SPPE 1102 AMALI 2

Lukisan Butiran Projek

Berikut adalah merupakan lukisan bagi projek amali 2  yang dijalankan : 

 

i. Di dalam lukisan butiran ini terdapat dimensi ukuran yang perlu digunakan sebagai panduan mahasiswa/i dalam melakukan kerja kayu amali 2.

ii. Jika dilihat dari lukisan butiran ini, kayu ini akan dipotong dua bagi menghasilkan tanggam dan parit . 

 

amali 2.jpg

Bahan Projek

Berikut merupakan bahan yang digunakan untuk melakukan projek;

 

i. Bahan yang digunakan bagi menghasilkan projek adalah kayu.

ii. Kayu adalah bahan yang banyak digunakan dalam pembinaan perabut.

iii. Antara jenis-jenis kayu yang terdapat adalah cengal, jelutong, meranti dan sepetir.

iv. Saiz kayu ditentukan mengikut tebal, lebar dan panjang. 

v. - Kayu yang digunakan bagi projek ini mempunya ketebalan 20 mm dan lebar 45 mm.

 

20191007_145529.jpg

Bahan dan Peralatan yang Digunakan

Berikut adalah merupakan peralatan- peralatan yang digunakan untuk membuat projek amali 2;

 

20191007_152600.jpg

 

1. Alat menanda dan merancang 

 

i. Pensil tukang kayu digunakan bagi tujuan menanda dan membuat garisan pada bahan.

Cara penggunaan adalah dengan meletakkan mata pensel rapat pada pembaris dan tandakan atau gariskan pada bahan.

ii. Sesiku L digunakan bagi menguji ketepatan sudut 90 darjah, menguji kerataan permukaan bahan dan membuat garisan bersudut tepat. 

Cara penggunaan adalah dengan rapatkan badan sesiku L ke bahagian sisi kayu dan gariskan bahagian yang hendak diukur dengan pensil. 

 

20191021_141707.jpg

 

2. Alat mengapit dan menyangga

 

i. Apit G digunakan bagi tujuan memegang kayu yang hendak dipahat, digerudikan atau digergajikan selain daripada digunakan untuk proses mengglukan dua kepingan kayu. 

Cara penggunaan adalah dengan meletakkan bersama kayu-kayu kecil untuk melindungi permukaan bahan kayu yang diapit.

 ii. Ragum meja digunakan bagi tujuan memegang benda kerja semasa ianya dikerjakan.

- Cara Penggunaan adalah dengan meletakkan bersama kayu-kayu kecil untuk melindungi permukaan bahan kayu yang diapit bagi mengelakkan kerosakan permukaan kayu. 

 

20191021_151654.jpg 20191021_141556.jpg

 

3. Alat memahat dan memotong

 

i. Gergaji puting digunakan bagi tujuan untuk memotong kayu bersaiz kecil dan memotong tanggam kayu. 

Cara penggunaan adalah dengan memegang gergaji puting dengan betul dengan sudut memotong yang betul diatas permukaan kayu. 

ii.  Pahat digunakan bagi tujuan untuk kerja meraut dan kerja menatal tanggam.

Cara penggunaan  adalah dengan menggunakan pahat dengan saiz dan posisi sudut yang betul.

 

20191021_141515.jpg

 

4. Alat menukul dan memutar

 

i. Gandin Kayu digunakan bagi  tujuan untuk kerja pemasangan projek dan menukul pahat dan diperbuat daripada kayu keras.

-Cara penggunaan adalah dengan memegang pemegang dengan betul dan menggunakan kepala segi empat dengan pahat. 

Langkah Kerja Menghasilkan Projek

Langkah 1

 

20191007_152600.jpg.1

 

i. Membuat ukuran dan menanda pada kayu yang digunakan menggunakan peralatan yang betul.

ii. Memastikan penandaan yang dibuat adalah tepat.

 

Langkah 2

 

20190923_152344.jpg.1

 

i. Memasang apit G pada meja kerja sebelum melakukan sesi pemotongan kayu.

ii. Memastikan apit G dipasang ketat bagi mengelakkan pergerakan kayu sepanjang sesi pemotongan dijalankan. 

 

Langkah 3

 

20191007_162553.jpg

 

20190923_150831.jpg.1

 

i. Memotong sisi hujung kayu dengan menggunakan gergaji puting mengikut seperti dalam lukisan butiran projek bagi amali 1 ' Tanggam' .

 

Langkah 4

 

20191021_151654.jpg.1

 

i. Memahat kayu seperti yang terdapat di dalam lukisan butiran projek mengikut ukuran yang telah diberi.

 

Langkah 5

20190930_152626.jpg.1.jpg.1

 

i. Meratakan permukaan kayu dengan menggunakan kikir setelah kerja pemotongan kayu dibuat.

 

Langkah 6

 

20191021_160304.jpg

 

i. Membuat semakan akhir kerja kayu sebelum dihantar untuk dinilai pensyarah,

ii. Kerja kayu amali 2 siap dihasilkan untuk dinilai pensyarah.

Masalah yang Dihadapi dan Kaedah Mengatasinya

Terdapat masalah yang dihadapi semasa melakukan kerja kayu amali 2 ini. Salah satu darinya adalah cara penggunaan pengukuran bersudut yang salah. 

 

20191007_152622.jpg

 

Kaedah mengatasi;

 

  1. Setelah diberi ulasan berkenaan cara saya menggunakan pengukuran bersudut, saya telah menukar gaya saya menggunakan dengan betul. 
  2. Membetulkan cara saya memegang pengukuran bersudut.
  3. Membetulkan cara saya membaca pengukuran bersudut.

Refleksi

Semasa dalam proses menyiapkan tugasan ini, saya telah mempelajari banyak pengalaman dan ilmu berguna. Walaupun tugasan ini mengambil masa untuk menyiapkan namun saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna dan jayanya,

 

    Antara ilmu pengetahuan yang saya dapat adalah dengan menggunakan alatan tangan yang betul serta cara melakukan kerja-kerja kayu dengan betul. Pada mulanya saya agak kekok dalam menggunakan alatan tangan seperti pengukuran bersudut, namun setelah diberi tunjuk ajar. Saya mampu menggunakan peralatan tangan dengan betul dan efisien.

 

    Selain itu, kerja amali ini membuatkan saya mempunyai semangat setia kawan yang tinggi kerana kami sentiasa membantu antara satu sama lain dalam menyiapkan kerja amali ini selain memberi tunjuk ajar kepada rakan setelah mengetahui cara penggunaan peralatan, cara pemotongan, memberi pandangan membina terhadap kerja rakan serta berkongsi kelengkapan peralatan bengkel semasa bekerja. Hal ini menjadikan hubungan antara rakan sekelas menjadi erat.

 

    Setelah melaksanakan projek ini juga saya mendapati diri saya lebih berkeyakinan. Ini kerana pada permulaan gerak kerja saya tidak begitu yakin dapat menyiapkannya dengan sempurna namun saya berjaya melakukannya. Ini memberikan impak positif terhadap diri saya.

 

     Sekian sahaja refleksi diri saya untuk Kerja Amali 2.