Lebah kelulut atau kelulut ialah lebah tidak bersengat yang menghasilkan madu sama seperti lebah madu. Dianggarkan hampir 500 spesis kelulut terdapat di seluruh dunia, antaranya Geniotrigona thoracica, Heterotrigona itama, Lepidotrigona terminata, Tetragonula laeviceps dan Tetrigona apicalis.Lebah kelulut boleh didapati di kebanyakan kawasan-kawasan tropika dunia, seperti Australia, Afrika, Asia tenggara, dan kawasan tropika Amerika.
- Madu kelulut dikatakan mempunyai pelbagai khasiat dan lebih tinggi khasiatnya jika dibandingkan dengan madu lebah.
- Kelulut menyimpan madu di dalam tempayan kecil yang dilapisi propolis. Madu kelulut tidak putih seperti yang didakwa.Rasanya masam sedikit berbanding madu lebah.
Madu kelulut dikatakan mempunyai pelbagai khasiat dan lebih tinggi khasiatnya jika dibandingkan dengan madu lebah. Kelulut menyimpan madu di dalam tempayan kecil yang dilapisi propolis. Madu kelulut tidak putih seperti yang didakwa.Rasanya masam sedikit berbanding madu lebah. Lebah ini penting sebagai agen pendebungaan di hutan-hutan dan kebanyakan spesis buah, bunga, sayur dan tanaman lain.
MADU kelulut antara madu yang kian popular dalam kalangan penggemar madu. Kandungan madu kelulut ini sangat tinggi dengan komposisi antiseptik, antimikrobial, anti kanser, anti radang, ejen penyembuhan luka dan pertahanan dari fungsi sel eritrosit.
Komposisi dalam madu kelulut telah terbukti lebih berkhasiat dari segi perubatan jika dibandingkan dengan jenis-jenis madu lain. Kelebihan pada madu kelulut inilah yang melonjak permintaan terhadapnya sehingga mempunyai nilai tinggi dan berpotensi dijadikan sumber perniagaan.
Malah harga madu kelulut boleh mencecah sehingga ke ratusan ringgit bergantung kepada tahap kualiti madu serta kaedah pemprosesannya. Biasanya lebah kelulut terdapat di negara beriklim tropika seperti Malaysia, Indonesia, Afrika, India, Brazil dan Amerika Selatan kerana lebah ini tidak mampu bertahan dalam cuaca terlalu panas atau terlalu sejuk.
Lebah kelulut juga mempunyai kelebihan untuk bertahan dalam udara yang mempunyai tahap kelembapan yang tinggi. Tanaman yang disukai lebah kelulut adalah dari pokok buah-buahan seperti rambutan, mangga, manggis, belimbing madu dan durian. Lebah kelulut juga amat menggemari pokok-pokok bunga seperti bunga air mata pengantin, bunga selasih, bunga markisa dan bunga biden.