Semester 1 ( Year 1) Academic

Science and Technology

Science and Technology RSS

Science and Technology Reflection

Pada kelas kali pertama, pensyarah telah membicara tentang akal. Asal usul perkataan akal, daripada manakah akal itu datang dan apakah itu akal. Dia juga telah membuat perbandingan proses pemikiran antara manusia dan haiwan. Apakah perbezaan yang ketara antara pemikiran manusia? Adakah haiwan mempunyai akal haiwan seperti manusia? Apakah keistimewaan akal pada manusia? Pada pendapat saya, manusia sangat istimewa kerana dikurniakan akal tidak seperti haiwan. Perkara ini sangat relevan dengan bidang pengajian kerana sebagai seorang pelajar sains komputer, saya sentiasa dan mesti menghadap dengan komputer. Komputer boleh memproses jumlah data yang banyak dengan kelajuan yang tidak boleh dicapai oleh manusia. Akan tetapi, komputer tidak mempunyai akal dan tidak boleh memikir untuk diri. Pada zaman kemajuan teknologi dan sains, adakah komputer akan memperolehi akal(daya untuk memikir untuk diri sendiri) dan bukan hanya menerima input? Secara kesimpulannya, subjek sains dan teknologi sangat bermanfaat bagi merangsang minda pelajar untuk bertanyakan soalan yang kritikal.

 

Details

Video Storyboard