Tugasan Eportfolio 2
Maksud sains ialah pengajian sistematik tentang struktur dan sifat-sfiat fizikal alam dunia melalui kajian penyelidikan manakala teknologi bermaksud aplikais ilmu saintifik dalam sesuatu bentuk untuk tujuan tertentu.
Sejak dari tahun 1500, terdapat 5 kali evolusi sains dan teknologi telah berlaku. Pertama, kelahiran fizik moden. Ini memberi penjelasan kepada manusia tentang fenomena umum fizik. Kedua, revolusi enjin stim dan jentera. Ini telah menyebabkan kehidupan mekanikal. Ketiga, revolusi elektrik dan pengangkutan yang telah memberi kemudahan kepada kehidupan masyarakat. Keempat, revolusi teori relativit dan kuantum. Kelima, revolusi teori elektronik dan informasi. Kesannya, penciptaan computer dan internet berlaku. Evolusi keenam yang kini sedang berlaku ialah revolusi biologi dan regenerasi serta revolusi ketujuh iaitu revolusi fizik baru dan angkasa.
Dalam video https://www.youtube.com/watch?v=tuEZ3NMr3jk, para pengkaji memberi tumpuan terhadap ilmu sains dan teknologi yang dipegang oleh orang Mesir Purba pada zaman dahulu. Orang Mesir dipercayai mempunyai ilmu sains dan teknologi yang tinggi dan pengetahuan ini telah hilang setelah berates-ratus tahun. Orang Mesir zaman dahulu dipercayai mempunyai sumber elektrik sendiri. Hal ini demikian kerana para pengkaji telah menjumpai batteri Baghdad dan ini merupakan bukti orang Mesir telah menguasai ilmu bidang elektrik.Bangunan pyramid di Mesir Purba juga merupakan tumpuan kajian para penyelidik Para pennyelidiki mendapati bahawa lokaisi pembinaan piramid merupakan titik tengah bagi turun naik elekromagnet di kawasan tersebut. Ini telah menunjukkan ilmu geografi orang Mesir telah mencapai tahap yang tinggi. Bagi cara pembinaan piramid pula, orang Mesir dipercayai telah menggunakan teknologi yangmasih tidak dapat diterangkan melalui teori yang sedia ada pada zaman kini.