e-Portfolio 1
Tanggapan pertama sebelum saya membelajari kursus adalah berdasarkan nama kursus ini iaitu Pemikiran Sains dan Teknologi. Nama kursus ini memberi tanggapan kepada saya bahawa ia adalah tentang pengenalan teknologi dan sains zaman moden dan aplikasinya etc. Namun, selepas membelajari kandungannya saya sedar bahawa kursus ini adalah tentang sejarah-sejarah sains dan teknologi serta tamadun zaman dahulu dan revolusinya. Kursus ini memberi peluang kepada kita untuk mengetahui beza sains dan teknologi zaman dulu dengan zaman moden dan sumbangan tokoh-tokoh zaman dahulu terhadap bidang sains dan teknologi. Kesenangan dan kemudahan sains dan teknologi kita menikmati kini merupakan hasil perjuangan tokoh-tokoh zaman tersebut.
Relevensi dengan bidang pengajian saya iaitu Sains Komputer adalah meningkatkan penghayatan saya terhadap sains dan teknologi yang kita miliki hari ini. Selaras dengan falsafah UTM iaitu Hukum Allah adalah dasar kepada sains dan teknologi, membelajari sejarah tentang sains dan teknologi memberi inspirasi kepada saya untuk terus berusaha secara menyeluruh dan bersepadu memperkembangkan kecemerlangan sains dan teknologi untuk kesejahteraan dan kemakmuran sejagat. Selain itu, adalah penting untuk kita sebagai pelajar bukan sahaja belajar tentang bidang pengajian diri kita sahaja, tetapi juga mengambil berat tentang benda dari aspek yang berlainan.
Jangkaan manfaat dari kursus ini adalah dapat mengaplikasikan ilmu pengetahuan yang diperoleh dari kursus ini dalam bidang pengajian saya serta dalam kehidupan seharian saya. Hal ini demikian selaras dengan misi UTM iaitu menjadi peneraju dalam pembangunan modal insan dan teknologi inovatif demi pengkayaan khazanah negara. Nilai-nilai seperti kerjasama kumpulan dan integrasi sesame kaum juga dapat dipupuk sewaktu kerja kursus.
Komitmen dan sumbangan saya terhadap kursus ini adalah menghadiri setiap sesi kuliah dan menyiapkan setiap tugasan yang diberi dengan sebaiknya. Perkongsian ilmu dan membantu rakan-rakan yang kurang faham dengan sukatan pelajaran akan diamalkan dan dilakukan sepanjang kursus ini sebagai komitmen dan sumbangan saya terhadap kursus ini.