UHIT 2302 - Tugasan Eportfolio 1
1. Kandungan Utama
Pada pandangan saya kursus Pemikiran Sains dan Teknologi ini akan memberi penerangan yang sangat jelas tentang sejarah pemikiran sains dan teknologi. Kursus ini juga akan menerangkan tentang perkembangan pemikiran sains dan teknologi serta hubungan antara pemikiran sains dan teknologi dengan agama.
2. Relevansi dengan bidang pengajian
Sebagai seorang pelajar dalam bidang komputer sains, tanggapan saya terhadap kursus ini adalah penting. Ini disebabkan ilmu-ilmu dalam komputer sains memerlukan cara pemikiran yang kritikal. Kursus ini akan dapat meluaskan fikiran pelajar dan menyelesaikan masalah secara kritikal.
3. Jangkaan Manfaat
Sepanjang kursus ini, saya akan mendapat pelbagai manfaat melalui aktiviti dalam kuliah. Saya akan dapat berfikir dengan lebih jauh dan mampu menguasai pemikiran secara kritikal. Selain itu juga, saya juga akan belajar bagaimana menjadi seorang insan yang memanfaatkan sains dan teknologi supaya dapat memberi sumbangan kepada masyarakat.
4. Komitmen dan Sumbangan
Dalam kursus ini, saya akan memberi kerjasama sepenuhnya dan memberi perhatian untuk menguasai ilmu-ilmu yang saya perolehi. Saya juga akan mengimplikasikan ilmu-ilmu tersebut supaya menjadi seorang insan yang dapat memberi sumbangan dalam pembangunan negara.