3. WEBINAR SIRI 16 2021”

WEBINAR SIRI 16 2021

Tarikh    : 6 MEI 2021

Masa      : 8.20 am – 9.30 am

Tempat  : Facebook Live

Penganjur: Faculty of Enggineeering, UTM

Jawatan : Peserta

a) Laporan Mini

Program ini merupakan Program Webinar Siri 16 yang bertajuk “Membina Kelestarian Melalui Roh Ramadhan”. Program ini bertemakan Hati dan Produktiviti anjuran fakulti kejuruteraan atau fakulty of engineering UTM yang dihadiri hampir 200 orang pada 6 Mei 2021. Ianya telah menggunakan platform google meet dan Facebook Live sebagai platform penyampaian. Akaun facebook yang digunakan juga merupakan akaun ‘School of Electrical Engineering, Faculty of of Engineering, UTM Johor Bahru” pada pautan https://www.facebook.com/engineering.utm.my/ . Ceramah dalam program ini telah diadakan dalam jangka masa sejam pada 8.30 pagi hingga 9.30 pagi. Penceramah yang dijemput juga bukan calang-calang iaitu Yang berbahagia Ustaz Zul Ramli Mohamed Razali merrupakan pengerusi Dewan Dakwah Malaysia. Penceramah jemputan juga murabbi pada Dai’ di TV3 pada 2019. Bagi peserta atau penonton yang ingin bertanya soalan kepada Ustaz perlu menyertai Webex pada link https://utm.webwx.com/utm/j.php. Program ini juga membicangkan berkaitan Kelestarian melalui Roh Ramadhan di samping nasihat-nasihat dalam mencari keredhaan Allah S.W.T dengan berpandukan amalan-amalan Rasulullah S.A.W. Kehadiran juga diambil menggunakan google form yang disediakan oleh pihak penganjur. Selama 40 minit merupakan sesi perkongsian dari Ustaz Zul Ramli manakala 20 minit lagi dibuka bagi soalan daripada peserta.

b) Attribute Siswazah

1.  Kemahiran berfikir

2. Kebolehsuaian

c) Refleksi

Saya berasa gembira dan bersyukur kerana sempat menyertai program begini kerana dengan program ini saya tahu banyak pengetahuan baru. Segala soalan yang diajukan sangat membantu saya dalam menjadi hamba ALLAH S.W.T yang lebih baik. Melalui program ini juga terdapat beberapa input yang amat terkesan buat saya iaitu kemodenan hari ini adalah titik peluh iaitu Rasullah S.AW iaitu dengan menggunakan ibadah. Ibadah dapat menjadikan sesorang lebih baik dari yang sekeras-keras manusia menjadi selembut-lembut manusia dengan beribadah kepada Allah S.W.T. Menurut Ustaz juga akal juga dapat membanteras saya sebagai manusia dari melakukan benda-benda buruk. Ramadhan juga mempunyai jasad dan rohnya, kemungkinan jasadnya adalah saya melihat saya berlapar, melihat anak bulan, tarawih dan sebagainya, namun ianya mempunyai roh iaitu bagaimana saya harus meneruskan ibadah-ibadah di bulan ramdhan sehingga habis Ramdhan bulan yang mulia. Penyampaian yang disampaikan oleh Ustaz Zul Ramli Mohamed Razali sangat senang difahami. Saya juga mengetahui melalui program ini bahawa untuk melestarikan roh yang baik kita tidak boleh melihat keburukan orang lain malah sepatutnya melihat keburukan kita untuk diperbaiki sehingga menjadi seorang yang lebih baik Saya amat suka penggunaan perkataanya yang mudah saya Insya Allah aplikasikan pada masa akan datang. Saya amat berharap agar saya dapat menyertai program sebigini kelak.