2. SEMBANG SANTAI : TINGGINYA NILAI SUKARELAWAN

SEMBANG SANTAI : TINGGINYA NILAI SUKARELAWAN

Tarikh    : 26 MAC 2021

Masa      : 10.00am – 11.30 am

Tempat  : Facebook Live (Fb : Volunteer UTM)

Penganjur: Kelab kesekurelawan UTM

Jawatan : Peserta

a) Laporan Mini

Program ini merupakan Program Sembang Santai : Tingginya Nilai Kesukarelawan. Program ini mula disirkan pada 10 pagi dan tamat 11.30 pagi. Program anjuran kelan Kesukarelawan UTM ini juga diadakan pada 26 Mac 2021. Bagi peserta yang menyertai perkongisan kali ini, pelajar mendapat mata merit UTM serta sijil penyertaan daripada pihak penganjur. Ketika program ini dijalankan, ianya merupakan hari ketiga bagi Program I am Volunteer yang bertemakan Siswa Sayang Komuniti yang diadakan khusunya bagi mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia. Selain itu, panel jemputan yang tidak asing lagi dalam kerja-kerja kesukarelaan yang merupakan sesorang daripada Yayasan Sukarelawan Siswa, Kementerian Pengajian Tinggi iaitu Yang dihormati Encik Runiy Maldud dengan tajuk Tingginya Nilai Sukarelawan. Yayasan Sukarelawan Siswa merupakan agensi dibawah Kementerian Pengajian Tinggi dengan cogan kata ‘Building Capacity, Impacting Community’. Yayasan Sukarelawan menyambut baik dengan kerjasama dengan univeristi-universiti tempatan termasuk  politeknik dan banyak lagi. Program ini telah membincangkan bukan sahaja nilai bahkan banyak mengenai kesukarelawan termasuk dari segi tips mengekalkan semangat kesukarelawanan, cara menghadapi cabaran dan sebagainya.

b) Attribute Siswazah

1. Kemahiran berfikir

2. Kemahiran kepimpinan dan kerja kumpulan 

3. Kebolehsuaian

c) Refleksi

Program ini telah memberikan saya banyak pengetahuan baru terhadap nilai kesukarelawaan. YSS atau Yayasan Sukarelawan Siswa sendiri telah memupuk semangat kepada para mahasiswa dengan objektif utamanya mereka iaitu bagi menjadi pemimpin yang baik. Apabila saya mengikuti program ini saya mengetahui bahawa untuk meningkatkan minat dalam kerja-kerja kesukarelawanan walaupun tidak dibayar, saya perlu tekankan pada diri saya bahawa kesukarelawanan merupakan sesuatu kerja. Bagi menyelesaikan sesuatu kerja, saya perlu bersungguh-sungguh dan ikhlas. Saya juga perlu bersedia dalam menghadapi pelbagai dugaan dalam menyelesaikan kerja-kerja ini. Setiap perkara yang kita buat, saya mengetahui bahawa pasti ada dugaan. Dugaan ini harus saya jadikan sebagai motivasi. Melalui aktiviti ini, saya dapat mengetahui bertapa bermaknanya nilai kesukarelawanan ini termasuk sentiasa bekerjasama antara satu sama lain. Saya juga sempat menanyakan soalan namun ianya telah dijawab sekaligus dengan soalan lain dengan amat jelas. Saya berasa sangat gembira menyertai program seperti ini. Saya juga berharap dapat diberi peluang menyertai dan merasa sendiri menjadi salah seorang sukarelawan bagi membantu orang yang dalam kesusahan sama ada di dalam atau luar negara.