Extra-curricular Activities Reflection Reports (Report 1)

Description: CAREER READINESS-PERSONALITY COURSEWORK

Date: 20 September 2019 - 21 September 2019

Venue(s): N28a

Organizer: Kelab Kaunseling dan kerjaya (KKDK)

Position: Participant

  • REPORTING

Bengkel kesediaan kerjaya ini telah berlangsung selama 2 hari dari 20 hingga 21 September 2020 bertempat di Dewan Kejora, Blok N28a, UTM Skudai. Bengkel ini diajurkan oleh Kelab Kaunseling dan Kerjaya atau lebih dikenali sebagai KKDK. Tujuan bengkel ini dilaksanakan ialah untuk membantu para pelajar mengenali personaliti diri serta kerjaya yang bersesuaian. Terdapat 6 sesi didalam bengkel ini, dan setiap sesi mempunyai penceramah yang tersendiri. Antara penceramah yang hadir ialah wakil alumni UTM, eksekutif syarikat, jurutera dan ramai lagi. Bagi hari pertama, Sesi pertama ialah My Ideal Job dan Gaya Hidupku serta eksplorasi kerjaya. Sesi ke-dua tentang matlamat kerjaya, analisis pekerjaan dan inilah kerjaya saya. Sesi ke-tiga membincangkan tentang perancangan kerjaya, Diagram OCEAN dan personality saya. Pada hari seterusnya, telah diadakan  sesi ke-empat, iaitu membincangkan tentang apa itu Conscientiousness dan strategi saya. Seterusnya, bagi sesi ke-lima, telah diadakan seminar tentang persiapan kerjaya saya dan sesi terakhir ialah tentang ciri diri saya -Agreeableness.

2.jpg

( Penceramah dari eksekutif syarikat )

Selain daripada seminar, setiap sesi juga mempunyai aktiviti - aktiviti yang berkaitan. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah ice breaking, eksplorasi kerjaya, tikar kebanggaan saya, sambung ayat, touch and go, Shine your way dan bermacam macam lagi. Daripada aktiviti - aktiviti yang dilaksanakan, saya dapat mengenali individu lain selain daripada rakan saya kerana individu didalam kumpulan tersebut dibahagi secara rawak. Setiap aktiviti mempunyai kelebihan yang tersendiri, sebagai contoh, aktiviti tikar kebanggaan saya memerlukan daya kreatif seseorang untuk menyeselaikan masalah. Setiap kumpulan diberikan empat helai kertas bersaiz A4 dan setiap kumpulan perlu memikirkan cara untuk meyambungkan kertas tersebut dan diberikan syarat. Dan syaratnya ialah tikar tersebut mestilah cukup besar untuk memuatkan seorang ahli kumpulan ketika duduk. Bagi aktiviti sambung ayat, kami dikehendaki untuk duduk didalam bulatan dan diberi satu situasi. Seterusnya, setiap peserta perlu menyambungkan ayat menjadi sebuah cerita.

1.jpg

antara aktiviti - aktiviti yang dilakukan

  • RESPONDING

Sebelum menghadiri bengkel ini, saya tidak mempunyai pengetahuan yang banyak mengenai kerjaya yang sesuai dan yang saya minati, hanya megetahui tentang permukaannya sahaja. Dan sejujurnya sebelum pergi ke bengkel ini, saya tidak terlalu teruja kerana saya menganggap bengkel ini biasa - biasa sahaja dan tidak menarik. Ternyata jangkaan saya salah, selepas meghadiri bengkel ini, ternyata banyak maklumat baru yang saya perolehi. Selepas menghadiri bengkel ini selama dua hari berturut-turut, saya lebih bersemangat untuk menempuhi alam pekerjaan walaupun saya masih mempunyai baki pengajian selama dua tahun. Ilmu - ilmu yang disampaikan memalui seminar tersebut amatlah berguna untuk masa akan datang. Dengan mengadakan bengkel ini juga, saya dapat merasakan bahawa UTM sangat menjaga kebajikan para pelajarnya. Antara pengetahuan baru yang saya perolehi semasa menghadiri bengkel ini ialah, jenis gaya hidup saya.

Terdapat 10 jenis gaya hidup, antaranya ialah pemberi. Ciri - ciri seorang pemberi ialah suka memberi kebahagiankepada orang lain dan suka membantu orang atau haiwan yang memerlukan pertolongan. Kedua, suka cabaran. Ciri - ciri orang yang suka cabaran ialah suka mencuba perkara - perkara baru dan suka melihat tempat - tempat baru. Ketiga, korporat. Ciri - cirinya ialah cenderung untuk melibatkan diri dalam pembangunan organisasi dan minat melibatkan diri dengan orang - orang yang lebih tinggi. Ke - empat, bohemian. Orang bohemian suka bebas dari peraturan, mempunyai emosi yang mendalam dan suka berterus terang. Ke - lima, kreatif. Orang yang kreatif ialah orang yang mempunyai banyak idea dan suka mengekspresikan idea. Bagi org yang social pula, mereka suka berinteraksi dengan ramai orang dan suka berjumpa dengan kawan baru. Bagi seorang aktivitis, mereka cenderung untuk mempertahankan sesuatu serta bersemangat dalam hal – hal mempertahankan sesuatu. Bagi orang akademik, mereka mempunyai pengetahuan yang luas dan sukakan buku. Ke - sembilan, teknikal. Orang teknikal suka meletakkan sesuatu mengikut prosedur dan sukakan penelitian dan akhir sekali nature lover. Mereka sukakan kecantikan alam semula jadi dan suka aktiviti - aktiviti luar. Dan saya merupakan seorang yang akademik dan teknikal. Antara ciri - ciri teknikal yang ada dalam diri saya ialah suka mengikut arahan, suka mengikut peraturan dan suka membangunkan diri.

Perasaan saya selepas menghadiri bengkel ini agak bercampur baur antara gembira, bersemangat, lebih bersifat terbuka serta saya sangat berterima kasih kerana diberi peluang untuk menghadiri bengkel ini. Saya berasa gembira dan seronok kerana saya telah membuat pilihan yang betul untuk meghadiri bengkel ini. Bengkel ini banyak membantu saya dalam misi saya untuk menjadi seorang yang yakin terhadap diri sendiri. Seperti yang telah saya katakan, saya lebih bersemangat untuk menempuhi alam pekerjaan selepas mendegar seminar daripada salah satu alumni UTM. Saya juga dapat merasakan bahawa fikiran saya lebih terbuka selepas mendengar seminar yang diberikan kerana selama ini saya beranggapan bahawa saya hanya boleh meminta pekerjaan berdasarkan kursus yang saya ambil sahaja. Ternyata di alam pekerjaan, ianya bukan begitu.

Berdasarkan pemerhatian saya, para pelajar yang menghadiri bengkel ini juga bersetuju dan bersependapat dengan saya bahawa bengkel ini amat berguna dan membantu pelajar yang akan menempuhi alam pekerjaan tidak lama lagi. Saya marasakan aktiviti - aktiviti yang dilakukan adalah bersesuaian dan dapat mengelakkan perasaan mengantuk serta bosan semasa mendengar seminar. Bengkel ini juga banyak menyediakan helaian nota dan buku nota agar pelajar dapat mencatat apa input yang diberikan selain ianya juga untuk cenderamata kepada pelajar.

3.jpg

  • RELATING

Sebelum saya melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah di UTM, saya merupakan pelajar Diploma di sebuah universiti tempatan. Di universiti tersebut, mereka tidak menganjurkan bengkel seperti ini, semasa saya hendak meminta latihan industri, saya perlu mencari maklumat sendiri di internet dan hanya berserah terhadap apa yang saya perolehi untuk meminta pekerjaan. Saya juga tidak mendapat sebarang tawaran latihan industri sehingga saat - saat akhir disebabkan oleh kurangnya ilmu pengetahuan tentang alam pekerjaan. Kira - kira dalam masa dua minggu sebelum latihan industri, barulah saya mendapat panggilan untuk melaksanakan latihan industri di Flex Medical. 

Setelah saya melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah, dan selepas menghadiri bengkel ini, barulah saya sedar bahawa resume dan kemahiran temu ramah saya tidaklah setinggi yang saya sangkakan. Di dalam bengkel ini juga, pihak penganjur tidak lupa untuk memberi taklimat tentang resume yang efektif dan berkesan. Selain daripada itu, pihak penganjur juga telah menjemput eksekutif syarikat tentang situasi di dalam temu ramah dan bagaimana persiapan - persiapan yang perlu dilakukan sebelum dipanggil untuk temu ramah. Penceramah tersebut juga telah memberikan tips - tips yang sangat berguna yang boleh digunakan pada masa akan datang.

Sebelum ini, Ilmu - ilmu seperti ini biasanya saya hanya mencari di google, blog dan juga Youtube. Apabila mencari ilmu di rangkaian internet, saya tidak dapat bertanya lebih lanjut tentang apa yang saya tidak faham atau perkara apa yang ingin tahu lebih lagi. Dan saya berterima kasih kepada bengkel ini kerana saya akhirnya telah mendapat jawapan kepada soalan - soalan yang bermain di fikiran saya.

Daripada seseorang yang tidak mengetahui tentang alam pekerjaan dan bagaimana cara untuk mengatasinya, saya merasakan bengkel ini amat membantu saya dalam merancang kerjaya, cara membuat resume yang berkesan dan efektif dan apa yang perlu dilakukan sebelum menjalani sesi temu ramah oleh bakal majikan.

Saya merupakan seorang yang sangat pemalu apabila perlu berdepan dengan orang ramai dan di bengkel ini ada satu sesi tentang cara – cara bagaimana untuk mengurangkan sifat pemalu tersebut. Antaranya ialah dengan bersikap tenang ketika berkomunikasi dengan orang lain. Ke – dua menfokuskan kepada kelebihan yang ada dalam diri dan terakhir ialah sentiasa berfikiran positif kerana ia akan membawa diri kita untuk sentiasa maju ke hadapan dan tidak akan kehilangan motivasi untuk memperbaiki diri. Saya akan memastikan bahawa saya akan mempraktikkan ketiga – tiga tips ini apabila perlu berhadapan depan orang ramai.

  • REASONING

Bagi seorang pelajar yang belum mempunyai banyak pengalaman bekerja, anggapan saya terhadap dunia pekerjaan sangatlah tinggi kerana saya memikirkan apabila bekerja semuanya akan menjadi lebih mudah, tidak perlu lagi menyiapkan tugasan - tugasan yang diberikan oleh pensyarah tetapi semasa berada di bengkel ini ada seorang pemberi taklimat telah menerangkan bagaimana rupa dunia kerja sebenar. Beliau menekankan para pelajar agar menghargai masa belajar di universiti dan masa bersama - sama rakan ini kerana beliau menyatakan apabila sudah bekerja tekanan dan cabaran itu nyata, pengerusan masa adala mengenai apa yang menjadi keutamaan individu tersebut, andaian yang salah akan membawa bencana dan kerja berpasukan meningkatkan produktiviti anda antara cara untuk mewujudkan suasana yang bersemangat  dalam kumpulan yang saya dapati daripada bengkel ini ialah pastikan tiada halangan berkomunikasi dalam organisasi, elakkan berfikiran negatif dan berlaku adil dalam segala hal, sentiasa bersikap jujur dan bersikap terbuka. Seterusnya ialah percaya kepada ahli kumpulan dan berfikiran terbuka dan akhir sekali sentiasa bersemangat tinggi.

4.jpg

  • RECONSTRUCTING

Dengan semua ilmu yang saya dapati daripada program ini, saya akan membuat resume yang baru dan lebih berkesan. Saya pasti dengan mempergunakan ilmu yang baru ini, para penemuduga akan tertarik dan seterusnya akan memanggil saya untuk ditemu duga. Selain daripda itu, saya akan mempergunakan segala ilmu yang telah dipelajari. Saya akan cuba mempraktikkannya di masa akan datang. Saya pasti ilmu - ilmu yang telah diberikan amat membantu saya dan para perserta yang lain dalam misi mencari pekerjaan selepas bergraduasi. Selepas daripada bengkel ini, saya ada bertanya kepada ayah saudara saya yang merupakan seorang pegawai sumber manusia dan beliau sangat bersetuju dengan apa yang telah dikongsikan kepada kami. Saya akan memastikan yang saya juga akan berkongsi ilmu yang diberikan kepada rakan - rakan serta junior - junior saya yang tidak menghadiri bengkel ini agar mereka juga dapat mempraktikkannya.

5.jpg