Pemagaran Kawasan Umum

by mazwani

Pemagaran kawasan umum ialah melindungi sesuatu kawasan bahaya dengan memasang dawai / rel dari dicerobohi. Satu kehendak perundangan telah digubal iaitu di bawah

  1. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan iaitu;-
  • Mewajibkan majikan mengadakan penyengaraan loji secara berkala dan sistem kerja yang selamat tanpa terdedah kepada risiko bahaya.
  • Membuat laporan kemalangan yang disebabkan penggunaan atau pengendalian, penanganan, penyimpanan dan pengangkutan loji dan.

 

  1. Ia juga mengikut kehendak perundangan iaitu di bawah Akta Kilang dan Jentera 1967
  • Peraturan-peraturan (Pemagaran Jentera & Keselamatan) Kilang dan Jentera 1970 yang memperuntukkan agar majikan memasang pagar bagi jentera dan alatan mesin yang berbahaya. Ini juga telah menetapkan jenis pembinaan pagar rel serta spesifikasi dan dimensi bagi pagar yang perlu dipasang.Ia memperuntukkan agar majikan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan mewajibkan pekerja menggunakan pagar tersebut bagi megelakkan sebarang pendedahan kepada risiko bahaya kepada diri mereka.
  • Peraturan-peraturan (Keselamatan Kesihatan & Kebajikan) Kilang dan Jentera 1970 yang menetapkan dimana kewajipan pemagaran ini berdasarkan wujudnya pembukaan lantai,lubang, serta saluran yang mendatangkan bahaya kepada pekerja.

Antara keperluan pemagaran ini adalah bagi mengelakkan kemalangan yang disebabkan oleh jatuh ke dalam lubang atau ke paras yang lebih rendah, ditimpa objek, dilangggar atau tersangkut pada objek yang bergerak, terdedah kepada bahan kimia semasa melalui kawasan terbabit.

Antara jenis pemagaran yang digunakan adalah jenis rel, skrin, jaring dawai dan penghadang pinggir. Pagar – pagar ini mestilah kukuh, tahan kepada keadaan persekitaran iaitu tidak reput dan mudah runtuh, rekabentuknya perlulah bersesuaian dengan keadaan sekitarnya. Ia juga memerlukan senggaraan minimum terutamanya kepada pagar yang terdedah kepada hujan,panas yang menyebabkannya mudah berkarat. Ia juga mestilah dapat memberikan perlindungan yang diperlukan kepada pekerja. Di samping itu, bahan binaanya mestilah tidak mendedahkan risiko bahaya kepada pekerjanya.