UICL 2302-11 Refleksi Pemikiran Sains dan Teknologi
Lee Jia Ying A18SC0089
UICL 2302 (11) – PEMIKIRAN SAINS DAN TEKNOLOGI
Dr. HUSSIN BIN SALAMON
Kursus UICL 2302 ini telah memberi saya banyak pengajaran dan manfaat yang tidak terhingga selama pengajaran dan pembelajaran dalam semester ini. Kursus ini dapat mengembangkan ilmu serta merangsang minda pelajar-pelajar terutamanya dari segi pemikiran, penggunaan sains dan teknologi dan etika dan nilai dalam kehidupan masing-masing. Pelajar dapat mengenali pelbagai ilmu yang mengenai sumbangan tokoh-tokoh lama serta yang kini selain mendedahkan diri kepada sejarah yang bermakna. Dengan ini, pelajar berpotensi untuk menyumbang kepada perkembangan negara dan tidak mengulangi kesilapan dalam sejarah kita. Sistem inovasi negara kita dapat menuju ke arah kegemilangan yang berdaya saing di peringkat global sempena kerjasama dan sumbangan manusia yang diiringi kelestarian alam sekitar. Oleh itu, kursus ini mempunyai relevansi yang tinggi dengan bidang pengajian kita dan pelajar adalah dimanfaatkan. Dalam proses menyiapkan kerja-kerja yang diberikan, saya juga telah memberi komitmen yang sepenuhnya demi menyiapkan tugasan. Ahli-ahli kumpulan saya juga memberikan kerjasama dan kita berjaya menyelesaikan tugasan dalam masa yang tetap sepanjang semester ini.