Keselamatan Kebakaran

by mazwani

 

Pencecgahan kebakaran adalah langkah awal yang mesti diambil bagi mengelakkan kebakaran dari berlaku dan juga sebagai langkah awal mengelakkan kebakaran daripada merebak sehingga menjadika tidak terkawal

Kategori Kebakaran dan Kejadian api

1.Asas kebakaran kimia

Kebakaran akan berlaku jika terdapat tiga unsur yang bergabung iaitu bahan untuk membantu nyalaan seperti kayu kertas dan minyak , udara untuk membekalkan oksigen  dan suhu atau haba yang tinggi untuk menghasilkan api atau nyalaan.

2.Cara memadam kebakaran

  • Melaparkan

Ia dilakukan dengan memindahkan api yang belum terbakar ke tempat lain. Selain itu , ia juga boleh dilakukan dengan memindahkan bahan api yang terbakar ke tempat lain atau memecahkan atau menghancurkan bahan api yang terbakar supaya mudah dipadamkan.

  • Melemaskan

Ia dilakukan dengan menghalang kemasukan udara dengan cara menutup permukaan bahan api yang terbakar supaya tidak dapat membantu kebakaran.

  • Menyejukkan

Sifat air yang mudah sejuk dapat mempercepatkan tindakan haba dengan menurunkan haba dan suhu kebakaran hingga ke tahap yang rendah.  Apabila suhu rendah maka nyalaan akan terpadam.

  • Memutuskan Rantai Tindakbalas

Iaitu dengan memutuskan rantaian kimia. Ia boleh dilakukan dengan menggunakan alat pemadam api permulaan seperti CO2 , BCF dan serbuk kering.

3. Punca kebakaran di bengkel

  • litar pintas
  • kerosakan peralatan elektrik
  • percikan api
  • bahan mudah bakar seperti thinner
  • kebocoran gas
  • kecuaian
  • lilin

4.Pengkelasan api

  • Kelas A-melibatkan pepejal seperti kayu, kertas, kapas dan lain
  • Kelas B- cecair seperti methanol, minyak, petrol
  • Kelas C-melibatkan gas seperti butana
  • Kelas D-Melibatkan logam seperti aluminium

5.Cara mengawal hazard kebakaran

  •  Mencegah kebakaran

-menghindar bahan luahan api ke api ke atmosfera

-menyingkir haba

-mengawal sumber haba

  • Perlindungan kebakaran (setelah kebakaran berlaku)

-penyingkiran haba

-menutup/ menghentikan bekalan api

-menutup/menghentikan bekalan oksigen

6. Rancangan keselamatan

-membuat kajian bahaya (HAZOP)

-membuat senarai semakan bahaya di tempat kerja

-melakukan indeks kekerapan kebakaran yang berlaku.

-melakukan indeks kebarangkalian pekerja terdedah kepada bahan kimia

7. Pengawalan hazard kebakaran.

  • pemilihan teknologi selamat dari segi jentera, peralatan, proses dan bahan yang digunakan.
  • mengadakan sistem pencegahan iaitu mengesan setiap hazard dan mangawasinya dari berlaku kemalangan
  • melatih pekerja mengendalikan peralatan,jentera dan mesin dengan selamat
  • membaiki peralatan, jentera dan mesin secara berkala
  • menyediakan alat pemadam api kebakaran
  • menyediakan pintu rintangan api
  • menyediakan pelan tindakan kecemasan dan memberi taklimat kepada pekerja laluan selamat semasa kebakaran dan tempat berkumpul semasa kebakaran
  • mengadakan sistem rawatan perubatan iaitu mempunyai peti pertolongan cemas yang dilengkapi dengan pelbagai ubatan.
  • mengadakan kerjasama dengan pihak luar seperti jabatan bomba dan penyelamat dan pihak hospital
  • melantik pegawai yang bertanggungjawab jika terdapat sebarang risiko bahaya yang berlaku dan mengendalikan setiap masalah yang berlaku.

 

 

 

 

 

 

 

Unsur Kebakaran

Api 1.JPG
Details

Alat pemadam api

Fire_Extinguishers.2.jpg
Details

Alat pemadam api

Download Alat Pemadam Api - YouTube.flv [1.73MB]
Details

Oil Spill Simulation

Details

Gambar Kebakaran Kilan Perindustrian Falim Ipoh

falimterbakar.jpeg
Details