memoir memerah otak
Pengalaman bersama MyGap
Assalamualaikum wbt, nama diberi Farah Waheeda binti A Razak, merangkap pelajar Tahun 1 , Geoinformatic Sains dari Fakulti Alam Bina dan Pembinaan. Disini saya ingin menyisipkan salah satu tugasan yang diberi oleh pensyarah saya yang mungkin boleh saya katakan agak sukar kerana ia merupakan salah satu pemulaan yang agak mencabar dek bermulanya semester 1 dengan projek yang mengaitkan orang luar. Bagi saya, pelajar yang hampir 2 tahun meninggalkan alam pendidikan ia amat mengejutkan tapi menyeronokkan kerana proses pembuatan projek ini mempunyai selok - belok yang bersimpang siur, saya amat bersyukur kerana ahli kumpulan saya amat membantu sepanjang proses , dari permulaan sehingga pengakhiran . Kami diarahkan untuk membuat pemetaan berdasarkan data MyGap yang diberi dan kami diarahkan untuk membuat peta yang mampu menyelesaikan masalah MyGap ataupun mengurangkan beban kerja mereka. Kumpulan kami menentukan untuk membuat Pengagihan Jenis Tanaman Berdasarkan Data Tamat Tempoh 2023 . Tujuan kami ingin membuat peta yang megkumpulkan tanaman mengikut jenis agar pengagihan itu tampak lebih jelas dan mudah untuk diakses oleh pekerja MyGap . Antara jawatan yang ada dalam proses pembuatan peta ini adalah , 'Project Manager', 'Data Analysist', 'Data Processor', 'Cartographer' and 'Administrator'. Setiap ahli amat memainkan peranan yang penting bagi menyelesaikan projek ini bersama dengan jayanya, bagi jawatan yang pertama disandang oleh saya sendiri iaitu Project Manager atau erti kata lain ketua projek, antara tugasan yang saya laksanakan bersama-sama ahli yang lain adalah memastikan setiap ahli mempunyai tugasan msing-masing mengikut skop yang diberikan , bukan itu sahaja saya akan pastikan setiap ahli memahami tugasan yang diberi dan sebaliknya saya juga meminta pertolongan dan peringatan dari mereka sekiranya saya terlupa ddan terkurang apa-apa info mengenai projek yang dilakukan ini, kerna bagi saya dalam proses pengandalian sesuatu perkara kerjasama antara kumpulan dan interaksi antara satu sama lain amatlah penting demi menjayakan sesuatu.
Proses pertama dalam pembuatan peta adalah dengan mengekstrak maklumat yang teradapat dalam excel dan melengkapkan beberapa koordinat yag tidak lengkap. Selepas proses ini dilakukan kami perlu menukarkan koordinat tersebut ke RSO koordinat, tugasan ini dilakukan oleh Damia Qistina iaitu Data Analysist kumpulan kami , tugasan ini juga dilakukan bersama - sama ahli yang lain dan juga ahli kumpulan daripada Seksyen 1 yang menggunakan data tamat tempoh 2023 . Selepas menukarkan kesemua data, Damia melakukan kerja pembahagian jenis tanaman mengikut jenis-jenisnya setelah selesai melakukan proses sedemikian , kerja tersebut dipaskan kepada Maykhalla bagi menukarkan jenis file exe.file kepada csv.file bagi membolehkan adaptasi ke QGIS. Maykhalla juga ada melakukan sedikit perubahan dalam penyusunan data yang dikumpulkan oleh Damia, Maykhalla meringkaskan data yang penting sahaja dan tidak mengambil semua data, contohnya maklumat yang tidak lengkap seperti tamat tempoh sijil MyGap , saudari Maykhalla mengeluarkan data tersebut dan secara ringkas data yang ditapis hanyalah yang diperlukan bagi membuat peta yang ingin kami lakukan demi menjayakan tujuan pembuatan peta usulan bagi MyGap. Seterusnya , fail csv itu dugunakan oleh Cartographer kami iaitu Lee Ming Tong , saudara Lee melakukan kerja-kerja pengeditan terhadap peta yang ingin dihasilkan, 100% penghasilan peta digital dilakukan olehnya. Ahli yang lain amat membantu dalam sesi pembuatan dengan memberikan idea warna dan data yang perlu ditambahbaik, bukan itu sahaja sewaktu sesi pembuatan ahli kumpulan kami melakukan pembincangan secara atas talian demi melibatkan diri dalam proses pembuatan peta , kami amat berterima kasih terhdap saudara Lee kerana dia bukan sahaja membuat peta yang ingin disusulkan dia juga mengajar kami dalam penggunaan Qgis bagi penggunaan masa hadapan. Terdapat perubahan peta secara digital atas permintaan dan teguran sewaktu sesi pembentangan bersama ahli MyGap, dan saudara Lee membuat perubahan tersebut dan meberi 'update' setiap kali dia melakukan pengeditan bagi mendapatkan kelulusan kami semua dari segi 'interface' dan juga butira yang penting . Alhamdulillah komunikasi yang diberikan oleh semua individu amatlah membantu dalam proses kerja ini . Anis pula merupakan tulang belakang saya dalam pembuatan 'slides' dan 'minute meeting' saudari Anis melakukan pengaturan proses pembuatan kami dan 'slides' dengan menarik agar mudah difahami oleh pihak luar dan pembaca. Secara kesuluruhannya , setiap ahli amat membantu antar satu sama dan lain dalam mengahasilkan Peta Cadangan Jenis Tanaman Utama berdasarkan data Tamat Tempoh 2023 MyGap. tidak lari dengan bantuan kata-kata semangat Dr. Faisal yang banyak membantu kami dengan memberi pulangan kata dan teguran yang memuaskan, dan juga Dr. Hawani yang memberi 'guidelines' setiap minggu dalam pembuatan projek in. Saya amatlah berterima kasih atas dorongan dan bimbingan daripada pihak Pensyarah SBEG1443 dan juga rakan - rakan sepejuangan saya yang lain.