SPPE 1102 AMALI PROJEK BERKUMPULAN

Pengenalan Kepada Projek

     Kami pelajar dari kelas SPPQ telah menerima tugasan amali di mana kami dikehendaki membuat projek dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Kami diberi peluang untuk berfikir projek apa yang hendak dibina, menyediakan dan melakukan prosedur amali dan berbincang dengan pensyarah serta rakan-rakan. Kerja amali ini mendedahkan para pelajar tentang aktiviti tanggam yang telah dipelajari dan diaplikasikan di dalam projek yang ingin dicipta. Amali 5 ini memberi pengetahuan tentang pemilihan bahan untuk projek (kayu), alatan tangan, mesin dan kemasan.

         Tanggam adalah satu kaedah untuk membuat penyambungan dan pemasangan bahagian-bahagian yang diperbuat daripada kayu sebelum sesuatu bangunanataupun sesuatu projek tersebut siap dibina. Di dalam projek amali ini kami mengaplikasikan beberapa jenis tanggam iaitu :

  1. Tanggam rencongan biasa
  2. Tanggam bajang tunggal
  3. Tanggam lekap

 

b.jpg

 

b2.jpg

Langkah Kerja Menghasilkan Projek

  • Penandaan

    b17.jpg

Langkah pertama untuk memulakan kerja membuat pergola ini ialah membuat penandaan pada kayu untuk dipotong kepada beberapa bahagian. Bahagian yang terlibat ialah atap, tiang dan juga bahagian tempat meletakkan barang. Kayu tersebut dibahagikan dan dipotong mengikut ukuran yang telahh ditetapkan di dalam lukisan yang telah disertakan. Untuk langkah penandaan, kami menggunakan pensil kayu dan sesiku L serta pembaris keluli untuk mendapatkan ukuran yang tepat.

Seterusnya, kami menggunakan pita pengukur untuk mengukur dan memastikan ketepatan ukuran yang telah ditetapkan di dalam lukisan. Untuk langkah ini, semua kayu yang berkaitan akan diukur dan ditanda mengikut kesesuaian.

 

b18.jpg

b19.jpg

 

Selain itu, untuk penandaan bahagian tanggam pula dilakukan dengan berhati-hati untuk mendapatkan ukuran yang tepat. Tanggam yang terlibat ialah tanggan lekap bajang, tanggam lekap dan tanggam parit.

Untuk tanggam lekap bajang, kami melakukan penandaan bahagian putting dengan menggunakan skala 1:6. Seterusnya, membuat pembahagian tengah untuk mendapatkan bahagian putting yang tepat. Bahagian lubang pula, ditanda dan dibahagikan mengikut ketebalan bahagian puting.

Selain itu, untuk penandaan tanggam lekap pula dilakukan dengan bahagi bahagian putting kepada dua bahagian dengan menggunakan pensil kayu, sesiku L dan pembaris keluli.

Untuk tanggam parit pula, bahagian ini ditanda mengikut ketebalan kayu pada bahagian atap dengan menggunakan pensil kayu, pembaris keluli dan sesiku L.

Untuk bahagian penandaan terakhir ialah bahagian skirting. Bahagian ini untuk penandaan, pada hujung kayu kiri dan kanan ditanda secara 45 darjah kecondongan pada empat bahagian kayu. Proses penandaan ini mengambil masa dalam setengah jam untuk kesemua bahagian.

 

  • Pemotongan

b20.jpg

 

Langkah seterusnya bagi pemotongan ialah pemotongan kayu dengan menggunakan radial arm saw. Langkah ini dilakukan secara berulang kali untuk kesemua bahagian kayu. Proses ini mengambil masa secara berperingkat kerana ia merupakan proses ulangan bagi penyediaan pergola kami. Untuk pertama kali, pemotongan kayu untuk bahagian atap iaitu lima bahagian kayu untuk atap. Seterusnya, bahagian tepi atap terdapat dua bahagian untuk sokongan kepada empat tiang. Untuk bahagian atap, kami menggunakan mesin radial arm saw seperti biasa.

Untuk bahagian tepi atap kami membuat tanggam lekap untuk memberikan sokongan yang padu dan mantap kepada tiang struktur dan atap pergola. Pada kayu atap ini, kami membuat dua tanggam parit yang akan bergantung dan meletakkan beban kepada dua kayu tadi. Bahagian ini kami membuat dua lubang yang sama ukuran.

Seterusnya, kita berganjak ke bahagian skirting yang merupakan bahagian yang paling sukar untuk dibuat. Bahagian ini merupakan proses yang paling mencabar dan mengambil masa kami berminggu-minggu. Pada bahagian ini, kami perlu memotong kayu yang telah diukur secara menyerong mengikut kecondongan 45 darjah dengan menggunakan mesin circular saw. Keempat bahagian kayu ini dipotong dengan baik dan cermat.

Selain itu, untuk bahagian tempat meletakkan barang pula kami menggunakan tanggam lekap. Proses ini disempurnakan pemotongan dengan menggunakan radial arm saw sahaja pada bahagian yang telah ditanda. Selain itu, untuk tambahan pengukuhan beban ataupun lebih teknikal lagi disebut untuk meningkatkan tahap penampungan beban yang kuat kami telah mendapat kata sepakat untuk membuat tanggam lekap pada bahagian tengah kayu tadi untuk dilekapkan dengan tanggam bajang. Dengan cara ini, bean yang banyak dapat ditampung tanpa sebarang keraguan.

Untuk bahagian sokongan bahagian bawah pula, kami menggunakan tanggam lekap bajang. Bahagian ini untuk puting kami menggunakan mesin band saw. Bahagian soket pula, kami memotong menggunakan radial arm saw sepeti biasa.

  1. Pemasangan

Pergola yang kami telah lukis dan impikan ini mempunyai banyak proses pemasangan.

  1. Dirikan tiang.

Tiang pergola ini terdiri daripada empat bahagian yang kukuh.

  1. Struktur atap

Seterusnya, pemasangan struktur atap pada bahagian tepi yang dibuat tanggam lekap untuk dilekapkan pada tiang. Untuk mengukuhkan lagi bahagian tersebut, kami memasang skru dengan menggunakan alat pemutar skru. Sebelum itu, kami membuat beberapa lubang terlebih dahulu sebagai proses awal untuk memasukkan skru sebagai langkah untuk mengikat.

 

b21.jpg

b22.jpg

b23.jpg

 

Untuk bahagian atap pula, kami memasukkan satu persatu kayu yang telah dipotong dan yang telah diparitkan mengikut jarak yang ditetapkan. Tanggam ini dimasukkan atupun diketatkan dengan menggunakan gandin kayu untuk mengetuknya kedalam.

  1. Skirting

Bahagian skirting ini merupakan bahagian yang paling mencabar untuk pergola kami. Skirting ini telah diskru terlebih dahulu untuk mendapatkan kondisi yang tepat.Untuk menguji ketepatan segi empat skirting ini kami menggunakan sesiku L sebagai alat untuk mengujinya. Skirting ini dipasang dengan cara bermula dari bawah tiang dan diangkat sehingga ke bahagian yang telah ditanda. Lalu, skirting inii telah diskru untuk membuatkannya lebih kukuh.

  1. Tempat meletakkan barang

Untuk bahagian ini, kami memasang tanggam lekap keatas skirting yang telah dipasang dengan mengetatkan ataupun memasukkan bahagian putting ke bahagian lubang dengan mengetuk dengan menggunakan gandin kayu.

 

 

  1. Sokongan bahagian bawah

Untuk bahagian ini, kami melakukan tanggam lekap bajang. Bahagian ini dipasang dengan cara mengetuk pin dengan menggunakan gandin kayu kedalam lubang. Untuk mendapatkan kekukuhan yang lebih tinggi, kami menggunakan gorilla glue untuk mengikat tanggam tersebut.

 

  1. Kemasan

Proses kemasan ini kami lakukan dengan dimulakan menggunakan mesin sander untuk meratakan permukaan kayu agar kelihatan licin dan kemas. Sebelum menggunakan mesin sander, kami juga telah menggunakan filler untuk menampal lubang yang terdapat pada pergola kami.

 

b24.jpg

b25.jpg

b26.jpg

 

Seterusnya, setelah selesai menggunakan mesin sander. Kami ke proses mengecat dengan menggunakan cat minyak yang telah dibekalkan oleh pihak bengkel kayu.

 

b29.jpg

Bahan dan Peralatan yang Digunakan

b3.jpg.1

 

Kami menggunakan 10 batang kayu masak yang belum dipotong untuk menghasilkan tiang, bumbung , dan tapak bagi pergola ini. Setelah diukur dan dipotong ini adalah senarai kualiti kayu yang digunakan :

 

Perkara

Kualiti kayu

Tiang

4

Bumbung

7

Tapak ( skirting )

11

 

 

BIL

NAMA ALATAN/ GAMBAR

KEGUNAAN

1. ALATAN MENANDA DAN MERANCANG

1

Pencil tukang

b4.jpg

Mata dan badan pensil ini lebar dan tebal. Permukaannya berbentuk segiempat tepat. Pensil ini khas untuk kerja kasar sahaja seperti menanda dan merancang tanda.

2

Pita Ukur

b5 (2).png

Alat ini digunakan untuk mengukur dan memindahkan ukuran. Unit yang digunakan ialah inci dan kaki dan juga metrik. Ketepatan pengukuran ialah sehingga 0.1cm. 

3

Sesiku L

 

b6 (2).png

Alat ini digunakan untuk membuat garisan lurus bersudut tepat, menguji kerataan, ketepatan. dan kepersegian

 

 

 

 

 

 

 

 

2.ALAT MENGETAM DAN MEMOTONG

4

Kikir halus dan Kikir kasar

b7 (2).png

Alatan ini digunakan untuk meratakan permukaan kayu. Selain itu, kikir dapat membentuk lengkuk pada penjuru kayu. Saiznya ditentukan oleh panjang kikir dan gred mata permotongnya.

5

Band Saw Machine

b8 (2).png

Band saw machine menggunakan kaedah continous blade. Terdapat dua jenis iaitu vertical band saw machine dan horizontal band saw machine. Hasil permotongan sangat cepat dan mempunyai toleransi yang tinggi sesuai apa yang kita inginkan. Kegunaanya untuk memotong bentuk blok/persegi atau bersudut.

6

Gergaji Puting

b9 (2).png

Gergaji puting digunakan untuk mengerat dan memotong secara lurus semasa membuat tanggam seperti membuat puting dan lain-lain.

7

Pahat

b10 (2).png

Alatan ini digunakan untuk meraut,memahat dan menatal tanggam. Selain itu, ianya digunakan untuk membersihkan bucu tanggam. Saiz pahat ini ditentukan oleh lebar mata pemotong. Tambahan, mata untuk alat memahat ini diperbuat daripada keluli karbon tinggi.

 

 

 

3. ALAT MENGAPIT DAN MENGANGGA

8

Apit G

b11 (2).png

Apit G digunakan untuk mengapit kayu ketika proses memegang kayu yang hendak digerudikan, dipahat, atau digergajikan. Alat ini juga digunakan bersama-sama kayu kecil atau reja kayu untuk melindungi permukaan benda kerja yang diapit.

4. ALAT MEMUKUL DAN MEMUTAR

9

Ganding kayu

b12 (2).png

Gandin kayu digunakan untuk kerja mengetuk dan  membentuk kayu. Saiznya ditentukan oleh saiz kepalanya. Ganding kayu juga diperbuat daripada kayu keras.

10

Tukul kambing

b13 (2).png

Mempunyai pegangan yang diperbuat daripada kayuatau besi dan bahagian bongkolnya bengkok dan terbelah. Digunakan untuk mengetuk dan mencabut skru.

11

Gerudi elektrik

b14 (2).png

Memudahkan kerja-kerja membuat lubang atau pemasangan skru.Mempunyai 2 kaedah iaitu menggerudi secara menegak atau mendatar.

 

 

 

 

 

5.KEMASAN

12

Tepung penyumbat kayu

b15 (2).png

Tepung penyumbat adalah untuk menyumbat ira dan liang kayu yang tidak rata. Tepung penyumbat juga boleh digunakan untuk menutuplubang paku supaya permukaan rata dan licin. Ianya boleh didapati dalam pelbagai bentuk serbuk putih atau sudah siap dibancuh. Pengikis dan kain digunakan untuk menyapu tepung penyumbat pada permukaan projek.

13

Cat minyak

b16 (2).png

Cat minyak mengandungi bahan pewarna yang penuh, terdapat penjilid umumnya minyak biji rami atau ming kering, dan lain-lain selain itu juga ia mengandungi minyak.3 lapisan cat digunakan, lapisan asas, lapisan alas dan kemasan.

Masalah yang Dihadapi dan Kaedah Mengatasinya

Antara masalah yang kami hadapi ialah proses membuat skirting.Proses membuat skirting amat  sukar untuk dicantumkan kerana tidak membuat pengukuran dengan betul dan tepat. Selain itu, kaedah mengikat skru dengan cara yang salah dan tidak mengikut cara yang sesuai.Seterusnya masalah yang kami hadapi ialah membuat pemilihan kayu untuk tapak pergola. kami menghadapi masalah semasa membuat tanggam pada kayu. Tanggam yang dibuat tidak mempunyai ukuran tepat. Hal ini menyebabkan pergola yang dibuat tidak stabil dan tidak bercantum dengan kayu bersebelahan. Hal ini berlaku kerana kami tidak mengukur dan membuat tanda sebelum membuat tanggam.

Oleh itu, kami perlu mengukur semula tanggam tersebut dan membuat tanda yang tepat untuk dipotong. Jika tanggam yang dibuat terlalu besar, kami akan menggunakan wood filing untuk mengisikan lubang tersebut. Dalam proses membuat tanggam ini, kami mempelajari bahawa setiap inci perlu tepat dan betul sebelum memotong kayu. Hal ini dapat mengelakkan membuat kerja yang berlebihan seterusnya. Setelah membuat tanggam, kami bermula untuk memaku paku tanggam lekap bajang. Kayu yang dibekal tidak sama saiz dan mempunyai kecacatan pada kayu.

Semasa memaku, kayu tersebut akan pecah lalu tidak boleh digunakan lagi. Oleh itu, kami telah mencari cara yang terbaik untuk memaku agar mengurangkan kebarangkalian kayu tersebut pecah. kami telah mendapati bahawa semasa memaku, paku hendaklah lurus dan tidak boleh condong. Selain itu, kuasa memaku haruslah dikawal dengan baik. Contohnya, sebelum paku di paku ke dalam kayu, kuasa memaku tidak boleh terlalu kuat. Hal ini akan menyebabkan kayu tersebut menerima tekanan yang kuat lalu pecah.

Seterusnya, kami menggunakan cat minyak untuk mengecatkan pergola yang telah siap. Oleh kerana, kami kekurangan cat,kami hanya dapat menggunakan cat tersebut hanya 2 lapisan sahaja.Untuk proses pengecatan yang sebenar cat ini boleh disapu hanya tiga kali sahaja.Selain itu, saya juga mendapati semasa mengecat, arah mengecat haruslah sama. Jika tidak, setelah cat kering, ia akan kelihatan tidak kemas dan tidak cantik. Sepanjang mengecat pergola.Kami telah mempelajari cara mengecat dengan betul dan mengetahui cara menjaga cat dan berus. Contohnya, cat tidak boleh didedahkan kepada udara pada masa yang panjang. Hal ini akan menyebabkan pemejalan pada cat tersebut. Berus haruslah direndam dalam tinner agar boleh digunakan lain kali.

Dalam proses menghasilkan pergola ini, kami memperoleh pelbagai pengetahuan dan pengalaman yang baru. Pengetahuan dan pengalaman ini boleh digunakan pada masa yang akan datang tidak kira dalam kehidupan seharian.

Lukisan Butiran Projek

Ini adalah lukisan butiran projek : Pergola

 

20200102_012326.jpg

Penutup

Semasa dalam proses menyiapkan tugasan ini, saya telah mempelajari banyak pengalaman yang berguna. Walaupun tugasan ini mengambil masa yang lama untuk di siapkan, saya tetap bersyukur kerana akhirnya saya mampu untuk melaksanakan tugasan ini dengan sempurna.

 Antara pengajaran yang dapat saya pelajari ialah mengenai cara untuk membuat projek kayu dengan cara yang betul. Ini kerana, semasa di sekolah, saya hanya berpeluang untuk memaku kayu yang telah dipotong mengikut bentuk yang telah ditetapkan.  Di dalam kelas ini, kami diberi peluang untuk menentukan segala-galanya, bermula dari pemilihan jenis kayu, reka bentuk yang diinginkan, hiasan serta kemasan yang ingin digunakan, serta segala alatan yang diperlukan perlu dicari dengan usaha sendiri. Hal ini telah menjadikan projek yang telah dihasilkan lebih bermakna kepada kami.

Selain itu, saya juga mempelajari erti semangat kerjasama di antara berkumpulan. Hal ini dibuktikan bahawa apabila kami semua saling bekerjasama dari awal sehingga akhir pelaksanaan projek. Semasa pembentangan, kami telah bekerjasama dengan memberikan idea yang bernas untuk membantu rakan yang lain. Seterusnya, kami banyak bekerjasama semasa dan ketika menjalankan kerja-kerja pertukangan. Antaranya ialah semasa mengangkat kayu yang besar untuk dipotong supaya menjadi saiz yang lebih kecil, semasa proses menggergaji kayu, semasa melakukan kemasan, serta dapat berkongsi segala penat lelah pahit manis bertukang. Hal ini telah menjadikan hubungan antara rakan sekelas menjadi lebih erat  dan saling bekerjasama.

Setelah melaksanakan projek ini juga, saya mendapati bahawa diri saya telah menjadi seorang yang lebih berkeyakinan. Ini kerana, saya berasa sangat tidak yakin bahawa kami mampu untuk menyiapkan tugasan ini pada mulanya. Dengan adanya, semangat dan aura yang diberikan saya telah bertekad untuk sedaya upaya melaksanakan tugasan ini.

Tugas yang telah diamanahkan kami telah jalankan dengan sebaik mungkin. Hasilnya, saya dan rakan yang lain telah mampu untuk menghasikan projek yang cantik dan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan/ digambarkan dalam lukisan.  Tugasan ini juga mengajar saya untuk menjadi seorang yang lebih kreatif dan inovatif.  Ini kerana, kami perlu mereka suatu reka bentuk yang sesuai untuk menyelesaikan masalah yang di hadapi.

 Kumpulan kami telah mencipta dan mereka serta telah berjaya membuat pergola. Pergola ini terdapat satu tingkat yang dapat menampung beban pasu bunga yang akan diletakkan diatasnya nanti. Selain itu, saya juga mempelajari tentang lukisan menggunakan komputer iaitu Autocad. Lukisan yang dilukis adalah seperti isometri, ortografi dan material. Kemahiran ini amat berguna kerana ia dapat melihatkan hasil yang direka cipta dengan lebih jelas dan lebih mudah mengesan masalah yang dihadapi sebelum memulakan projek. Kami dapat mengubahsuai dengan segera dengan menggunakan kaedah yang lain dan sesuai, Begitu juga, kami juga perlu melukis lakaran dengan tangan supaya dapat memilih lakaran yang paling sesuai untuk menjadikan projek yang terbaik .

Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan sekumpulan, pensyarah pembimbing, serta rakan seperjuangan yang lain kerana telah sudi membantu saya dalam menyiapkan tugasan yang dirasakan suatu yang mencabar bagi diri kami. Namun begitu cabaran adalah suatu yang perlu dithadapi, bukan untuk dihindari.  Dengan memegang semangat tersebut, kami akhimya mampu untuk menyelesaikan tugas yang diberi dengan sempurna dan jayanya.