Maksud Sains dan Teknologi
Sebelum menjelaskan maksud sains dan teknologi, kita harus tahu maksud “sains” dan “teknologi”. Sains merupakan satu cara memperoleh ilmu pengetahuan tentang suatu bidang pembelajaran secara sistematik. Pemerhatian dan eksperimen merupakan metodologi utama yang diguna-pakai dalam proses memperoleh ilmu pengetahuan. Teknologi pula boleh dimaksudkan dengan peralatan atau produk yang digunakan oleh manusia dalam menjalani dan menyelesaikan tugasan hariannya. Teknologi adalah hasil daripada sains dan aplikasinya dalam menghasilkan produk yang memudahkan penyelesaian sesuatu masalah tertentu. Secara keseluruhan mengabungkan kedua-dua istilah ini sains dan teknologi adalah pemahaman manusia terhadap dunia ini melalui cara yang sistematik dan transfomasi peralatan dan kemudahan dunia ini demi menghasilkan masyarakat yang lebih efektif dan produktif.
Gambar Pemandangan di Dwarka, India
Ulasan Dokumentasi
Dokumentasi yang saya pilih bertajuk “Hidden Ancient Technology - Secret Science of the Gods and Atlantis” yang dibuat oleh Amis Shah. Amis mempersoalkan bahawa kenapa dan bagaimanakah seni bina yang begitu tepat dan angguh dihasilkan pada zaman tersebut sedangkan dengan menggunakan teknologi zaman moden ia juga merupakan satu perkara yang mencabarkan. Amir juga mengunjung ke Dwarka, India untuk menjalankan penyelidikan yang lebih lanjut untuk mengetahui lebih banyak tentang adakah benar Kerajaan Dwarka pernah wujud dan merupakan tamadun manusia yang paling awal di dunia ini. Dokumentasi tersebut juga membincangkan bagaimanakah teknologi zaman tersebut wujud dan dihasilkan. Selepas menonton dokumentasi ini betul-betul mencungkil rasa ingin tahu saya tentang bagaimanakah orang tamadun awal menghasilkan teknologi serta seni bina yang tidak mungkin berbanding zaman moden. Tamadun awal dengan masa depan mungkin saling berkaitan. Inspirasi juga boleh diambil dari sains dan teknologi tamadun awal untuk mencipta teknologi zaman moden.
Hubungan Sains dan Teknologi Dengan Manusia Mengalami Evolusi
Evolusi sains dan teknologi dengan manusia selalu berlaku pada masa yang kritikal. Adaptasi manusia dengan persekitarannya memaksanya untuk berfikir secara kreatif dan inovatif dan melakukan evolusi untuk yang lebih baik dari sebelum ini. Dari penciptaan kertas dari pokok papyrus dan Wi-Fi semasa perang dunia kedua masa-masa kritikal ini banyak menyumbang kepada kemajuan sains dan teknologi pada zaman moden ini. Hasil sains dan teknologi khususnya Internet memberi impak yang besar kepada manusia. Aplikasi Internet oleh masyarakat mengubah cara manusia saling berkomunikasi, belajar dan memahami dunia ini.