petang. Saya menyertai aktiviti ini kerana saya ingin mencabar kemahiran menaip yang saya ada seterusnya berusaha memperbaikinya.

Program ini telah disertai oleh lebih daripada 100 orang pelajar UTM yang datangnya daripada semua fakulti dan program. Sepanjang aktiviti dijalankan, kami telah menerima berbagai maklum balas yang positif daripada para peserta menyatakan bahawa program ini telah berjaya membuat mereka untuk melupakan sebentar tekanan yang dihadapi menandakan bahawa kami telah berjaya mencapai objektif yang diingini. 

Jawatan saya dalam program ini ialah Timbalan Pengarah di mana saya perlu sentiasa mengawal kerja-kerja ahli jawatankuasa yang dipertanggungjawabkan di bawah jagaan saya. Selain itu, saya juga merupakan seorang yang perlu melakukan tugas pengarah sekiranya beliau sibuk atau tidak dapat dihubungi. Sebagai contoh, bagi urusan copywriting, sewaktu memerlukan pengesahan, pengarah telah menyerahkan tugasan tersebut kepada saya sebelum boleh disebarkan kepada para pelajar. Program telah berjalan dengan lancar pada hari berkenaan. 

 

Refleksi Individu

Program ini telah mengajar saya tentang kepentingan kemahiran berfikir bagi menyelesaikan tugasan yang diberi. Melalui program ini, 10 pemenang akan dipilih daripada senarai peserta yang mempunyai markah words per minute (WPM) yang paling banyak. Para peserta telah datang dengan perlbagai cara untuk melakukan aktiviti tersebut. Sebagai contoh, terdapat peserta yang telah mencetak seluruh perenggan perkataan untuk digunakan sebagai rujukan sebelum memulakannya. Selain itu, saya juga belajar tentang kebolehsesuaian yang sebenarn terhadap perkara yang dilakukan berulang kali. Selepas mencuba aktiviti ini berulang kali, saya mendapati bahawa markah saya semakin bertambah baik. Hal ini telah menyedarkan saya akan kebolehsesuaian yang dihadapi ketika melakukan aktiviti tersebut berulang kali. 

Kekuatan yang saya hadapi ketika program ini adalah pengalawan sifat bertimbang rasa yang ada dalam diri saya. Ketika memilih pemenang, saya merasakan bahawa semua peserta yang telah bertungkus-lumus adalah layak untuk menjadi pemenang. Akan tetapi, kami hanya boleh memilih 10 orang pemenang sahaja daripada keseluruhan peserta. Saya telah dapat mengawal perasaan tersebut atas dasar profesionalisme yang perlu ada dalam setiap penganjur pertandingan.

Cabaran yang saya hadapi daripada program ini adalah kesuntukan masa. Info tentang lantikan saya sebagai penolong pengarah tiba pada masa -masa akhir sebelum pertandingan dijalankan. Hal ini kerana notis penundaan program telah tergendala pada masa yang lama. Namun, cabaran ini berjaya dihadapi dengan segala pertolongan yang diberikan oleh semua ahli jawatankuasa. Akhirnya, program ini telah berjaya dijalankan.