Pertandingan Pidato Kepenggunaan Universiti-universiti Awam Malaysia Tahun 2021

Maklumat Aktiviti

Tempat: FB Live Gerakan Pengguna Siswa & Google Meet

Anjuran: Kelab Gerakan Pengguna Siswa (GPS) UTM Johor Bahru

Jawatan Disandang: Pengarah Program

Tarikh Aktiviti
05/03/2021 Taklimat Peserta Pertandingan Pidato
25/03/2021 Penilaian Peringkat Saringan
01/04/2021 Pertandingan Peringkat Akhir (5 Orang Finalis)

Atribut Siswazah

Atribut Siswazah yang terlibat dalam aktiviti ini adalah:

  • Kemahiran Berkomunikasi
  • Kesarjanaan
  • Kebolehsesuaian

Laporan Mini Aktiviti

Pertandingan Pidato Kepenggunaan Universiti-universiti Awam Malaysia Tahun 2021 telah dianjurkan oleh Kelab Gerkan Pengguna Siswa bermula pada Februrari 2021 sehingga 1 April 2021. Program ini telah berlangsung selama dua bulan. Tambahan lagi, program ini merupakan kerjasama antara Kelab GPS bersama Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM). Pihak MADUM bertanggungjawab dalam memberi khdimat nasihat tentang perjalanan program dan menghantar barisan juri profesional yang telah mengadili para peserta sewaktu program berlangsung. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk menyebarkan lagi ilmu pengetahuan tentang kepenggunaan kepada para peserta dan juga para hadirin yang hadir. Program ini telah melibatkan 15 universiti awam seluruh malaysia. 

Format pertandingan ini berlaku secara dua peringkat iaitu peringakt saringan dan peringkat akhir. Bagi peringkat saringan, para peserta yang telah mendaftarkan diri mereka perlulah membuat satu rakaman video menunjukkan mereka sedang berpidato dalam masa tujuh minit. Seterusnya, mereka perlulah menghantar rakaman video tersebut kepada Google Drive rasmi pihak penganjur untuk sesi penilaian. Selepas itu, pihak juri bagi peringkat saringan akan dikumpulkan ke dalam satu perbincangan virtual bagi memilih lima peserta terbaik untuk mara ke peringkat akhir yang telah dilaksanakan secara langsung di FB Live Gerakan Pengguna Siswa. Peringkat akhir pertandingan ini diadili oleh lima orang juri yang lain daripada peringkat saringan. Sejurus selepas diambil kira markah, keputusan pemenang telah diumumkan pada hari yang sama di FB Live tersebut.

Saya merupakan pengarah program bagi aktiviti ini. Tugas utama saya adalah memastikan agar perjalanan pertandingan berjalan dengan lancar dan teratur sebelum, sewaktu dan selepas tarikh yang dicadangkan. Saya juga bertanggungjawab untuk mengumpul data dan maklumat yang baru daripada ahli jawatankuasa program untuk diberikan kepada pihak MADUM dan juga juri agar mereka tidak terlepas akan sebarang perubahan terhadap perancangan yang berlaku. Akhir sekali, saya juga berperanan untuk sentiasa bersedia dengan plan b sekiranya terdapat kecemasan yang berlaku pada masa akhir.

Refleksi Individu

Pertandingan ini telah banyak mengajar saya dan 20 orang ahli jawatankuasa saya tentang kepentingan kemahiran berkomunikasi. Memandangkan ianya dianjurkan secara dalam talian akibat daripada pandemik yang melanda, segala proses dan perubahan perancangan terpaksa dilakukan dalam talian sahaja. Kemahiran kami berkomunikasi amatlah penting agar setiap ahli jawatankuasa tidak terlepas sebarang maklumat penting kerana hal ini boleh menyebabkan salah faham antara kami. Selain itu, pertandingan ini juga telah mengajar saya tentang kesarjanaan di mana para peserta sangatlah berpengetahuan akan topik dan tema yang diberikan. Melalui program ini, saya telah mempelajari beberapa perkara tentang kepenggunaan di Malaysia.

Kekuatan diri yang saya ada ketika melakukan program ini adalah kebolehsesuaian terhadap situasi baharu. Kami terpaksa mengubah tarikh berulang kali akibat daripada keadaan waktu kelab yang agak tidak mengizinkan untuk melakukan aktiviti ini. Saya telah melakukan perbincangan bersama ahli majlis tertinggi kelab GPS dan penasihat GPS untuk mengatasi masalah tersebut.

Sepanjang perancangan program berlaku, terdapat berbagai cabaran yang terpaksa kami hadapi. Antaranya adalah sebelum surat jemputan pertandingan pertandingan dikeluarkan, kami dikehendaki untuk mencari beberapa syarikat tajaan bagi mendapatkan sumbangan bagi program ini. Malangnya, sukar untuk kami menghubungi syarikat tersebut kerana pandemik Covid-19 yang sedang melanda negara. Solusi saya terhadap masalah ini ialah saya telah mencari maklumat syarikat-syarikat berkenaan dan menggunakan segala medium yang boleh seperti Facebook, Instagram dan panggilan telefon bagi menghubungi syarikat tersebut. Sebanyak 15 syarikat telah dihubungi bagi mendapatkan tajaan tersebut. Cabaran yang kedua ialah selaku pengarah program, saya telah dihubungi oleh salah seorang juri pada masa-masa akhir sebelum pertandingan live berlangsung bagi membatalkan slot juri beliau. Solusi yang telah saya lakukan ialah saya telah menghubungi pihak MADUM bagi menghantar seorang lagi juri yang baru. Tambahan lagi, saya juga telah menghubungi beberapa orang pakar dalam bidang bahasa daripada universiti-universiti awam di Malaysia bagi menggantikan juri tersebut. Seorang juri daripada UKM telah bersetuju untuk menggantikan beliau.