I N T R O D U C T I O N
Kursus ini adalah untuk membincangkan mengenai kemajuan dan perkembangan Negara Malaysia dalam konteks pembangunan sosial, politik dan ekonomi. Perbincangan kursus ini merangkumi pelbagai disiplin ilmu sains sosial, yang meliputi ilmu sosiologi, sains politik, sejarah, hubungan antarabangsa dan isu-isu global. Kaedah penilaian kursus ini menggunakan kaedah berbentuk ujian, tugasan berkumpulan, pembentangan berkumpulan dan peperiksaan akhir yang menekankan aspek warga global dan kesarjanaan.
R E F L E C T I O N
Kursus ini telah menyedarkan saya betapa pentingnya untuk saya mengenali sejarah-sejarah Malaysia agar saya tidak lupa akan tanah air yang tercinta ini. Selain itu saya juga telah dikenalkan dengan pelbagai peristiwa-peristiwa yang menjadi sejarah yang selama ini saya kurang ambil peduli. Tambahan pula, kursus ini menjadikan saya lebih berdedikasi, bersemangat untuk menjadi rakyat yang cemerlang gemilang dan terbilang.