Pengaruh Industri Revolusi 4.0 Kepada Revolusi Pendidikan Malaysia

1.0 Pendahuluan

Perubahan dalam industri pendidikan telah banyak berlaku sejak revolusi industri pertama diperkenalkan. Dengan penemuan Artificial Intelligence (AI), robotik, Internet of Things, impak terhadap pekerjaan dan industri telah meningkat. Pada tahun sekitar 1780-an, pendidikan formal kurang diberi tekanan kerana kebanyakkan kumpulan masyarakat lebih mementingkan mempelajari cara berjual beli dan cara untuk menyara kehidupan mereka. Justeru, apabila revolusi kedua dibangkitkan, pekerja-pekerja mahir diperlukan terutamanya dalam tenaga kerja untuk meningkat sektor ekonomi. Oleh itu,  pendidikan telah bermula ditekankan dan telah memainkan peranan penting dalam tempoh ini. Pelajar-pelajar yang menghadiri sekolah tidak mempunyai apa-apa ilmu pengetahuan akan mata pelajaran yang diajar. Selama peralihan masa ini, guru telah memainkan peranan penting dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar dan menilai mereka mengenai mata pelajaran yang diajar. Ini memupuk kerangka disiplin kajian yang ketat, pendidikan dan ujian yang seragam. 

Sekian lama tahun meningkat, kemajuan teknologi telah berubah dengan sangat ketara terutama dalam industri pendidikan. Kaedah pengajaran telah bermula mengaplikasikan penggunaan teknologi di dalam kelas secara berperingkat. Demi selari dengan arus kemajuan ini, para guru dan pelajar amat ditekankan untuk meningkatkan penggunaan teknologi digital semasa pengajaran dan pembelajaran dengan lebih aktif. Hal ini kerana, akan ada banyak perubahan berlaku pada masa akan datang. Pada masa ini, teknologi telah memainkan pelbagai peranan penting dalam dunia pendidikan seperti memuat naik dan membuat penilaian dalam talian, menyimpan data dalam talian, pelbagai platform digital yang digunakan untuk berkomunikasi dengan pelajar untuk tujuan pengumuman atau penggunaan bahan dan banyak lagi.

2.0 Metodologi

Metodologi yang digunakan dalam penulisan ini ialah kaedah kualitatif iaitu berdasarkan dokumen analisis.

3.0 Cara Penyampaian 

3.1 Blended Learning

Sekitar tarikh 18 Mac 2020, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengumumkan pendekatan kaedah pembelajaran atas talian ekoran daripada situasi Covid-19 ketika itu yang mendesak. Blended learning atau pembelajaran teradun didefinisikan sebagai salah satu usaha pembelajaran yang menggabungkan mod pembelajaran tradisional iaitu secara bersemuka dengan teknologi atas talian yang bersesuaian dengan suatu pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran abad ke-21 atau PAK 21 menyebabkan Malaysia mengalami kemajuan yang dramatik dalam sejarah pendidikan di Malaysia apabila ia mula memberikan fokus kepada penglibatan teknologi dan pelajar secara 100%.  Matlamat utama pembelajaran teradun ini adalah untuk meningkatkan keupayaan pelajar dalam bidang sains dan teknologi disamping untuk memaksimumkan pengetahuan atau kefahaman pelajar berkenaan suatu teori, konsep dan sebagainya. Struktur pembelajaran teradun dapat dibahagikan kepada beberapa kategori antaranya

3.1.1 Teradun semuka / blended learning face-to-face

Kaedah ini merupakan kaedah yang paling dekat dengan konsep pembelajaran tradisional di mana guru perlu menggunakan kemudahan peranti yang bersesuaian seperti komputer, projector dan sebagainya dalam menyampaikan pengajaran.

3.1.2 Blended online class

Sebahagian besar pengajaran disampaikan secara atas talian dan hanya aktiviti terpilih sahaja yang memerlukan pembelajaran secara bersemuka seperti aktiviti makmal atau bengkel.

3.1.3 Flipped classroom

Konsep ini merupakan kaedah yang paling popular di kalangan warga pendidik di mana kuliah dijalankan secara atas talian dan masa dalam kelas digunakan untuk aktiviti-aktiviti kolaborasi seperti tugasan, projek, perbincangan dan sebagainya demi mengukuhkan kefahaman pelajar. Ia bertepatan dengan konsep pembatalan pendekatan.

3.1.4 Rotation model

Pelajar akan bergerak dari satu modaliti ke modaliti yang berlainan dan di antara modaliti itu, ia menggunakan pembelajaran secara atas talian. Contoh modal yang dimaksudkan ialah seperti lab rotation dan individual rotation.

3.1.5 Blended MOOC

Pembelajaran akan belajar melalui material sedia ada yang terdapat di Internet seperti di Youtube, dan lain-lain. Kemudian, pelajar dikehendaki untuk melakukan sebarang aktiviti sebagai pelengkap kepada pembelajaran sebentar tadi.

Akhir kata, Dasar e-Pembelajaran negara (DePAN) bertanggungjawab menjadi batu loncatan terhadap perkembangan penerapan teknologi dalam pendidikan meskipun penggunaan komputer peribadi pada awal tahun 1980-an menjadi faktor penyumbang kepada pembangunan pendidikan berteknologi di Malaysia.  Ia mula dikenalkan di institusi  pengajian tinggi (IPTA & IPTS). Perdana Menteri keempat iaitu Tun Dr Mahathir telah membentangkan Wawasan 2020 pada awal tahun di mana beliau telah menyeru rakyat Malaysia untuk kaya dengan ilmu sains dan teknologi agar dapat bersaing dengan negara maju. Sejajar dengan perkembangan dunia luar, kebanyakan institusi pendidikan di Malaysia telah beralih ke pembelajaran teradun. Universiti Tun Razak merupakan universiti pertama yang menerapkan e-pembelajaran secara total kemudian diikuti oleh Universiti Multimedia, Universiti Teknologi MARA dan sebagainya.

Walaupun majoriti institusi pendidikan di Malaysia telah mengimplementasikan pembelajaran atas talian sebagai salah satu kaedah penyampaian, statistik menunjukkan trend peningkatan ketersediaan pelajar dalam menghadapi e-pembelajaran lebih-lebih lagi ketika pandemik ini (Table 3) dengan keseluruhan min skor 2.32 logit (SD = 1.79) iaitu lebih tinggi dari kosong logit. Berdasarkan statistik di bawah, skil dalam teknologi memperolehi skor yang tertinggi iaitu M = 2.36, SD = 2.36 yang jelas menunjukkan bahawa pelajar zaman kini mempunyai literasi teknologi yang  tinggi. 

 

3.2 Flipped Classroom

Flipped Classroom merujuk kepada kaedah pengajaran yang memindahkan masa pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam kelas kepada PdP di luar waktu kuliah. Pandangan Baker, (2000) Flipped Classroom atau dikenali sebagai inverted classroom merupakan salah satu kaedah pembelajaran berpusatkan pelajar yang telah diperkenalkan pada tahun 2000 kepada pelajar universiti .Kaedah ini juga berdasar kepada pengaksesan internet dan teknologi. Ini kerana ia memerlukan tenaga pengajar menghantar video material pembelajaran kepada pelajar sebelum waktu kuliah dan pelajar perlu menganalisis dan mengamati material tersebut. Seterusnya, pembelajaran dan pemahaman lanjut seperti soal jawab akan dilakukan di dalam waktu kuliah yang telah ditetapkan. Tempoh ini memfokuskan kepada pengukuhan dan tutorial kepada pelajar secara individu. Ia menggalakkan pelajar supaya berinteraksi secara aktif dengan pengajar dan para pelajar lain. Flipped Classroom telah berkembang dengan pesat dengan wujudnya Khan Academy (Hilmi 2016). Menurut (Herreid, C. F., and Schiller, N. A. 2013, kaedah ini menggalakkan pelajar lebih berdikari dan berupaya bekerja secara individual.

Flipped Classroom dan teknologi bukan lagi perkara asing dalam Pendidikan. Ianya telah diperkenalkan kepada pelajar universiti pada tahun 2000. Menurut A.Rahman, A; Aris, B; Mohamed, H; Mohd Zaid, N dan Abdullah, Z (2014) menyatakan bahawa Herreid dan A.Schiller (2012) kaedah flipped classroom mula dilaksanakan di peringkat universiti dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik atau STEM (Herreid and Schiller, 2012; Hamdan et al., 2013. Kehadiran teknologi membolehkan pelajar mengoptimumkan masa pembelajaran di dalam kelas. Sejajar dengan pendedahan terhadap Revolusi Industri 4.0, integrasi nya di dalam sistem Pendidikan adalah sangat ditekankan supaya selaras dengan transformasi Pendidikan tinggi iaitu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025.

Dalam era pandemik 2021 ini, penggunaan teknologi adalah sangat meluas dalam sistem Pendidikan di Malaysia. Pelajar di segenap ceruk di “paksa” beradaptasi dengan teknologi yang semakin hari semakin berkembang pesat. Gajet seperti telefon pintar, laptop dan tablet pintar adalah rukun dalam kehidupan pelajar kini. Umum P&P kini adalah secara atas talian, namun Flipped Classroom masih boleh diaplikasikan bagi memastikan penghasilan pelajar yang berdikari adalah konsisten. Teknologi-teknologi yang dibawa oleh Revolusi Industri 4.0, memudahkan dan membolehkan pelajar meneruskan PdP secara atas talian.

3.3 Budaya Inovasi

Umumnya, kita telah mengharungi pelbagai cabaran dan langkah-langkah proaktif dalam pengembangan inovasi untuk keselesaan hidup masyarakat. Aspek inovasi dan kreativiti ini perlulah disemarakkan lagi untuk pembangunan asas pembentukan IQ kepada golongan muda-mudi. Maka dengan itu, wujudlah budaya inovasi sebagai pendorong kepada masyarakat untuk berpeluang berdaya saing dan mengasahkan lagi kreativiti mereka. Budaya inovasi ini perlulah diamalkan dalam pendidikan sekolah rendah sejak awal lagi. Pembudayaan sebegini mampu menarik minat murid-murid untuk sentiasa peka dan meletakkan arah tujuan yang lebih jitu. Saeidah, Noreen (2013, dipetik oleh Ahmad, Hassan & Ariffin, 2016) menyatakan bahawa para pelajar yang melibatkan diri dalam bidang kreativiti inovasi ini akan secara tidak langsung membawa kesan positif ke atas pencapaian akademik mereka. 

Pelbagai langkah yang telah diambil oleh para pendidik dalam meluaskan lagi pembudayaan inovasi dalam kalangan para pelajar. Sebagai contoh, pembudayaan inovasi telah lama diaktifkan oleh UniMap bagi mencorakkan kreativiti para pelajar secara menyeluruh. Kajian juga telah dilakukan terhadap pelajar-pelajar UniMap bagi pemerhatian tentang penglibatan dalam budaya inovasi, mengkaji kereaktifan pelajar, serta usaha-usaha pihak atasan dalam menjayakan budaya ini. Galakan daripada pihak universiti sangat membantu kerana terdapat peningkatan bilangan para pelajar  menjinakkan diri dalam budaya inovasi. Kendatipun, penglibatan mereka dalam inovasi tetaplah sejajar dengan penumpuan mereka dalam bidang kejuruteraan. Menurut Ahmad, Hassan & Ariffin (2016) institut UniMap sememangnya giat dan menggalakkan penuntut di universiti tersebut untuk melibatkan diri dalam program-program inovasi. UniMap turut menghantar pelajar untuk bertanding samaada di dalam mahupun di luar negara. Penglibatan para pelajar dalam pertandingan yang lebih tertumpu di persada antarabangsa kian menerus pada tahun 2012 dan 2013 (Ahmad, Hassan & Ariffin, 2016). Di samping itu, menurut pandangan Amabile, Pervai, Saeidah & Noreen (1996, 1998, 2013 dipetik oleh Ahmad, Hassan & Ariffin, 2016, p.35) galakan dalam melibatkan pelajar-pelajar dengan program inovasi antarabangsa atau dalam negara amat krusial sebagai batu loncatan untuk menyemarakkan lagi motivasi dalam bidang inovasi dan kreativiti. 

Selain itu, kajian juga telah mendapati bahawa tahap pencapaian para pelajar dalam aktiviti inovasi dan kreativiti telah memberi keputusan yang baik dan positif dalam kalangan pelajar di UniMap. Prestasi para pelajar di universiti telah menunjukkan peningkatan setiap tahun apabila mengikuti penyertaan berkaitan inovasi dan kreativiti (Ahmad, Hassan & Ariffin, 2016).  Sambutan yang memberangsangkan dalam kalangan mahasiswa dan siswi sekaligus meyakinkan negara untuk terlibat dalam perkembangan teknologi negara. Pemodenan arus teknologi ini perlulah menjadi sahutan buat para peneraju bagi sentiasa bersedia untuk perkembangan yang lebih pesat pada masa hadapan (Noorashid, n.d). Oleh itu,  budaya inovasi ini perlu dinormalisasikan agar lebih banyak lagi masyarakat yang mampu untuk menjadi lebih kreatif demi pembangunan negara.  

3.4 Kemahiran Abad 21

Pada zaman millenium ini, kemahiran abad ke-21 amat diperlukan oleh setiap pelajar untuk berdaya saing dalam proses pembelajaran. Kemahiran abad-21 merupakan kemahiran-kemahiran seperti berkomunikasi, kemahiran 3M iaitu membaca, mengira dan menulis, kemahiran sains dan teknologi, kemahiran interpersonal dan intrapersonal dan sebagainya. Seorang guru perlu menguasai pelbagai bidang, mengikuti perkembangan dasar dan isu pendidikan, mahir dalam pengajaran dan pembelajaran, menggunakan teknologi terkini dan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka sebagai tujuan pembentukan akhlak dan sahsiah yang baik. Kesemua perkara ini perlulah dikuasai oleh seorang guru untuk mencapai hasrat negara yang ingin membangunkan generasi yang mempunyai kemahiran abad-21.

Bagi mendepani cabaran Industri 4.0 dalam Era Pendidikan Negara,terutamanya dalam pendidikan tinggi, para pelajar seperti pelajar universiti mestilah keluar dari zon keselesaan mereka. Forum Ekonomi Dunia(WEF) telah menyatakan kepentingan penguasaan elemen 4c iaitu Critical Thinking & Problem Solving, Communication, Collaboration dan Creativity pada semua peringkat termasuk institusi tinggi. (Ahmad, A, 2017). Menurut Hamat, MF,& Nordin,M.K.N.C, (2012), Gradual yang bakal dilahirkan perlulah mempunyai kemahiran dalam berkomunikasi tidak kira secara verbal ataupun menulis. Mereka juga perlulah sentiasa berkeyakinan tinggi, mempunyai semangat kepimpinan, bijak dalam menyelesaikan masalah yang kompleks dan sentiasa kreatif dalam memanfaatkan semua peluang yang dimiliki oleh mereka. Hal ini menunjukkan bahawa tenaga pengajar mestilah mempersiapkan diri mereka dengan semua nilai nilai teras yang telah disenaraikan kerana mereka merupakan inspirasi kepada para pelajar. Para pendidik juga perlulah sentiasa bersedia untuk melakukan perubahan dan inovasi dalam pengajaran dan pelajaran mereka. Menurut Yunus, Y (2017), kerajaan Malaysia amat komited untuk membudayakan inovasi digital melalui Pelan Strategik ICT sektor Awam 2016-2020 dan Pelan Pendigitalan Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan melalui Teras Strategik Pendigitalan. Melalui pelan-pelan seperti ini, kemahiran abad ke-21 akan dapat diguna pakai tidak hanya di dalam kelas secara fizikal namun juga boleh digunakan ketika kelas di atas talian.

 

4.0 Storyboard Video

  • Pautan URL Video Kumpulan 5 

https://www.youtube.com/watch?v=YlXi2SDMsIw 

UHIT2302-20 Kumpulan 5 Storyboard.png

5.0 Hubungan Tiga Aspek 

5.1 Hubungan antara manusia dengan agama

  • Selaras dengan kemajuan teknologi di serata dunia. Tidak dapat disangkal lagi bahawa perkembangan sains kini telah sedikit banyak memberi impak terhadap hubungan antara manusia dan agama. Hubungan agama dengan manusia adalah perkara yang saling berhubungan, dan tidak sepatutnya dipisahkan. Namun begitu, pada masa kini, ilmu Sains diletak sebagai ilmu yang teguh oleh golongan para pakar hingga mengakibatkan mereka untuk menolak ajaran agama. Rentetan daripada itu, maka telah banyak kerosakan keseimbangan berlaku akibat kurangnya kawalan ilmu agama dalam perkembangan teknologi. Hal ini turut menyebabkan manusia untuk mudah terpesong daripada agama dan menyebabkan impak mendalam dalam institusi kemasyarakatan. Hubungan manusia dan agama amatlah perlu dititikberatkan agar perkembangan diri mampu berjalan dengan lancar. Agama merupakan pendorong dan penanda ke arah jalan yang luruh. Begitulah juga dengan perkembangan IR 4.0 dalam perkembangan pendidikan, agama juga perlu disentuh agar tidak lari daripada perkara yang boleh mendorong kepada pemesongan akidah dan kerosakan akal minda. Apabila hubungan manusia dan agama kekal sebagai panduan utama, maka akan lebih baik impak yang lahir dalam diri setiap insan. 

5.2 Kepentingan sistem nilai dan etika

  • Sistem nilai dan etika amat penting terutamanya dalam bidang pendidikan. Seiring dengan kemajuan teknologi yang dimiliki oleh kebanyakan manusia pada masa kini, Penerapan nilai dan etika di dalam diri seseorang juga amatlah penting untuk memastikan keberkesanan revolusi pendidikan di Malaysia. Hal ini kerana untuk menjadi bakal pendidik di negara ini, seseorang itu perlulah memastikan mereka telah bersedia bukan sahaja dari segi fizikal dan metal. Namun, mereka perlu juga bersedia dengan memastikan mereka telah menerapkan nilai-nilai yang baik dalam diri mereka agar pelajar dapat mencontohi segala tingkah laku dan perbuatan yang baik daripada guru mereka. Sebagai tenaga pengajar, seseorang itu perlu sentiasa bertanggungjawab dengan setiap tingkah laku mereka tidak kira dari sudut positif mahupun negatif. Hal ini kerana para pelajar akan sentiasa memerhatikan tingkah laku guru mereka dan sentiasa mengikut tindak tanduk guru mereka. Oleh sebab itu, para guru perlulah memastikan mereka telah menerapkan sistem nilai dan etika dalam diri mereka untuk memastikan revolusi pendidikan di Malaysia sentiasa ke depan seiring dengan revolusi 4.0.

5.3 Peranan sains dalam kehidupan

  • Manusia serta sains dan teknologi wujud seiring bagi menghasilkan kehidupan yang lebih berkualiti. Sejajar dengan revolusi dan inovasi sains yang semakin berkembang tanpa batasan, ia secara langsung mengubah cara kehidupan manusia. Dalam erti kata lainnya, kebanyakan inovasi yang terhasil dari perkembangan sains ini memberi pelbagai kemudahan kepada manusia. Antara sumbangan besar sains kepada bangsa manusia adalah memudahkan urusan komunikasi antara manusia. Sebagai contoh, kaedah flipped classroom yang memerlukan pelajar menelaah video pelajaran yang dihantar oleh guru dalam suatu jarak, mampu diperkenal dan di implikasi dalam sistem Pendidikan di Malaysia kerana berlaku peredaran kecanggihan dalam industri sains dan teknologi di negara ini. Kaedah ini memberi banyak kemudahan dan menyenangkan pelbagai pihak terutamanya pelajar dan guru di samping ianya didapati lebih efektif. Peranan sains ini juga dapat dilihat apabila pelajar yang menuntut pelajaran di negara lain dapat berkomunikasi dengan pensyarah dan belajar dengan mudah dengan wujudnya kajian sains yang kemudiannya menghasilkan inovasi teknologi. Oleh itu, sains mempunyai pengaruh yang sangat besar terhadap kelangsungan hidup manusia dan sewajarnya dipelihara dan di perkembangkan dari semasa ke semasa.

6.0 Perbincangan Ahli Kumpulan di Google Meet

7.0 Kesimpulan 

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, apa yang dapat disimpulkan ialah Malaysia perlu  menjadi lebih proaktif dan bergerak seiring dengan perkembangan modenisasi yang sedang pesat membangun dari segala aspek. Terdapat pelbagai kaedah yang boleh diwujudkan bagi menjadikan Malaysia berkembang selari dengan taraf pendidikan negara-negara maju seperti FIipped Classroom, Rotation Model dan sebagainya. Selari dengan industri revolusi 4.0 yang mendatangkan pelbagai faedah kepada Malaysia, begitu juga dengan revolusi pendidikan di Malaysia bagi melengkapkan setiap pelajar dengan skil-skil yang bersesuaian dengan harapan untuk mewujudkan individu yang serba boleh sekaligus dapat menyumbang ke arah pembangunan negara. Justeru itu, demi mencapai matlamat Wawasan 2020, setiap pihak perlulah memainkan peranan masing-masing bagi menjayakan hasrat yang sekian lama diidamkan ini untuk memacu kemajuan negara di persada antarabangsa dengan cara membawa masuk dan mengaplikasikan kaedah-kaedah yang lebih efektif dalam pendidikan di Malaysia seperti memastikan tenaga pengajar yang berkualiti serta silibus pendidikan yang tertumpu pada suatu bidang dengan lebih spesifik. Dari segi teknologi, sudah terbukti bahawa literasi teknologi di kalangan pelajar adalah pada tahap yang memuaskan meskipun begitu pihak kerajaan perlulah mengasahkannya lagi bagi mengelakkan ia menjadi suatu skil yang dibiar terbuang begitu sahaja. Sebagai kesannya, ia akan melahirkan suatu komuniti yang celik IT dan mudah beradaptasi dengan sebarang bentuk perubahan tanpa sebarang konflik atau kesusahan. Ia juga bertepatan dengan kemajuan masyarakat Abbasiyah yang digelar sebagai Zaman Keemasan Islam atas salah satu sebab integrasi teknologi dan pendidikan yang berjaya serta membuahkan hasil. Selain itu, taraf kehidupan masyarakat di Malaysia juga akan meningkat apabila mereka menjadikan teknologi sebagai sebahagian dalam kehidupan seharian mereka yang bakal memudahkan kerja dan mengurangkan tenaga. Sebagai kesimpulannya, jelaslah bahawa teknologi berupaya melahirkan masyarakat yang lebih bertamadun demi menuju ke arah globalisasi dan modenisasi.

Comments

    Authors

    Mohamad Haikal Bin Sadri

    Sara Irdina Binti Saliman

    Amirah Binti Mohd  Zakuan

    Durratul Ain Binti  Faisal

    Anith Raudhah Binti Abd Aziz

    Instructor

    Dr Zulkiflee Haron al-Jauhariyy

    References

    Ahmad, R. Hassan, H. & Ariffin, A. A. W. (2016). Pembudayaan Kreativiti Dan Inovasi Dalam Kalangan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi: Kajian Ke Atas Pelajar Universiti Malaysia Perlis. Journal of Holistic Student Development Vol. 1, No. 1 (2016).

    Allison R., Felicia D., and Rebecca V. F. (2003). Strategies For Building Blended Learning. Di akses pada 4 April 2021 daripada http://www.learningcircuits.org/2003/jul2003/rossett.html

    Comets Workshop. (2002). Active Learning – Comets Workshop. Di akses pada 4 April 2021 daripada http://www.rit.edu/~comets/ pages /workshops/activelearningwkshop.html

    Hussin, Z., Siraj, S., Darusalam, G. & Mohd. Salleh, N. H. (2013). Kajian Model Blended Learning Dalam Jurnal Terpilih: Satu Analisa Kandungan. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, Bil 1(2), 20– 31.

    Kaur, M. (2013). Blended Learning - Its Challenges and Future. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 93, 612–617. 

    Mahajan T. & Chaturdevi S. (2013). Impact study of blended learning on functional effectiveness factor of managerial effectiveness. Journal of Management Research, 13 (4): 209-218.

    Noorashid, N., 2019. Industri 4.0: Persediaan Tenaga Pengajar IPT. 3rd ed. [ebook] Pahang: Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial, Widad University College. Available at: <https://cammer18.weebly.com/uploads/1/1/6/6/116631271/paper_10.pdf> [Accessed 19 May 2021].

    1. Consolidating Education 4.0: New CEFR Aligned Curriculum Enhances Listening and Speaking Skill. [ebook] Malaysia: Kementerian Pendidikan Malaysia and Universiti Kebangsaan Malaysia, pp.422-430. Available at: <https://www.researchgate.net/publication/329466142_Consolidating_Education_40_New_CEFR_Aligned_Curriculum_Enhances_Listening_and_Speaking_Skill> [Accessed 19 May 2021].

    Noorashid, N. A. (n.d.). REVOLUSI INDUSTRI 4.0: IMPAK TERHADAP PERKEMBANGAN PENDIDIKAN TINGGI DI MALAYSIA . file:///C:/Users/User/Downloads/Journal_Vol5_Nov2019_04%20(2).pdf

     

    Creative Commons license